HATI-HATI BARANG BAHAYA DALAM RUMAH

HATI-HATI BARANG BAHAYA DALAM RUMAH

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Seringkali tanpa disedari bahan-bahan keperluan yg kerap kita gunakan dalam rumah boleh mengundang bahaya kepada si kecil. Berikut tujuh contoh bahan berbahaya sering terlepas dari pengawasan anda di rumah.

danger

Garam meja
Boleh merosakan sistem saraf si kecil bila diambil oleh bayi dan satu sudu makan jika diambil oleh kanak-kanak.

Ubat kumur.
banyak jenis ubat kumur yg dijual mengandungi alkohol. Alkohol jauh lebih mudah membahayakan si kecil berbanding orang dewasa. terminum sedikit sahaja boleh menyebabkan kematian. Alkohol juga boleh menyebabkan paras gula dalam darah menurun drastik, rasa mengantuk belebihan, kejang dan membawa kepada kematian. Produk lain mengandugi alkohol temasuklah minyak wangi, cologe , ubat pencukur dan ubat selsema / batuk.

Minyak bayi
Mengandungi hidrokarbon sama seperti minyak tanah, cairan pengisi pemetik api (thiner dan cat). Jika tertelan,kandungan bahan tersebut akan mengalir ke seluruh tubuh dan boleh meracuni paru-paru. sedikit saja tertelan,beberapa saat kemudian boleh mengakibatkan pneumonia.Cairan tersebut masuk ke seluruh lapisan paru-paru sehingga menghalang pengaliran oksigen dalam aliran darah.

Madu
Elakkan memberi madu untuk bayi di bawah usia setahun. Kerana adanya kemungkinan madu tersebut mengandungi spora bakteria boleh menyebabkan gangguan sistem saraf si kecil.

Rokok dan curut

Dua bahan ini mengandungi nikotin sangat berbahaya kepada kanak-kanak. biasanya si kecil mengigit curut atau rokok pada bahagian batang atau gabus rokok .Akibatnya si kecil rasa mual,bepeluh-peluh dan mungkin kejang kerana mabuk tembakau.

Bateri jam (bateri bulat) 
Bateri berbentuk bulat pipih sangat berbahaya, ukuranya yg cukup kecil berkemungkinan menyebabkan si kecil tertelan akan tesangkut pada kerongkong atau usus sehingga menyebabkan rasa panas seperti terbakar akibat kebocoran bahan kimia daripada bateri.

Supplement zat besi
supplement ini sangat digalakan kepada orang dewasa,tetapi lain halnya jika diambil oleh kanak-kanak boleh membahyakan dan sebabkan kematian (bergantung kpd jumlah supplement zat besi diambil serta berat badan si kecil)

  • Tip mencegah dan menangani.
  1. Pastikan semua produk mengandungi bahan kimia seperti ubat dan alat pembersih di simpan di tempat selamat serta tidak dapat di capai oleh anak-anak.
  2. Ajar anak minta kebenaran terlebih dahulu daripada ibu bapa atau orang lebih dewasa sblm memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya.
  3. Bila bahan merbahaya ini terminum,tertelan atau terhisap, segera hubungi doktor untuk mendapatkan panduan dan langkah awal menanganinya sblm keracunan merebak sementara membawanya mendapatkan rawatan di klinik atau hospital behampiran.
  4. Apapun cara terbaik untuk menanganinya ilah behati-hati terhadap kesan merbahaya dari penggunaan bahan-bahan keperluan ini kerana mencegah itu lebih baik dari menangani.

Comments

  1. @kakyonggaram biasa tu kak yong tapi dia letak dlm botol dan letak atas meja makan….bukan kat dapur kalau dapur kan budak jarang pergi..

  2. @NzAbetui kak…budak2 tk mcm kita!

  3. @aanietak baca tak tahu kan…hati2 tu bagus..

  4. garam meja tu apa? garam biasa tu ker???

  5. kalu ada anak2 kecil mmg kena hati dgn bnde2 nie…trkdg kita nmpk mcm xbahaya ttp sgt berbahaya utk anak2…..

  6. thanx 4 sharing…

    takut lak bila baca ni..kena lebih berhati2 lepas ni….

  7. @~ yus ~yer sama-sama..

  8. @Cik Yanayer op coz lah patut amik tahu ilmu jugak nih! 🙂

  9. @CahayaCintaIlahitak boleh untuk baby kecik tu dah besar boleh tp still nk yg fresh ..kalo yg dah lama tu madu tu ter extract!

  10. @~~su manje~~~amik tahu jer sue..nanti ada baby dah senang!

  11. memang info berguna ni. Tq for sharing

  12. Nice info.
    Walaupun tak kawin, tak de anak pun lagi, patut tahu kan?
    hee~

  13. CahayaCintaIlahi :

    wow info yg berguna ni kak
    untuk ibu2 dan bape2 yg mempunyai anak huhu neway madu pun tk bole ekh 😉

  14. ~~su manje~~~ :

    Thanks sharing su kat umah tak de baby…
    em..ape pun nice post…

Speak Your Mind

*