Hantaran Untuk Majlis Bertunang Pakcik

Gambar-gambar hantaran kenangan untuk famili je .. hantaran pertunangan yang tidaklah wajib tapi sekadar mengikut adat melayu lama dan berseronok bertukar-tukar hadiah sahaja. Saya ambil gambar sikit saja , bukan apa .. kita pakai iPhone4s je , orang lain pakai kamera besar-besar gedabak , so bagi laluan kat deme lah ye .. Lama betul nak update kisah orang bertunang ni , sampai abang ipar dah tanya , kenapa tak upload lagi di facebook , maaf ya semua yang menantikan hasil tulisan ai yang paling berbakat ni .. (sila lah muntah sekarang pabila korang membaca ayat puanbee ).

Rasanya ..hantaran sebelah lelaki lebih ‘over’ dari hantaran sebelah perempuan pulak kali ni , saya mewakili sebelah lelaki , tengok lah hantaran dengan bunga ros bagai , tetapi sebelah perempuan mengubah hantaran mereka dengan sederhana saja. Kelakar pulak bila di ingatkan kisah famili puanbee ni.

majlis pertunangan

Hantaran di buat dengan terkocoh-kocoh kerana , kebanyakkan hantaran ni di sponsor oleh adik beradik , ada yang balik awal dan ada yang balik ke kampung lewat untuk serahkan barang hantaran tersebut , yang paling lambat saya le.. heheh ..

majlis tunang

Walau apa pun , dengan kerja sama kakak-kakak ipar , biras-biras dan juga abang-abang semua hantaran ini dapat di siapkan. Syukur ..

majlis tunang

Boleh lah simple-simple je , hantaran orang biasa je pun , buat sendiri tak ada upah untuk gubahan pun. Sebelum tiba hari untuk bertunang tu kami masak untuk sarapan yang akan di hidangkan pada sanak saudara. Masak simple juga , kuew tiaw goreng , rendang , pulut kuning dan agar-agar … sebelah lelaki buat simple saja ..

majlis tunang

Part paling best , keluarga sebelah perempuan memang handal-handal memasak .. semua makanan yang di hidangkan menyelerakan , sama juga dengan hidangan yang di hidangkan pada hari kami pergi meminang dulu.

majlis cincin

Ini semua hantaran sebelah lelaki , sebelah perempuan lupa nak ambil … bateri iPhone4s tu pun dah low … tak sempat nak ngecas.. opss cincin tunang tak ada orang sponsor , bakal pengantin lah yang sediakan sendiri ..

kain ela

Gula-gula di buat sejambak bunga , sangat kreatif ..

majlis tunang

Sebelum berangkat keluar rumah …. pihak lelaki memberi 21 hantaran dan di balas dengan 28 hantaran dari pihak perempuan , meriah sungguh …. nampaknya .. disini masih mengamalkan sikap gotong royong seperti zaman saya bertunang 10 tahun lepas… ok ler tu …

hantaran

Orang lelaki dalam famili semua tak nak interprem , nyampah betul ..tengok semua perempuan je duk berposing …lawa betui bakal pengantin nih … aiyoooo …patut lah pakcik nak cecepat aje…eh akak tudung pink pun lawa gak … haha sekali lagi (sila pergi muntah lah ya)

Mungkin nak baca kisah merisik sebelum ni :

Hantaran dulu hantaran sekarang
Merisik buat pakcik

Comments

  1. banyaknya hantaran.. kalau fesyen family zie, masa bertunang hantaran jenis manisan,makanan,buah-buahan dah cukup. Hantaran utk nikah baru lengkap kasut, baju, telekung semua…

    meriah tgk family nk ada org baru ni.. tak sabar lak kenduri adik hujung tahun ni..

  2. kreatifnya…semua gubahan tu cantik2….

  3. banyaknya hantaran, main puluh2. hampir semua orang yg mengantar kena bawak hantaran balik.

  4. wahhhh banyaknya barang2 hantaran….uhhh kalau akak malasnya lah nak buat semua tu, anak2 teruna belaka, kena siap sedia jugak ni

    • kena bersiap jugak kak,

      bukan semua di buat oleh org yg sama , masing2 sponsor masing2 buat gitu , reben n bunga je di sediakan ..

  5. Sedapnya tengok orang kawin..hehe..wahhh puan bee…skima nya ambil gambar..kenapa tak posing maut???hehe

  6. Tahniah utk pakcik…

  7. Terasa kemeriahannya sampai ke sini! šŸ˜€

  8. putera-malam :

    tema warna kuning ke tu,,,

  9. banyak warna kuning plak tu.huhu

  10. Esok adik ipar akan bertunang. Persiapan majlis bertunang semuanya telah di settlekan oleh adik-adik ipar lelaki termasuk gubahan hantaran telah digubah oleh mereka. Siapa kata lelaki tidak boleh buat gubahan.:-)

  11. perghh banyaknya hantaran..

  12. Banyak hantaran tu..mau belanja kawen 20k nanti he3..

  13. dah macam majlis perkahwinan pulak akak tengok šŸ™‚

  14. Cantik gubahan tue.

  15. huh..mesti ada kasut..

  16. Haiii puan Bee! Minggu hadapan Adik Hubby nak bertunang juga. Tapi memang gempaq dan meriah la hantaran puan bee yea, banyak nyer!!!!

  17. Wow, banyaknya hantaran kak, sampai 28 belah perempuan..wuuuu..
    Meriah2:)

  18. xder la smpi muntah..hehe

Speak Your Mind

*