Jan
2011

Hukum Membuang Bulu Roma Dan Mencukur Bulu Kening.

BERBANDING lelaki, wanita mudah risau apabila tubuh ditumbuhi bulu roma yang dianggap agak berlebihan.Namum adakah semua ini di bolehkan dalam islam? sama-sama kita renungkan! HUKUM CUKUR BULU ROMA DAN BULU KENING BAGI WANITA.

Allah telah menjadikan sesuatu dalam diri kita dengan lengkap dan sempurna serta mengandungi hikmah yang besar setiap ciptaan-Nya itu. Jika bulu roma yang anda maksudkan itu dapat menimbulkan mudarat pada diri anda maka dibolehkan untuk mencukurnya demi menjaga kesihatan. Namun jika pencukuran itu dilakukan atas niat lain, seperti ingin menunjuk betis kita kepada orang lain atau kepada yang bukan muhrim, maka jelaslah hukumnya menjadi haram kerana betis itu merupakan aurat bagi seorang wanita.

Sumber : wacana-muslimah.blogspot.com

Hukum Cukur Bulu Kening

Menurut pandangan syara’ adalah haram kepada seseorang perempuan mencukur bulu keningnya kerana itu bererti merubah ciptaan Allah dan merubah ciptaan Allah ini adalah dilarang keras di dalam Al-Quran. Perbuatan ini juga menyerupai masyarakat yang bukan Islam, sedangkan Islam sudahpun mempunyai identiti tersendiri dalam soal perhiasan.

Di dalam sebuah hadis yang sahih melarang keras seseorang perempuan itu menyambung rambut rambutnya dan meminta orang lain menyambung rambutnya dan lain-lain, apalagi perbuatan mencukur buku kening. Kecuali jika bulu-bulu tersebut tumbuh di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tumbuh pada diri perempuan, dikala itu wajiblah menghilangkannya, seperti tumbuh bulu di pipi, tumbuh misai dan janggut seperti lelaki, kesemua bulu-bulu ini hendaklah dibuang kerana ia menjelekkan pemandangan seseorang perempuan.

INI pulak di copy dari http://soaljawab.wordpress.com kredit to tuan punya!
  1. Tolong letakkan hadith pasal ni dan kaitan dengan kebersihanAda banyak hadis-hadis, antaranya :

Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari)Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera.

Islam adalah agama yang fitrah dn ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini.Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah ??? ?????? (cukur bulu ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari dan Muslim)Al-Nawawi berkata : “al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari).

Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi ; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).Perbuatan ini adalah sunnah, dan maqasid atau tujuannya adalah untuk kebersihan manusia itu sendiri.Ini dapat difahami dari segi logic akal fikiran manusia. Sudah semestinya Islam amat menitik beratkan kebersihan.

Ini disokong oleh banyak dalil-dalil umum yang lain seperti hadis Muslim (Bersuci itu separuh daripada iman) dan begitu juga ayat-ayat pujian tentang orang yang suka kepada kebersihan

  • Sebab saintifik kenapa perlu dibuang.Berkenaan saintifik kenapa perlu buang, anda boleh merujuk kepada pakar-pakar perubatan.Setakat yang ditemui oleh saya, kawasan bulu ari-ari adalah kawasan mudah berpeluh dan banyak keluar peluah. Sekiranya tidak dicukur bulu tersebut, maka ia akan menjadi banyak dan lebih banyak mengeluarkan peluh.

Apabila terkena kesa-kesan kumuhan badan serta najis-najis lain, mungkin amat sukar untuk dihilangkan. Lama kelamaan ia mendatangkan bau yang kurang enak. Tambahan pula, mencukur bulu ari-ari mencegah daripada pembiakan kutu. Selain itu, ia juga membantu penjagaan kulit di kawasan kemaluan.

Search

7 thoughts on “Hukum Membuang Bulu Roma Dan Mencukur Bulu Kening.

  1. Pingback: Mengidam 'Sizzling Lamb Chop' Kampung Pandan | ~ Ini lah FaMiLi @ Puanbee.com ~

  2. tu la masalah ppuan melayu khususnya islam ni kan buat2 tak tahu hukum pasal cukur bulu2 kening ni..lebih2 lagi masa nak kawin..amboi pakat2 duk cukur bulu kening semata2 nak nampak cantik..alhamdulillah kening saya sudah sememangnya halus sejak di lahirkan lagi..hanya kawan2 yang terdekat,adik bradik je yg tahu pasal bulu kening saya ni ha..jom tgok bulu kening saya tanpa cukuran dan hanya di selaputi celak sahaja.. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge