Idea menikmati susu : Puding Roti Coklat 23


Bagi menyahut cabaran kempen ” Nikmati susu dalam 21 hari ” saya mengeluarkan idea ini yang akan di hantar ke applikasi facebook Dutch Lady Malaysia. Mari lah ramai-ramai membuat satu resepi sebagai idea bagaimana ingin ” Nikmati susu dalam 21 hari ” tanpa rasa jemu. Mungkin wang tunai sebanyak RM200 akan menjadi milik korang semua.

Idea saya dalam menikmati susu adalah dengan membuat puding roti coklat dan sepenuhnya menggunakan susu berperisa coklat dari Dutch Lady. Coklat adalah kesukaan anak-anak saya.

puding roti coklat senang dan simple

Puding Roti Coklat
Susu berperisa coklat berkhasiat dari Dutch Lady

Bahan-bahan mudah sahaja , boleh di siapkan dalam masa 20 minit.

  • Susu Coklat Dutch lady – 2 cawan ( 2 sajian dalam satu hidangan )
  • Telur 2 biji
  • 5 keping Roti
  • 2 Sudu mentega
  • 5 sudu gula
resepi puding coklat dari susu

pelbagai pilihan susu

Cara mengadun puding roti coklat

  • Cairkan mentega di dalam oven.
  • Campurkan gula , telur dan susu berperisa coklat Dutch Lady dan kacau rata.kemudian campurkan dengan mentega pula.
  • Carikkan roti ke dalam dulang pembakar.
  • Tuangkan adunan ke atas roti yang telah di carikkan.
  • Bakar di dalam oven selama 20-30 minit dengan suhu 180 celcius.

Dah siap resepi tu , selepas sejuk boleh lah hidangkan pada anak-anak , nak lagi sedap masukkan di dalam peti sejuk dahulu. Sebagai penambah rasa , saya hanya tuangkan sedikit susu dutch lady berperisa coklat sebagai kuah (dressing) ianya dapat menambah rasa coklat yang lazat dan sedap .. Nyummmy !!

Kalau korang nak turut serta dan rebut wang tunai RM200 tu sila lah ke Facebook Dutch Lady Malaysia sekarang : LINK

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

About puanbee

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at puanbeedotcom@gmail.com , thank you :)


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

23 thoughts on “Idea menikmati susu : Puding Roti Coklat