Ibu “Unsubcribe” Pakej Astro Sebab ?

Bila ibu unsubcribe pakej astro Balik-balik rumah seperti biasa anak-anak akan buka chanel kartun kegemaran mereka. Si suami buka chanel NAT , HIST seperti biasa tetapi naik “This channel is not incleded in your subscription. To subcribe , please call Astro customer service”. Semua tanya soalan pada ibu.

unsubcribe astro melalui telefon
Bil astro

  • Eh ? kenapa ni ?
  • Ibu unsubcribe dah pakej kartun 2 mini tu.
  • Laa kenapa ? tanya suami
  • Sebab diorang asyik sangat tengok tv. 6.30 Pagi bangun , kita duk minta diorang mandi siap nak pergi sekolah , diorang boleh tengok tv dulu. Chanel kartun. Balik sekolah 7 petang kita minta diorang mandi dan bersedia untuk solat maghrib diorang buka kartun. Muktamad sebab dah banyak kali warning.
  • Alaa biar la diorang nak tengok kartun.
  • Kartun tv biasa pun ada.
  • Ermm~

Lagi pun dulu semasa daftar , pakej 2mini terpaksa ambil kerana berada di dalam pakej promosi tak boleh unsubcribe selama 2 tahun. Sekarang dah lebih 2 tahun , memang tak nak ambik pakej tambahan pada mulanya. Kita ambil astro hanya kerana siaran tv biasa tak jelas di sini. Kalau tak memang saya tak akan ambil mana-mana pakej astro.

Aliya buat muka sesedih dia la , sebagai ibu mesti akan terdetik di hati perasaan kesian juga , tak sampai hati juga , tetapi kan ke tv biasa pun ada kartun , di waktu-waktu tertentu. Saya rimas tengok kartun pelik-pelik , diorang buka pula ke bahasa melayu yang tersedia , ada sesetengah kartun tak sesuai betul dengan budak kecil , sampai ada yang ikut gaya kartun bercakap.

Nak salahkan siapa kalau dah ibu langgan dan biarkan anak tengok , kalau perangai anak pelik-pelik juga nanti. Lagi pun …. sekarang dah kurang masa menonton tv pun.

Tapi NAT GEO & History tu best la pula , terpaksa potong sekali. ermm ~

cerita ibu unsubcribe astro
sayang kamoo!

Dulu la , semasa pasang .. Harga pakej paling minimun RM39.90 , tetapi saya waktu tu terpaksa ambil pakej famil RM39.90 + Pakej 2 Mini .. Tak ingat harga dulu , tapi dulu tak sampai RM60 la bil dia . Sekarang sejak dah naik harga .. Dari RM62 ke RM74 tup-tup sekarang RM78 pula. Entah bila diorang buat pengumuman naik harga Astro ni. Hangin betul la jugak. Walau pun RM4 tapi duit tu .. tambah tolak jadi banyak.

Tanpa Astro rumah di kawasan saya tak ada siaran tv yang lain. Β Terpaksa nih. Sekarang ni bagi saya tak kisahkan ke tv asalkan ada internet πŸ™‚ tetapi kesian la anak-anak dan ayah deme kan , balik2 dari sekolah kerja tak de apa2 nak di buat. Boring pula …

Jadi potong satu pakej . Suami nak pakej Mustika , kita ambil pakej mustika dan famili RM58 sahaja (termasuk cukai kerajaan) Ok la tu ..

  • Nak Unsubcribe anda hanya perlu telefon ke Astro. 1 300-82-3838

Lepas dengar iklan 2-3 kali , tunggu custemer servis tak sibuk dapat la cakap dengan diorang. Beri no akaun kita atau no kad pengenalan orang yang daftar dan boleh unsubcribe. Pekerja akan beri harga baru selepas pemotongan di buat.

Paling best ada soalan.

” Untuk pemotongan ini , puan akan di kenakan cas sebanyak RM20 . Boleh ke ? “

Nak jawab apa ? cakap tak boleh , maka tak boleh potong .. terpaksa la cakap boleh .. ye tak ?

Dulu kalau lewat bayar kena potong sekejap kan , nak sambung balik kena bayar RM20 . Saya duk kira la kalau tetiap bulan ada orang lewat bayar seorang RM20 X 10 = RM200 dia dapat .. atas angin jek ..dah la call diorang pun kita yang bayar. Rugi betul .. Oleh itu kena elakkan lewat bayar ke astro .. baik sedekah kat masjid RM20 tu jadi saham akhirat ye tak ? Tapi saya sejak bayar online memang tak lewat dah.

P/S : Masih rasa serba salah πŸ™‚ tetapi ketauhila ibu malas nak membebel hari-hari bab ni , kang kata tak sayang pula asyik kena bebelan ibu. Lepas ni kurang sikit tengok kartun. Agak nak tengok layan youtube je la nak!!! Β Dulu kecik2 bukan saja astro , tv pun tak pernah tengok πŸ™‚ ( Rasanya ramai ibu-ibu yang menjaga anak di rumah mengalami situasi yang sama kan ? )

41 Comments

  1. Jemari Ibu 6 September 2013 Reply
  2. subripontian 3 September 2013 Reply
  3. Kasturi Syifa 14 March 2013 Reply
  4. Jefry 5 March 2013 Reply
  5. Juan 4 March 2013 Reply
  6. zie fauzi 4 March 2013 Reply
  7. Hazmin Hamudin 3 March 2013 Reply
  8. Izwan Yusof 3 March 2013 Reply
  9. ohcikgu 2 March 2013 Reply
  10. azman 2 March 2013 Reply
  11. papa mifz 2 March 2013 Reply
  12. Azie 1 March 2013 Reply
  13. Kujie 1 March 2013 Reply
  14. yanmie 1 March 2013 Reply
  15. ardifaum 1 March 2013 Reply
  16. Puan Bardboo 1 March 2013 Reply
  17. diana 1 March 2013 Reply
  18. sicantikmatahari 28 February 2013 Reply
  19. ummiarissa 28 February 2013 Reply
  20. Ibu Mifzal Arsyad 28 February 2013 Reply
  21. sha 28 February 2013 Reply
  22. nana 28 February 2013 Reply
  23. Denaihati 28 February 2013 Reply
  24. MaMa3HerOO 28 February 2013 Reply
  25. sazuwi 28 February 2013 Reply
  26. hasrulhassan 28 February 2013 Reply
  27. eiela 28 February 2013 Reply
    • hasrulhassan 28 February 2013 Reply
  28. hafizmd 28 February 2013 Reply
  29. krole 27 February 2013 Reply
  30. akubiomed 27 February 2013 Reply
  31. Eizil 27 February 2013 Reply
  32. syaifuddin alias 27 February 2013 Reply
  33. fazrol 27 February 2013 Reply
  34. elieza 27 February 2013 Reply
  35. anastasyea 27 February 2013 Reply
  36. Budak Nakal 27 February 2013 Reply
  37. ejam 27 February 2013 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.