Hantaran Dulu Dan Hantaran Sekarang

Tengah berbincang dengan adik beradik sebelah suami nak sponsor hantaran untuk adik ipar , ye lah kalau seorang abang atau kakak sponsor satu dulang dah jimat duit adik tu nak berkawin , duit hantaran saja dah berapa ribu. Tak perlu lah sebut disini. Karang kecik hati pulak orang yang membaca.Sambil-sambil tu search lah tengok idea gubahan hantaran zaman sekarang. Semuanya sepesen saja. Banyak selitkan bunga dan reben.

hantaran perkahwinan duluGotong royong buat bunga telur

Yelah hantaran orang sekarang ni kebanyakkannya tempah saja , tak macam zaman saya kawin dulu ..semuanya di gubah oleh orang kampung , di sponsor juga 2-3 dulang hantaran. Bila teringat balik bagaimana kemeriahan majlis pertuanangan dan perkahwinan tu boleh buat kita tersenyum-senyum. Tak macam sekarang , mana ada gotong royong dah ..

Gotong royong zaman dulu memang betul membantu , selain dari ringankan beban kerja oleh pihak pengantin , sebaliknya duit ringgit pun jarang di gunakan , so dulu tak de istilah berhutang untuk berkahwin dan bertunang.

hantaran kawin dulu - dulu

gubahan hantaran sendiri

Tengok hantaran semasa majlis pertunangan saya , semua di bungkus .. apa tidaknya semuanya makanan yang kawan-kawan dan jiran-jiran sponsor , dalam tu semua makanan yang memang telah di gubah , ada kuih bahulu bentuk ikan , ada bunga yang di perbuat dari pulut kacau , ada puding tembikai yang sebijik macam tembikai , ada sejambak coklat di buat anggur , ada sejambak bunga dari asam kana. Sekarang mana dapat dah macam tu…

gubahan hantaran dulu

Tengok gambar di atas ni ada waffer yang di buat rumah , sangat kreatif .. dulu-dulu kalau bertunang memang banyak bagi hantaran dalam bentuk makanan dan tepak sireh sahaja , jika berkahwin baru bagi hantaran dalam bentuk benda , contohnya sejadah , telekung , minyak wangi dan lain lain.

hantaran dulu

Dulu ai selim , apa tidaknya .. masih muda trang tang tang…
Tapi orang sekarang akan bagi hantaran jenis gadjet terkini , replika kunci rumah , cincin berlian , coklat , cupcake .. itu semua dah macam bukan budaya kita je , dulu bahulu sekarang cup cake kan ..

kawin dulu

Dengan kawan-kawan semasa majlis perkahwinan saya pulak , alahai semuanya dah kemana lah .. lama tak jumpa cik kak cik kak ni semua.

Oh yeayhhhh saja tayang gambar ai tanpa corset pun dulu kahkahkah .. saya tak tau kenapa jurusolek tu makeup muka saya sampai jd mcm tu … alahai dah rupa opera , tapi .. waktu dulu keputusan bukan terletak di tangan pengantin , nak apa pun mak yang tentukan , lain zaman sekarang pengantin yang tentukan.

Dah dapat hantaran apa nak bagi pada adik ipar nanti , nak bagi telekung lah ..ai tetap old fesyen lah .. bagi telekung lagi baik dari benda-benda lain .Saham akhirat … hehehehehe..

22 Comments

  1. Norasikin 13 May 2012 Reply
  2. eiela 13 May 2012 Reply
  3. gubahan hantaran 12 May 2012 Reply
  4. gubahan hantaran 12 May 2012 Reply
  5. Terbelog 12 May 2012 Reply
    • Norasikin 13 May 2012 Reply
  6. mie 12 May 2012 Reply
    • Norasikin 13 May 2012 Reply
  7. puan kutu 12 May 2012 Reply
  8. titan 11 May 2012 Reply
  9. Myra Jay 11 May 2012 Reply
  10. bardboo 11 May 2012 Reply
  11. cmichaelsny 11 May 2012 Reply
  12. Denaihati 11 May 2012 Reply
  13. Jebeng Otai™ 11 May 2012 Reply
  14. hatiputera 11 May 2012 Reply
  15. zie fauzi 11 May 2012 Reply
  16. Ummi Hanie 11 May 2012 Reply
  17. Hafizul 11 May 2012 Reply
  18. Izzuddin Fauzi 11 May 2012 Reply
  19. Ibu Mifzal Arsyad 11 May 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.