Happy Birthday Laila – Turn 7

Share

Assalamualaikum , haiiiii dah balik kampung ke untuk beraya ? Kami belum. Nak tempek sikit gambar laila masuk 7 tahun ni. Sambut kecil kecil dengan keluarga sendiri sahaja. Tu pun ayah tak dak . Makan di kfc. Tak rancang pun sebab sebenarnya ibu lupa tarikh lahir dia. Birthday laila 25.6 manakala birthday husna 26.5 jadi selalu keliru di situ. Rasa macam dah sambut birthday dah bulan lepas. Ingat tak ada birthday lagi. Lepas tu si kakak bisik2 .. hari ni hari jadi laila. Apa lagi .. ibu pun kebetulan malas masak. Terus ajak anak-anak pergi KFC terdekat la. Nasib baik tepi rumah aje.. Tetapi lambat juga dapat makan nya kfc lmbt sikit sampai. Jadi kita potong kek sahaja dulu.

laila besday 1

Beli kek segera di kedai kek berhampiran  tak tempah pun. Itu pun laila suruh beli yang besar dan ajak keluarga makngah dan makdak dtg makan. Aiyooo dah malam pun. Ayah pun belum balik. Jadi kita kita ajelah. Tetap meriah uols. Keluarga puanbee tak pernah tak meriah lah.

laila besday 2

Ini budak makan banyak , tapi tak sihat sangat masa ni. Makan banyak2 lepas tu termuntah. Kesian dia.

laila besday 3

3 Dara pingitan. Semua ni dah lepas dah hari jadi. Lepas ni ibu , lepas tu syamim. Ahak ahak .. ibu tu buat lupa pun takpeee.

laila besday 4Ramai orang kata. Husna ikut muka ibu sebijik. ye ke ? Hihi tang bulat tu je lah kot. 
laila besday 5

Syamim lagi. Sekarang dah pandai suruh orang ambil gambar dia. Cuba la buat tak dengar comfirm menjerit. Macam kena apa lagi.laila besday 6Happy birthday Laila. Semoga menjadi anak yang solehah , bijak dan berjaya dunia akhirat. Laila dapat 5 A dalam ujian baru baru ini. Ayah janji bagi 1 A RM20 . Pergi tuntut. Ibu sayang semua anak anak ibu. Sumpah.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini. Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

4 Comments:

  1. happy birthday Laila.semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

  2. Happy belated birthday Laila…suka la nama Laila…

  3. Selamat hari lahir anakanda 🙂

  4. Hepi bezday.. semoga jadi anak yang baik dan solehah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *