Gosip Minyak Yu Yee Tak Halal ? Minyak Yu Yee Cap Limau Halal Dan Telah Di Sahkan Oleh Jakim

Assalamualaikum dan hai semua. Pernah dengar tentang Minyak Yu Yee Cap Limau tak halal tak ? Setelah beberapa tahun saya menjadi pengguna setia Minyak Yu Yee Cap Limau iaitu zaman kelahiran anak sulung tahun 2004 kalau tak salah .. ke 2003  Omak aihh ..lupa pulak tahun kelahiran anak sulung .. Abaikan .. pendek kata dia sekarang dah berumur 13 tahun , lepas tu bawa ke adik adik memang lah pengguna setia Minyak Yu Yee Cap Limau ko .. Lepas tu timbol gosip di katakan Minyak Yu Yee Cap Limau ada lemak khinzir. Amboi mengelabah orang kita termasuk lah daku .

Lepas tu sekarang ni , kalau di belek – belek dekat tin nya dah pun ada cop halal. Makanya sebagai pengguna dan blogger yang sangat perihatin mesti lah check sendiri di website Jakim kan. Korang ni. Mana boleh bedal je buat entri kang kena kecam. Minyak Yu Yee Cap Limau HALAL. Korang boleh check sendiri dekat website JAKIM. Meh sama-sama jadi perihatin dan bijak. Bak kata Mat Dan , jangan buat bijok .

Minyak Yu Yee Cap Limau Kegunaan Satu Keluarga.

Dulu – dulu sapu ke anak je. Bila anak macam merengek je , terus capai minyak sapu pelahan-lahan ke perut secara membulat. Sapu di ke dua tapak kaki / bawah betis dan kemudian tunggu selama beberapa saat. Akan kedengaran sesuatu bunyian prooottttt di ikuti tawa anak.

Sekarang- sekarang ni .. mak yakni saya ada rasa cam lenguh lenguh sikit , macam sejuk sejuk pun sapu Minyak Yu Yee Cap Limau. Ada sekali tu , pergi kedai dengan syamim , dia pilih mainan mahal-mahal. Mak dia terus capai Minyak Yu Yee Cap Limau letak kat dahi .. pening tiba – tiba bagi isyarat untuk syamim , ibu sakit kepala kena balik cepat. Orang kedai tu sengih je tengok gelagat anak beranak.

Kandungan dalam setiap botol Minyak Yu Yee Cap Limau

  1. Peppermint Oil (36.0% w/v)
  2. Clove Oil (2.6% w/v)
  3. Nutmeg Oil (0.6% w/v)
  4. Menthol (1.6% w/v)
  5. Borneol Cortex Cinnamoni (1.0% w/v)
  6. Resina Calamus Draco (1.0% w/v)
  7. Light Liquid Paraffin (1.0%% w/v)

 Size botol Minyak Yu Yee Cap Limau .

Kalau size lain dari ni bukan dia lah tu ye . Ada 3 size je .. korang suka yang mana ? saya suka paling kecil senang nak selit masuk beg.

  • Minyak Yu Yee 10ml
  • Minyak Yu Yee 22ml
  • Minyak Yu Yee 48ml

 

Sedikit tips dari saya. Selepas mandikan baby jangan sapu lagi minyak ni. Lap betul betul naa. Sian dia ..  takut dia panas terlebih pula. Kita takpe ..kulit dah keras macam kulit kayu. Baby kecil sangat lagi. Sapu 2-3 titik sudah memadai. Satu titik di tapak kaki. Satu titik di bawah betis. Baby yang pusat nya belum luruh tak payah sapu minyak lagi ye.

Nah akak share lah gambar latest anak anak akak ni.. semua bakal pentadbir negara ni. Eekekkee ..

Jadi , korang suka tak Minyak Yu Yee Cap Limau ? share sikit pengalaman ..

Nak update terkini tentang Minyak Yu Yee Cap Limau boleh jenguk sini :

https://www.facebook.com/Minyak-Yu-Yee-Cap-Limau-1611335482473951/

 

7 thoughts on “Gosip Minyak Yu Yee Tak Halal ? Minyak Yu Yee Cap Limau Halal Dan Telah Di Sahkan Oleh Jakim”

  1. Nampaknya nak kena try test sekali tengok macam mana.. maklum aje la.. bulan 10 ni nak dapat anak ketiga.. try test sekali dia kentut ada bunyi tak.. Hehe.. bagus la kalau dah halal.. ni asyik ragu2 aje kan..

  2. Saya pun pakai minyak yuyi ni utk anak2. Pastu keluar ura-ura mengatakan dia tak halal. Memang menggelabah la. Husband dah nak buang dah minyak yuyi botol paling besar yg kitorang baru beli. Last2 sebenarnya halal la lega rasa.

  3. Minyak yuyi ni sesuai untuk anak anak mama
    .
    Sebab anak anak tu rasa selesa kalau ada kembung perut dan angin

  4. saya memang tak pakai minyak ni…Bukan sebab kes tak halal tu..tapi tak pernah terlintas nak beli..hahaha..Nanti bebila nak beli la..tunggu yang ada ni habis dulu.Saya guna brand lain sebab dulu kerja kat kilang brand lain tu..heheh..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *