Giveaway dan Blog List Oktober di http://vitamin-cerdik.com

Assalamualaikum dan Haiiiii … Giveaway dan bloglist ni saya join sebab saya suka produk shaklee. Lagipun sis Raihanah rajin singgah dan komen di blog saya. Tak ada apa saya nak beri kepada pelawat setia melainkan memberikan sokongan begini. Blog vitamin-cerdik.com , selain dari menjual produk shaklee ianya juga banyak menyelitkan entri kesihatan. Saya suka baca blog begini. Tetapi maaflah saya selalu kehilangan kata-kata untuk meninggalkan komen. Jadi saya jadi pembaca senyap. Kalau korang tak tahu nak update apa , mari lah sertai giveaway ini. Sambil tu boleh baca entri sis Raihanah dan tambah ilmu kesihatan gitu.

giveaway-bloglist-oktober-2016-vitamin-cerdik-com_-665x499

Dalam banyak – banyak entri saya suka 3 entri di bawah ni :

1 : 10 kebaikkan detox  darah dengan Shaklee.

Apakah detox ?

Detox ialah proses menyingkirkan toksin daripada badan kita. Toksin yang masuk ke dalam badan kita bukan sahaja berkumpul di usus, tetapi ia juga di hati dan dalam darah kita. Pelbagai masalah kesihatan akan timbul akibat daripada pengumpulan toksin di dalam badan. Antaranya, tumor, kanser, migrain dan sebagainya. Kebanyakan kes penyakit yang dirujuk, hampir 90% adalah berpunca daripada toksin badan.

Detox penting untuk memberikan kesihatan yang optimum, memberikan fokus dan tenaga semasa bekerja atau beraktiviti. Masalah Detox yang tidak sempurna juga menjadi masalah berat badan. Masalah kulit muka yang berjerawat, dan kulit yang bermasalah juga disebabkan kerana proses detox yang tidak sempurna. Dan jangan tak tahu, nafas berbau juga merupakan petanda bahawa detox badan kita tidak sempurna. Sebenarnya, Detox bukan sekadar buang air besar. Sebenarnya tidak tepat, kerana detox menyeluruh melibatkan:

  1. Detox Usus
  2. Detox Hati
  3. Detox Darah

Baca lagi di sini — >   10 Kebaikan Detox Darah Dengan Shaklee

2 : Bagaimana Nutriferon Bertindak Sebagai Penggalak Sistem Imun

Badan kita mempunyai suatu yang dipanggil sebagai interferon. Ia merupakan suatu protein semulajadi yang mencetuskan sistem imun badan untuk menyerang mikrob penceroboh dan merangsang keupayaan sistem daya tahan badan untuk melancarkan suatu gerak balas imun.

Pengeluaran interferon dalam badan kini boleh dirangsang secara semulajadi pada individu yang sihat melalui tambahan diet baru yang dipanggil Nutriferon.

Sistem imun kita bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti dan adakalanya ia breakdown. Apakah yang boleh menyebabkan sistem imun kita terganggu ?

Baca lagi di sini –> Bagaimana Nutriferon Bertindak Sebagai Penggalak Sistem Imun

3 :  Nutrisi Kaya Antioksida Melindungi Daripada Kanser

Makanan Berwarna Ungu Paling Tinggi Antioksida

Tahukah anda, makanan berwarna ungu merupakan makanan tertinggi mengandungi antioksida?

Makanan berwarna ungu mempunyai ciri antioksidan yang kuat, antaranya disebabkan:

  • Melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas
  • Menyokong kesihatan jantung, salur darah dan kulit
  • Melancarkan proses pencernaan
  • Mengurangkan stress oksidatif iaitu salah satu penyebab utama penuaan
  • Kaya dengan resveratrol yang terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser

Sebab-sebab Makanan Warna Ungu Lebih Baik ?

Baca lagi di sini –>  Nutrisi Kaya Antioksida Boleh Melindungi Daripada Kanser

So mudah je nak join Giveaway dan Blog List Oktober di http://vitamin-cerdik.com  ini. Jom beramai-ramai sertainya. Tarikh tutup adalah pada 31 / 10 / 2016.

Terima kasih kerana membaca , doakan puanbee murah rezeki dan menang. Saya doakan anda pembaca blog ini pun sama murah rezeki dan di beri kesihatan yang baik.

 

Please follow and like us:
200

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

5 Comments:

  1. Yang penting kita dapat ilmu baru kan bila baca.. tak komen pun tak pe la ?

    Then bila kita bertambah ilmu n amalkan ilmu tu plak, penulis tu bertambah2 pahala dia.

  2. hihi..samalah..ciktom pun kadang2 bi baca jadi silent reader je kat blog kak raihanah ni..sebab tak tau nak komen apa..

    good luck kak bee!

  3. semoga dipermudahkan rezeki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *