Gunting lidah sendiri akibat di buli

Assalamualaikum dan Hai semua. Baru je saya update kisah buli di sekolah. Apabila buka facebook dah viral kisah Adik ni gunting lidah sendiri sebab takut di belasah. Ya Ampun , inilah yang saya takutkan. Budak-budak main kasar biasalah tu , tapi bila dah terjadi boleh buat apa ? Ibu bapa report polis , polis pula boleh buat apa ke atas kanak-kanak kecil yang berumur 9 tahun yang membuli tu ? Apa pula tindakan guru-guru pada waktu tu. Bagaimana dengan nama baik sekolah dan bla bla bla .. Apa yang paling penting , bagaimana adik ni nak ke sekolah lagi nanti. Trauma ke tidak ke ? Ini lah saya takutkan. Inilah maksud sebab saya tulis artikle lepas bertajuk Bila anak kena buli depan mata. Tak ada niat lain , hanya peringatan. Agar kita sama-sama dapat membimbing anak kita.

gunting lidah sendiri

Petikan berita : http://www.hmetro.com.my/node/125463

Klang: Seorang ibu menerima kejutan menyedihkan apabila diberitahu anaknya menggunting lidah sendiri akibat dibuli dalam kejadian di sekolah rendah, di sini, kelmarin.

Wanita terbabit menerima panggilan daripada pihak sekolah memaklumkan anak lelakinya itu cedera pada lidah dan segera ke sekolah berkenaan sebelum anaknya dibawa ke Hospital Ampuan Rahimah, di sini, untuk mendapatkan rawatan.

Menurut sumber, selepas didesak, budak lelaki berusia lapan tahun itu, menceritakan kejadian sebenar.

“Budak darjah dua itu difahamkan dibuli oleh lima murid darjah tiga. Mereka mengarahkan mangsa memotong lidahnya, jika enggan, mereka akan membelasah mangsa.

“Dia (mangsa) yang takut dengan ugutan itu terus menggunting sebahagian lidahnya hingga mengakibatkan cedera,” katanya.

Ibu mangsa ketika dihubungi berkata, anaknya kini dalam keadaan baik.

“Saya mengetahui perkara ini dari anak saya, tetapi saya serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan,” katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.ketik dihubungi wartawan Harian Metro, malam tadi.

Gambar budak lelaki itu tersebar di laman sosial, semalam sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat.

Semoga adik ni cepat sembuh.

Comments

  1. Memang tak sangka kes buli ni kanak-kanak bawah 12 tahun pun terlibat kan?

  2. Sedih dan simpati apa yang berlaku sehingga berlaku kecederaan dan tidak percaya yang membuli adalah anak kecil. 🙁

Speak Your Mind

*