Gingersnaps Kalau Nak Cari Model Kanak-Kanak Malaysia ..

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pilihlah kami jadi model mu , hahaha ….Baru je balik dari Gingersnaps Mid Valley bangsar , shopping kekdahnya , ayah budak-budak ni nak belanja. Tapi bukan belanja ibunya , belanja anak-anak je ..alaa.. ibu nak juga ayah oiii .. ahaks..

Bukan apa , nak try le beli baju di butik ni , di katakan butik Gingersnaps ni ada 2 je di Malaysia , satu di Mid Valley dan satu lagi di KLCC , betul ke tidak entah lah , baca utusan kot lama dulu ada iklan pasal butik ni. Berangan lah anak-anak puanbee nak jadi model , haha ..cuka betul layan gelagat dua orang ni .. kalau bab pilih baju & kasut , serah je kat depa.

Atas ni nak tayang headband tu jek , tapi tak nampak pula .. eh baju tu bukan dari butik Gingersnaps yek .. baju yang di beli Gingersnaps kat bawah .. buat yang baru singgah sini , gambar di atas tu gambar laila bee , hahaha .. (bila tanya , baby nama apa ? dia jawab laila bee )

Una pulak nak bergaya dengan headband tu , ni baju dari butik Gingersnaps , rantai tu pun dapat sekali , budak ni rasa macam lawa sangat dah le ..sampai balik pun dia pakai baju tu tak nak buka , sebelum pergi dia pakai baju t-shirt angry bird jek , Orang cakap pakai baju lain tk nak. Sudahnya kata baju angry bird tak lawa. Nak pakai baju baru.

Comel kan … sapa-sapa yang ada anak perempuan tu memang nangis lah tengok baju disini , macam nak ambik semua bawak balik .. Ada baju budak lelaki juga , punya lah comel .. tapi sayang .. saya tk de anak lelaki ..coming soon lah ekkkkk ..

Kasut lama laila warna pink , tapi tak lah lama sangat .. beli semasa hendak pergi ke peneng .. dah nak yang baru .poning .. eh ..tapi saya memang berkenan kasut Gingersnaps tu ..sesuai untuk budak-budak yang lasak tapi still bergaya , ye lah kasut sarung cenggini elok dan mudah depa nak lari2 sana sini.

Una kalau boleh nak yang di atas tu , beropol – ropol , tapi ibu tak berapa suka lah .. Baju ropol-ropol macam tu elok kalau pergi majlis – majlis , tapi una nak kemana lah sangat , takut-takut baju tu almari yang pakai , toksah lah ..pilih yang simple-simple sudah .. “Simple pun masih bergaya” ..ok ayat tuk pujuk anak yek.

Boleh tak kami jadi model ? boleh .. possing je lah ..ibu ambik gambar .. ahaaa… lepas tu pesan ..lepas ni una & baby kena makan banyak-banyak bagi chubby sikit , ni kurus jek . Baju banyak yang tk kena saiznya .. geram pulak rasanya ..

Buat gaya cute sikit .. depa pun buat kepala lentok-lentok gitu .. ahahaa bagus ..senang nak bagi arahan bab bergambar ni okeyyyy ..seronoknya shopping kan ..lainkali ajak ayah pergi lagi.

 Eii geram ..semua pun cantik-cantik belaka .. Rambang mata di buatnya ..

Alahai kasut ni memang berkenan sangat , tapi nak beli tuk diorang saiz tak de pulak .. stok habis katanya , lain kali rasa nak pergi beli untuk una lah … baby dah beli dah ..

Ni Comey tak ? baby yang tanya gitu ..ai layan kan aje .comey .. nak masukkan ke badan dia tk de saiz juga ..eii geram ..

Pilih kasut sampai tertonggeng-tonggeng .. woii kemain ek .. ibu nak beli kasut dah dekat 3 tahun kot ngidam kasut tu ..tk terbeli lagi .diorang ni dah macam setiap bulan jek membeli , tapi kasut gingersnaps memang bagus lah , jenis kulit , tapak macam tahan lama .. Berkualiti betul …

Orang ni tengah merajuk ye .. Untuk kakak tak de ke ? ibu tak layan pun kakak duk sini .. ibu tak nak beli tuk kakak ke ? ermmmm … Adaaaa .. nanti lahhh .. Ayah tak sampai hati tengok kakak , terus bawak pergi shopping butik lain , ada je saiz kakak tu , tapi ayah nak bawak kakak membeli tempat lain pulak katanya.

Nak cuba boleh le ke Butik Gingersnaps Mid Valley Bangsar , atau KLCC atau sebelum pergi nak tengok-tengok dulu ke boleh tengok di website dan facebook diorang. Sayang nya terlepas contest Gingersnaps ni di facebook kelmarin , alahai .. Eh lupa , tadi tengok baju mengandung pun ada , kira butik Gingersnaps ni ada baju tuk kanak-kanak lelaki & perempuan serta baju mengandung.

Website : http://web.mothercare.com.my/

Facebook Mothercare : https://www.facebook.com/MothercareMalaysia

Facebook Gingersnaps : https://www.facebook.com/GingersnapsMalaysia

Author: puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini. Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

35 thoughts

  1. Anak sy nak juga jadi model…Bila masuk fasihon show ke?Anak sy suka tengok baju comel… hehe!

  2. pandai betol posing anak2 pn.bee..sy pon ada anak prm suka tgk baju2 gegurl..canteq2..kalo pn.bee berhasrat nak jenguk2 koleksi baju2 yg sy jual..sila2 lah like fb sy n follow blog sy…jgn lupe yerr..harga sgt berpatutan..dijamin!! http://bit.ly/GRanOf

  3. Aha, comel2 anak akak..
    Pandai bergaya pulak tu 🙂
    Serious banyak item comel2 kat outlet tu..

  4. baju una pakai sgt comel.yg ropol2 tu pun lawa.kasut tu lawa gak..aduh semua comel2 tinggal takde anak gurl jer lg..klu tak msti best.haha..

  5. salam..

    saya baru tahu kakak bee ada dua org cahayamata yag comel2 pandia begaya sakan tuh. kak amik pic byk2 depa tak teguk ker haaa…

    klu tempat lain sure ke sound. depa sale gilr yg tak sporting langsung huhu

  6. Baju anak perempuan banyak pattern berbanding baju anak lelaki pilihan tidak banyak. Cuma harga baju budak lebih mahal daripada baju orang dewasa.

    1. admire ya , sok2 dpt lah gegirl tu ..

      a’ah dah guna , dr semalam mintak kat rafina nak guna , tp line teruk betul asyik tk lepas nak add plugin pun ..grrrr ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *