Hiasi RAYA dengan DULUX INSPIRE & Peraduan Aksi Cerah & Ceria

Hiasi RAYA dengan DULUX INSPIRE & Peraduan Aksi Cerah & Ceria

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Salam dan hai … Kini rumah saya dah cantik berseri dengan hasil cat yang di sapu demi untuk menceriakan rumah sempena hari raya .. Raya dah hampir tamat .. Baru nak bercerita serba sedikit pengalaman saya mengecat rumah sendiri menggunakan cat jenis air , jenama DULUX … Cat yang sangat-sangat best untuk di kongsi dengan korang .. Puas hati sangat …

SONY DSC

Dulux Inspire Membawakan Warna Cat Terkini & Trendy Untuk Anda Sempena Hari Raya 2013 .

Saya menggunakan cat Dulux Inspire bewarna ungu dengan nama code Mardi Gras seperti yang telah saya khabarkan di dalam post lepas … Guna hanya 5 liter untuk sebuah ruang tamu dan juga sebuah bilik. Memang jimat lah cat ni .. paling best senang sapu .. saya pernah guna cat jenis air lain … susah nak sapu ..kena sapu 3-4 kali baru nampak cantik.

Dan untuk dinding saya .. ada bahagian saya sapu dua kali ada bahagian saya sapu sekali sahaja. Kenapa mesti sapu dua kali ? – Kerana hasil ART yang di hasilkan oleh anak-anak saya sangat terang .. 🙂

Cat nya juga tidak berbau , mudah di cuci dan cepat kering .. paling penting cepat kering tu … ye la rumah comel comel ni , kena susun semula perabut secepat mungkin . Kalau tidak memang tak ada ruang nak duduk.

Rumah yang ada anak anak kecil yang sedang membesar memang begini. Penuh ART yang diorang lakarkan. Kita boleh tegur , tapi setakat itu je la .. tak kan nak pukul anak pula sebab remeh temeh kan.
Baiklah terus ke cerita bahagian cat.

Antara peralatan yang perlu ada.

  1. Cat Dulux Inspire pilihan hati. Kalau nak cat dalam rumah pilih cat jenis Interior ye ..
  2. Satu berus untuk cat bahagian yang susah di capai oleh penggelek cat.
  3. Pengelek cat
  4. Dan bekas untuk letak cat. Pilih yang ada lekuk tu .. jimat sikit .. kata uncle yang jual cat .. bukan saya ye ..

SONY DSC

Ask Colour Consultant

Sebelum itu .. jika korang tak pasti banyak mana cat yang perlu di beli , kesesuaian warna cat dan sebagainya .. korang boleh bertanyakan pada pakar cat Dulux yang di sediakan oleh Dulux di website mereka.

Klik link ini http://www.dulux.com.my/EN/main/index.html# klik FROM OUR EXPERT dan klik Ask Colour Consultant

Kemudian ada satu pop up untuk mengisi borang pertanyaan , korang isi lah maklumat dan seterusnya sertakan perntanyaan dan gambar.

Colour consultant Dulux akan menjawab pertanyaan dalam masa 4 – 5 hari bekerja. Perkhidmatan adalah percuma.

Mari mula megecat ….. 🙂

Bersihkan dinding yang hendak di cat , buang habuk .. sawang , cat yang dah lama tertanggal , sticker apa-apa yang pernah di tampal.

Cat Dulux Inspire jenis air , jadi kalau hendak senang sapu cat tu , kenalah tambah air sikit .. sikit je ..saya tak letak banyak air kerana saya tak nak warna cat tu pudar pula di dinding saya hendak cat nampak terang dan berseri begitu ….

Dan mula la mengecat rumah ….. saya mengecat bawah-bawah je … bahagian atas adik saya cat kan … kemudian di bahagian bergaris sila cat dahulu menggunakan berus ….

Untuk bahagian yang susah di capai dengan penggelek cat , cat la guna berus dahulu …. cat senang sapu .. gambar ni nampak flash segala .. sebabnya saya cat waktu malam .. siang sibuk laaaa ….

dulux inspire - cara cat rumah

Dan ada satu lagi .. jangan la buat macam saya .. dah cat semua elok-elok baru teringat ada lubang di dinding yang perlu di tampal… dah balik si suami dia tolong tampal .. esoknya saya cat sekali lagi … buat kerja banyak kali jadinya ….

SONY DSC

Dah siap tampal lubang , cat semula .. paling best .. walaupun kita cat berulang kali , warna cat di dinding tak nak bertompok … nampak sekata je .. ada bahagian yang ART anak-anak tu guna marker pen , colour magic , memang saya ulang cat dua kali , sebab tak puas hati nampak bayang-bayang tulisan tu. Sebenarnya kalau nak elok cat warna putih selapis baru cat bewarna begini. Tapi saya malas laaa .. banyak kerja .. Nasib baik Cat Dulux ni kemas dan cantik je ..

so far .. seronok la mengecat …. ramai yang tanya ..cat senang hilang ke kalau kena badan tangan baju segala ?

Ikut pengalaman saya .. tangan , rambut dan kulit manusia senang je hilang … basuh dengan air semasa basah .. kalau dah kering sabun sikit dan gosok-gosok perlahan.

Baju susah sikit nak hilang. Sila pakai baju buruk sahaja.

Lantai simen macam saya ni , Jika cat dah kering di lantai .. hanya basahkan cat dengan air sabun , kemudian cat dah kembang lap la dengan kain.

Jika cat masih basah boleh terus lap dengan kain basah. Cat hilang dengan mudah.

dulux 2

Bila dinding dah cantik berseri , mood nak ngemas rumah tu semakin bertambah-tambah .. memang rajin mengemas .. termasuk anak-anak …. suka saya tengok diorang .. part paling best masing-masing jaga tak kasi adik conteng dinding.

Info best buat semua pembaca … Peraduan Aksi Cerah & Ceria

Dulux Inspire – akan membuat pertandingan bergerak dengan menggunakan trak.

Trak itu pula merupakan set ruang tamu yang telah di hias dengan kelengkapan sebuah ruang tamu.
Trak ini akan bergerak ke empat buah negeri dalam Malaysia ni.

Lokasi ketibaan Trak Dulux Inspire akan di update dari semasa ke semasa di Facebook Dulux Malaysia.

Pertandingan akan berlangsung selama sebulan lebih dan bermula pada 28 ogos 2013 hingga 24 september 2013 (4 minggu ).

Hadiah utama merupakan makeover living room sehingga RM4800.00 .

Peserta di kehendaki mengambil gambar paling ceria berlatar belakang kan Trak Dulux Inspire.

Apa sahaja set sofa , silling , meja kopi , perabut .. apa sahaja yang korang bekenan cepat-cepat ambil gambar paling ceria dan pos ke Facebook Dulux Malaysia.

Cara menyertai Peraduan Aksi Cerah & Ceria

  1. Perhatikan trak Dulux Inspire di kawasan berdekatan. Sila lihat di facebook Dulux Malaysia sekerap mungkin untuk mengetahui lokasi ketibaan trak.
  2. Snap gambar banyak-banyak dengan lagak paling ceria di dalam set bilik tamu yang terdapat di dalam trak. Banyak-banyak .. kalau suka sofa , snap sofa dengan korang. Contoh je la … alaa korang pandai kan bergambar seceria mungkin. 🙂
  3. Pergi ke facebook Dulux Malaysia dan klik applikasi contest.
  4. Upload gambar korang tadi.
  5. Share di wall facebook korang untuk menang. Pemenang di tentukan oleh 50 % dari juri awam ( like dari kawan-kawan ) dan 50 % dari juri hakim yang telah di tetapkan oleh Dulux Malaysia.

Dengan itu … semoga korang berjaya di dalam contest bersama Dulux Inspire dan mencuba mengecat rumah guna cat dari Dulux Inspire ni. Cat sendiri pun bolehhhhhh ~

Layari website Dulux di :

http://www.dulux.com.my

Atau mendapatkan info terkini dan pantas di facebook Dulux Malaysia :

https://www.facebook.com/DuluxMalaysia

Comments

  1. kat mana la nak cari lori tu ekk..

  2. haidar@obatasma :

    wah pilihan warna yang cantik, saya suka sekali warna itu

  3. cntik berseri umah bee… kami pun penah cat kaler ungu satu ketika dulu… cewahhh

    bestnya klu mng makeover tu!

  4. mama3heroo :

    cantiknye kaler purple..mabeless

  5. warna cantik bee..senada seirama dgn back ground blog

  6. cantik warne purple tu…. thn ni Manan tak cat rumah pon… raye pon jd kurang meriah…

    #kiniAkukembali

  7. Salam,

    Cantik warna purple ni bee, gambar keseluruhan ruang takde ke? nak tengok hihihi 🙂

  8. Dulux mmg menarik,…

    terbukti dan dipercayai sejak dulu lagi.

  9. wow colour nampak cantik dan lembut

  10. wow.. menarik tp trak tu dtg ke taiping x? hehe

  11. tahniah dan syabas untuk puan bee..saya sendiri pon x pernah lagi mengecat rumah ni..hehe

  12. tahun depan nak cat ruang tamu dengan kaler ni la..

    ala..kena tunggu trak ke.??saya ni dah la pelupa..heheh

  13. sejuk mata kalau beraya kat rumah pbee. cat elok kerja mengecat pun senang….

  14. Wahh. Cantik. Saya memang peminat ungu.

  15. Wah warna unggu. Mana feature wall?

Speak Your Mind

*