Husna Bersukan (Taski Abim Kawasan Ampang)

Husna sukan hari ahad kelmarin. Lambat update di blog , una dah tanya “gambar una tak letak dalam komputer ke ibu“. Memang lambat upload sebab penat sangat. Fuhh penat tau berada di padang , tengah panas selama 6 jam. Itu kita yang dewasa , budak-budak tak penat gamaknya rileks aja tengok una , baby dan kakak tu..

Tempat : Padang Serbaguna Jalan F Ampang
Sekolah : Taski abim seluruh ampang
Nama anak : Husna
Tarikh : 15 /7 /2012

Gambar yang telah di anak panahkan itu husna. Punya seronok nak bersukan , walaupun pada pagi ahad tu , saya kejutkan una bangun pagi nak pergi sekolah dia jawab , tak nak sebab hari ahad , nak lehatlah , nanti penat lah macam-macam alasan di beri. Sabar je lah ..

Bangun pagi paksa una sarapan , sebabnya dia memang tak suka sarapan , kakak dan baby pun sama. Semua kena paksa sarapan kecuali ayah ..

taski abim sukan

taski abim sukan

taski abim sukan

Kakak , baby , ibu , ayah , Damia dan ibunya (makdak) semua turun padang , punya berdebar nak tengok husna bersukan. Dulu zaman kakak tadika memang sekolah tu tak buat sukan. Kesian kakak tak merasa sukan.

taski abim sukan

Paling penat layan si baby ni , orang nak tengok Husna sukan , nak bagi sokongan padu .. yang di asyik nak terjah tempat mainan berhampiran , sudah tak boleh fokos tengok una , risau ke dia pun sama. Ayah keje senang , ambik kerusi satu duduk tempat teduh .. huwaaa..

taski abim sukan

Gambar di bawah : Perbarisan dari kanak-kanak dan ahli-ahli jawatankuasa ABIM

sukan di tadika

taski abim

abim

taski abim

Gambar di bawah : Semasa hendak belawan lari pass baton 5m .. hehe comel budak-budak lari

tadika abim

Una masuk 3 acara : satu acara menang gangsa , 1 acara lagi menang emas dan satu lagi kalah , walaubagaimanapun uan dapat 3 medal , satu lagi saguhati untuk perbarisan . Kecik-kecik ada perbarisan. Lagu diorang memang beri semangat betul. Yang paling best .. sistem sound tak betul sangat. Bila terpasang lagu perbarisan terus diorang hentak kaki , kang stop diorang pun stop , bunyi lagi lagu diorang hentak kaki lagi. Kesian anak-anak yang  lurus ni , tapi kelakar pun ada juga.

Seronoklah dia .. bila balik rumah terus nak letak medal sebaris dengan medal ayahnya ..ececeh kemain kau ..

taski abim

Tahniah una .. moga terus begini selamanya .. sihat , cargas selalu … insyallah dengan izinNYA.

Tapi begambar dengan 2 medal aje , satu lagi tak dapat waktu tu tunggu di sekolah untuk cikgu ambik gambar kenangan gitu.. layan je … masa bersukan saya banyak berbelanja , macam duk di pasar malam . KL ni memang ramai orang rajin berniaga , kat mana ada lubuk kat situ lah depa pancing. Tengok baju una pun sudah , berselang-selang sambil main sambil makan.

Saya lupa una masuk acara apa , kan dah tulis di atas , tak dapat nak fokos sebab jaga si baby tu .. alahai..

Selesa dengan cikgu-cikgu di taski abim ni .. buatkan saya serba salah tahun depan nak masukkan ke PRA atau pun Taski Abim lagi.

P/S : Taski Abim banyak doa’ dek kerana una , baby pun pandai baca Al-fatihah dan doa makan dengan makna sekali. Bagus juga taski ni .. Ada Blogger papa yang tanya anak saya tadika di mana di entri comel ni kan .. Ini lah dia tadika tersebut. Taski Abim .. cari lah di kawasan berhampiran banyak cawangan nya.

Search

Comments

  1. comel jer bila anak-anak duduk ramai-ramai begitu..
    Mus recently posted..Tiket Penerbangan Menyaksikan Perlumbaan F1 Singapura Serendah RM49My Profile

  2. muka anak-anak..nampak lebih kurang aje..comel. hoho..
    titan recently posted..Selamat hari raya 2012.My Profile

  3. Wah Husna tersenyum puas dengan pingat yang dimenangi. :-)

  4. muka macam mak dia hihi
    dennis recently posted..TIPS JIMAT DI BULAN RAMADHANMy Profile

  5. wah husna dapat medal lagi, tahniah. comel dia pakai tudung, muka bulat
    eiela recently posted..Resepi Homemade Air SoyaMy Profile

  6. bakal atlet husna ni.. :)
    Jebeng Otai™ recently posted..Langkah Tingkat Keselamatan Blog WordPressMy Profile

  7. saya bila baca blog puanbee saya agak pening skit, anak akak ada berapa sebenarnya
    Juan recently posted..Ramadhan, Syawal dan Kad Raya 2012My Profile

  8. kat kawasan rumah saya takde taski Abim,hanya banyak prasekolah,tabika dan tadika..kalau ada dah lama saya hantar anak-anak..saya memang suka hantar anak ke situ bila tengok cara mereka mendidik anak-anak ni…lebih kepada Islamik sikit..tapi sekarang Anis hanya dapat ke prasekolah kerana itu je pilihan terdekat dengan rumah dan itu je yang ada…nampak meriah betul sukan mereka…
    ummiarissa recently posted..Ada Jemputan Pagi niMy Profile

  9. padanlah ramai, seluruh ampang rupanya mesti meriah. tahniah juga untuk una.
    Denaihati recently posted..iPhone 5 CountdownMy Profile

  10. dapat medal bagai ..yeahh !! haha
    spudin recently posted..Hot Travel Packages – (All In Here)My Profile

  11. Hahahaha..kakak posing maut dengan tiang besi tu..menarik..wahh puanbee sertai jugak ke sukan tu??jadi pengadil ke..haha..
    Hafizul recently posted..Aku, Cik Tom dan AlexaMy Profile

Trackbacks

  1. [...] malam 12/09/2012 oleh puanbee Tiada Komen TweetPernah tak anak mengigau malam ? Anak saya Husna umur 5 tahun selalu sangat mengigau malam , selang sehari dia mengigau lah .. tak tahu betul dia mengigau atau [...]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge