Hak pembeli

Seperti yang saya kecohkan sebelum ini , charger tab samsung galaxy s2 saya rosak. Saya pernah tanya pada center samsung untuk dapatkan charger tersebut.. harga nya mahal ya amat .. jadi saya survey dulu harga di kedai-kedai lain. Pekerja di kedai samsung dah cakap , charger tak original tak boleh masuk. Saya tak percaya …

Samsung Galaxy Tab 2 Charger
Samsung Galaxy Tab 2 Charger

RM179 untuk charger adalah sangat mahal. Bagi saya … ibu yang tidak bekerja dan mempunyai tanggungan yang ramai. Bagi saya .. selagi boleh jimat kita jimat. Kesian suami kerja sorang .. he he he ~ Kalau orang lain mungkin tidak apa-apa harga begitu kan ..

Saya pergi ke GM Klang baru-baru ini . Saya minta caharger samsung tab 2  , rupanya ada pelbagai jenis dan harga .. kemudian penjual keluarkan satu charger , harga RM40 .. katanya .. kualiti.. elok … dan paling tahan lama dengan lain-lain.

Saya minta pekerja itu cuba dulu di tab saya , saya cuba cas sehingga 3% bateri , dan saya puas hati saya bayar .. memandangkan tab saya memang kehabisan bateri , jadi sengaja saya minta pekerja cas lama sikit.

Selepas pembayaran di buat , resit pun saya dapat ..

Anak-anak nak pergi tandas , jadi saya tak jadi la nak cas tab lama sikit , saya minta tab dari penjual .. penjual ambil tab dengan charger sekali beri pada saya. Saya cuba untuk tanggalkan …

Sekali … tercabut penutup di antara penyambung caharger dengan tab.

Saya cakap .. saya tak nak jenis ni .. nak jenis lain..

Tiba-tiba yang lain tu , semua tak sesuai setelah di cuba berkali-kali.

Duit dah bayar.

Pekerja minta saya ambil charger jenis yang sama tapi lain. Dah buka resit katanya , tak boleh pulangkan duit. Atau boleh ambil barang lain.

Saya cakap … kenapa saya kena beli barang lain ? benda bukan salah saya , dan awak sendiri yang cakap , charger ini berkualiti .. walaupun masih boleh cas , walaupun hanya penutup tanggal , tapi saya tak nak .. buat apa beli benda yang pada hari pertama dah nampak tak elok ? berapa lama pula saya boleh pakai charger itu dan kembali untuk beli lagi ? Baik saya beli yang original.

Selepas di bebel , maka pekerja tersebut terpaksa mengalah , dan memulangkan duit saya semua dengan muka tak manis. Saya tak peduli.

Itu hak saya , saya beli … bukan minta percuma , RM40 banyak juga .. boleh beri belanja sekolah anak selama 3 minggu.

Kemudian pergi kedai sebelah. Ada charger elok sikit .. AP original .. bukan dari china seperti kedai tadi. RM35 je … huuu ~  kan …

Kesimpulan nya disini .. nak beli apa pun kena hati-hati dan tegas. Ramai orang suka ambik kesempatan .. kedai pertama melayu , kedai ke dua cina .. huu sedih ~

17 Comments

  1. Rina 5 July 2013 Reply
  2. Denaihati 4 July 2013 Reply
  3. akubiomed 3 July 2013 Reply
  4. Norfanil 3 July 2013 Reply
  5. Anuar 3 July 2013 Reply
  6. reezluv 3 July 2013 Reply
  7. Bro Framestone 3 July 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 3 July 2013 Reply
  8. Ummi Hanie 3 July 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 3 July 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 3 July 2013 Reply
  9. Halim Brothers 3 July 2013 Reply
  10. Anarm 3 July 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 3 July 2013 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.