Hadiah untuk ibu

Share

Hadiah yang di beri kakak tak kira masa. Bukan sahaja sempena hari ibu, hari lahir malahan kakak memang suka bagi hadiah. Balik dari sekolah ada je benda yang di beri , kadang-kadang kakak buat kad dan tampal di peti ais .. kadang-kadang kakak bagi benda kecil-kecil , dua hadiah di bawah pun di beri setiap bulan. Bukan main romantik kakak ni.

hadiah hari ibu

Rasanya dah 6 kali dapat hadiah , tapi 4 lagi entah kemana .. adik-adiknya buat main.. dua ni sempat saya selamatkan dan sorok kan di dalam almari sebelum adik-adiknya main.

Kalau dapat ke adik-adiknya ni harus rosak.

 Ibu : Buat apa la kakak beli hadiah semua ni .. ibu bagi duit untuk kakak makan , nanti lapar ..

Kakak : Takpe la , kakak tak lapar , kakak dah makan dah .. kakak kan anak ibu , mesti la kakak bagi hadiah kat ibu …

Ibu : Tak payah la hadiah-hadiah , kakak belajar pandai-pandai , rajin tolong ibu , rajin baca buku dan cukup kak.

Kakak : Ehehe .. nanti la kakak rajin ..

Ibu : Amboi

 

Gitu la kekdah dia , kalau suruh belajar rajin-rajin .. Walau apa pun .. terima kasih kakak .. bila dah besar nanti baca la blog ni.. tak pernah ibu minta banyak dari kakak asalkan menjadi manusia berguna.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

27 Comments:

  1. Hehe kami pulak sambut dengan kek macma smbut besday

  2. Rajinnya kakak bagi hadiah. dalam menghalang mesti akak rasa terharu jugakkan.

  3. kakak budak yang baik… 🙂

  4. Tanggal 10 mei adalah hari ibu untuk Malaysia ya…
    Selamat Hari ibu buat Puanbee dan juga semua wanita di Malaysia 🙂

  5. bagusnya anak, Selamat Hari Ibu buat Ibu yang ada di malaysia, 🙂

  6. baiknya anak puanbee…

  7. baiknya kakak…:)

  8. selamat hari ibu kepada semua

  9. selamat hari ibu pada PuanBee.. 🙂

  10. Selamat hari ibu ya puan…

  11. Salam..haip bee..lme x singgah cni..maap ye..
    cantik hadiah yg kakak bg kt bee tu..mesti rasa terharu biler ank bg gift kat kite kan..

  12. Emm sayang sangat akak kat mama dia yer..hehe..selamat hari ibu buat puanbee,,hehe

  13. bagusnya kakak..sentiasa ingt ibu dia..nati blh kumpul hadiah kakak bt koleksi…

  14. patut tuntut dari anak tak? 4 tahun dah boleh beli bunga kan?? huhuhu..

  15. untgla ade anak yg solehah..
    cam ibunye jugak..

  16. perempuan kan.. hum.. romantik la kakak ni..

  17. pandainya kakak menjaga hati ibunya . Harap begitulah hendaknya bila besar nanti.

  18. Sweet nya kakak. Xpe. Sekolah rendah kan… saya dulu sekolah rendah pun malas juga. Naik sekolah menengah baru ada kesedaran.

    Kita sokong dgn nasihat dan doa.

  19. wah.. hadiah untuk saya tak ada ke?hahaha

  20. Tersentuh hati dengan niat murni kakak.

  21. gua tak pernah dapat pun..

  22. Lupa pulak hari ibu ,kena beli hadiah kat mak ne

  23. kakak memang seorang anak yg baik..good girl!:-)

  24. tahniah dapat banyak koleksi hadiah dr kakak dan selamat hari ibu.

  25. wah seronok campur terharu ibu dia masa dapa hadiah tu..

  26. oh, Selamat Hari ibu ! 🙂

  27. same pe’el ank hanie juge… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *