Guna Perkhidmatan Serverfreak Pula

Sekarang ni , saya beralih menggunakan pekhidmatan hosting  Serverfreak pula , setelah saya .. agak merasa tidak puas hati dengan pembekal hosting yang lama , setakat ni 4 syarikat penyedia hosting yang telah pun saya cuba guna. Harap-harap serverfreak ni akan berkekalan dengan saya selamanya , penat dah …

Saya ambil pakej ELite

Elite
Space: 10,000MB
Bandwidth: 100,000MB
Allowed Domain: 10
Control Panel: cPanel with Fantastico

Free Domain! (Annual Signup)
MYR30.00 MYR Monthly
MYR85.00 MYR Quarterly
MYR160.00 MYR Semi-Annually
MYR300.00 MYR Annually (Free Domain)
MYR500.00 MYR Biennially (Free Domain)

Malaysia Web Hosting

Sekarang ni nak puji berkepuk-kepuk pada penyedia hosting ni pun naik serik , tapi mengikut dari testimoni denaihati , yanmieonline dan kujie kebanyakan diorang cakap hosting serverfreak ni terbaik , kalau tak tak kan diorang stay bertahun-tahun dengan serverfreak kan.

Nak ucapkan terima kasih pada @amirutwits @yanmie @hazmin kerana membantu saya sepanjang proses menukar hosting , sedikit sebanyak mereka melegakan kekalutan di jiwa saya pada waktu tu.

webmastertool

Tengok gambar di atas , ambil dari webmastertool : Server Error setakat 6 mei , 7 mei saya dah pindah ke serverfreak , tak ada server error

Kenapa tukar lagi ?

Sesetengah orang tak nampak apa-apa masaalah pun di blog saya , tetapi sesetengah orang akan selalu mengalami masaalah untuk masuk ke blog saya , rata-rata pengguna Broadband , apa berat sangat ke blog saya ? sampai berkali-kali saya tukar theme tau , korang tau lah kan .. siap sidebar , plugin semua saya dah disable pun masih sama , saya sendiri bila nak gunakan kawasan dashboard ni selalu naik error , not found dan entah apa-apa lagi , tanya kepada pembekal hosting sebelum ni , dia cakap ok ..mungkin kerana conection , saya boleh terima alasan tu ..

hosting main peranan Bukan nak salahkan hosting , tapi boleh nampak , di anak panah tu mula 29 April traffic menjunam turun , lepas tu …. sehingga 6 mei , pada 7 mei saya tukar hosting , walaupun 7 dan 8 mei saya tak update apa-apa , tapi tengok traffic dah mula naik balik. Sehingga ke hari ni , traffic dah mula naik secara pelahan-lahan.

Apabila traffic makin menurun , walaupun saya update blog sehari 5 kali , traffic tetap sama .. jadi memang kena buat sesuatu , kalau tidak saya rasa kesian kepada orang-orang yang menyewa tapak iklan di blog saya , saya susah hati mengenangkan benda tu. Amanah kan ..

Senarai Blog Malaysia yang menggunakan serverfreak

Last-last saya malas fikir , terus je lah tukar hosting lain , harap-harap lepas ni okey .. tapi , hari yang sama saya tukar hosting , blog dah nampak peningkatan traffic , walaupun saya tak update blog.. see !!!!

P/S : hurm nak join serverfreak jugak ? klik banner di atas , ngantuk sudah , tulis jam 2:27 am , autopublish sebab pergi majlis hari jadi anak sedara gabung dengan harijadi una yang jatuh pada 26 Mei ni.

About puanbee

Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

65 Replies to “Guna Perkhidmatan Serverfreak Pula”

  1. hahahah iyala btul tu puan bee ngam la pakai servefeak banyak pelawat hhehe blog i tu bau je bina bulan 4 yanh lalu

  2. memang kadang2 xleh buka,
    ingatkan bandwith kat sini dah habis,
    serverfreak terlampau mahal kot bagi saya
    🙁

    • sebelum ni , bandwidth unlimited , tp ramai kejap2 boleh buka kejap2 tk boleh buka , tk pe lepas ni ok lah …

      mahal tp selalu juga ada income so boleh tampung lagi

  3. Dah pernah guna banyak hosting daripada syarikat berlainan dan ada yang ok. Dalam banyak2 hosting femes, serverfreak belum pernah guna. Bagi saya 100gb bandwith untuk RM300 sangat mahal. Kalau blog tak generate money sgt tak berbaloi, tapi macam Puan Bee ni ok lah kut hehe

  4. aku tggu awl thn dpn baru nk tukar. lembab nak mampos hosting skrg ni… disebabkan baru renew, terpaksa la tunggu…

  5. Harap hosting skrg beri yg terbaik…kak sya still ngn mesrahosting je…

    Nk tanya sket…blog kak sya ok tak…dh lama tinggal…skrg ni pun rajin update blog je…yg lain2 tak de mood dah nak ambil tahu…

  6. nak tukar jugak nanti sebab akak pun ada masalah ngan bee..bila siap buat entri,nak publish dia jadi error..tapi setakat ni masalah tu taklah melampau sangat..namun tidak boleh di biarkan ianya berlarutan..

  7. Dah tukar ya..sy pun berkira2 gak nk tukar hosting ke serverfreak…bee tukar hosting saja je atau sekali nga domain?

  8. Nak tunggu yang current hosting habis dulu baru tuka… Still dengan NetKL… Anyway, skrg da kurang masalah… Ble dah pakai CDN 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*