Harga minyak 1 Mac 2016 turun

Harga minyak turun , pada 1 mac. Allhamdulillah sangat sangat terasa pengurangan kegunaan minyak disitu. Untuk saya memang terasa , al maklumlah sehari ada berapa trip ambil dan hantar anak ke sekolah , mengaji dan termasuk saya ada buat part time ambil budak balik dari sekolah. Jadi  bil turun ni kurang sikit bajet isi minyak kereta. Daripada RM90 untuk tangki penuh. Kini tinggal hanya RM70 untuk isi penuh  pada bulan feb .Kemudian 1 mac turun lagi mungkin boleh RM60-RM65 sahaja untuk tangki penuh. Semasa minyak tengah mahal saya isi seminggu 2 kali tangki penuh. Sekarang seminggu hanya sekali. Dan tahun ni lebih banyak guna kereta.

harga minyak

Berikut ialah jadual rasmi harga runcit bulanan bagi petrol RON 95, RON 97 dan minyak Diesel di Malaysia anjuran tahun 2016

Info Harga Petrol RON95, RON97 Dan Diesel Bulan Mac 2016

  1. Harga runcit petrol RON95 turun 15 sen, berkuat kuasa jam 12.01 awal pagi Selasa, 1 Mac 2016
  2. Harga baharu bagi RON95 itu turun kepada RM1.60 seliter, berbanding RM1.75 pada bulan Februari
  3. Harga bagi RON97 pula berkurangan sebanyak 10 sen, daripada RM2.05 kepada RM1.95
  4. Harga bagi diesel untuk bulan Mac menyaksikan tiada perubahan, ia kekal dengan harga RM1.35 selite

Seorang anak balik jam 12.50pm , seorang balik jam 1.20pm dan seorang lagi balik jam 3.30pm. Saya ambil anak part time 4 orang jadi pusing 4 kali. Hantar mengaji pula setiap hari. BELUM termasuk ke pasaraya bagai. Tambah tolak memang saya pengguna minyak tegar.

Bersyukur sangat , dengan peningkatan bayaran bahagian lain naik naik naik . Minyak turun. Baru ni terkejut dengan bayaran PIBG sekolah anak RM80 seorang darap 3 . Bayaran UPSR RM250. Dan tak dapat pula bantuan persekolahan RM100 tu kan.  Pening mak fikir. Walau apa pun rezeki anak-anak tetap ada.

Sikit buat cara sikit la. Banyak buat cara banyak. Dari boleh makan kfc 2 kali sebulan jadi sekali jek la ye. Lawak je …..  jangan ambil serius pula.

Gambar  dan info kredit pada : MYsumber.com

Show 6 Comments

6 Comments

  1. Alhamdulillah… betul tu akak..ringan skit kos minyak bulan ni..tengok minyak dah tinggal separuh..nati leh topup..hehe

  2. dulu pernah harga minyak petrol pada paras RM1.50 seliter..pada masa itu saya baru sahaja memiliki kereta pertama

  3. Cumaaaaaa, barang keperluan harian tak pernah nak turun… sedih2..

  4. Datin Tyka

    minyak turun..
    tapi barang2 kat kedai tak turun2.
    sedih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.