Magfiraht travel

Gempa bumi aceh sekuat 8.7 dan 8.9 skala ritcher pun tak terasa

Gempa bumi sekuat 8.9 Skala Richter menggegarkan pesisir pantai barat Acheh.Ia berlaku jam 3.38 petang waktu tempatan.Gempa mengundang amaran tsunami dikeluarkan di seluruh wilayah sekitar Lautan Hindi.Meskipun tidak diketahui sama ada tsunami akan menyusul, Pusat Amaran Tsunami Pasifik menasihatkan pihak berkaitan mengambil langkah sewajarnya.

gempa bumi ke ?

Gegaran berpusat 346 kilometer di baratdaya bandar Semeulue pada kedalaman 33 kilometer di bawah paras laut.Pusat kajian geologi Amerika Syarikat, USGS kemudiannya mengurangkan kekuatan gempa kepada 8.7 Skala Richter.Agensi Geofizik Indonesia pula meletakkan gegaran pada kekuatan 8.5 Skala Richter.
________________________________________________________
Begitulah apa yang di laporkan oleh berita TV3 Jam 8 malam tadi … Gempa bumi ke ? kenapa disini tidak terasa apa-apa gegaran pun.Petang hari diri terasa rindu pada blog , teringin hendak berblogging dan berchating dengan kawan-kawan , jam pun dah hampir 5 petang , lantas sambil – sambil menjaga budak-budak seramai 9 orang , saya buka laptop dan mulakan chating pertama iaitu dengan yanmieonline.

bee , tak rasa ke gegar tadi ?

gegar ? (lantas search blog yanmieonline) Yanmie pun sertakan link blognya ..saya pula membaca dengan tekun ..

oh .. kenapa tak rasa apa-apa pun ?

Jawapannya adalah kerana , gempa bumi di rumah adalah lebih kuat dari gegaran dari gempa bumi yang berlaku tersebut .. tengok gambar , cer bayangkan saya jaga 9 orang anak yang super aktif dan cergas ni .. riuh rendah rumah , kepala rasa tak dengar apa2 dah , dengar jerit pekik suara budak-budak ni jek , maklumlah lama tk jumpa sepupu diorang sekali jumpa memang tak ingat dunia lah ..

Gempa bumi dirumah tak terasa gegarannya

Dah malam baru tengok berita dengan jelasnya , banyak interview dari orang ramai tentang Gempa Bumi ini , kuat juga ya .. sampai air pun berkocak bagai .. tapi memang tak terasa lah di kawasan rumah saya ni .. takutnyaaa..

Semoga Allah memelihara bandar Aceh , Nauzubillah .. sedih pulak tengok berita tadi, rata-rata penduduk masih fobia dengan kisah Tsunami yang belaku pada tahun 2004 dahulu  ..Pelihara lah bumi kita :)

Search

, , , , , , , , , , ,

36 Responses to Gempa bumi aceh sekuat 8.7 dan 8.9 skala ritcher pun tak terasa

  1. azim zakwan 28 November 2012 at 10:37 pm #

    ALHAMDULILAH.

  2. azim zakwan 28 November 2012 at 10:35 pm #

    ALHAMDULILAH…NASIB BAIK KAT MALAYSIA TAK DE GEMPA BUMI

  3. paksu 13 April 2012 at 8:42 pm #

    Terkejut juga… kabel TNB bergoyang..
    paksu recently posted..BACAAN AL QURAN DAN TERJEMAHANNYA – MARI BACA SURAH AL FATHMy Profile

  4. JebengOtai™ 13 April 2012 at 3:40 pm #

    gempa di rumah lebih kuat ker??..maybe diorg lama x jenguk agknya..
    JebengOtai™ recently posted..Pak Abu GembiraMy Profile

  5. Ummi Hanie 13 April 2012 at 11:42 am #

    belah2 utara ni kot kuat sikit rasa.. sbb dah dekat sikit dgn acheh seberang sana tu kan… tp nis xras agegar, just goyang2 jer… ingatkan pening kpale :p
    Ummi Hanie recently posted..Aku maafkan kamuMy Profile

  6. budakserius 12 April 2012 at 4:27 pm #

    Menyorok bawah kerusi.hehe
    budakserius recently posted..Gambar Tuan Guru Nik Aziz Semasa MudaMy Profile

    • puanbee 12 April 2012 at 4:28 pm #

      selipar , beg , bantal busuk , remote , budak2 .. bersepah haha ..comel tengok budak2 ni ..
      puanbee recently posted..Sinopsis/Promo Drama Bonda Slot Azalea TV3My Profile

      • puanema 12 April 2012 at 4:46 pm #

        ramainyer Bee.. cuti lak semalam.. sama la aku pun xrasa.. sebab gegaran suara ank2 lg kuat.. lak tu semalam time gegaran tu tgh sibuk nk p riadah. anak2 sorang kesana sorang ke sinun..
        puanema recently posted..Berniaga Cara RasulullahMy Profile

  7. akak 12 April 2012 at 1:24 pm #

    sibuk mdlayan anak,memanglah tak perasan apa yang berlaku.D
    akak recently posted..Pasar Sa Pa VietnamMy Profile

  8. mrs.yie 12 April 2012 at 10:28 am #

    gegaran kali ketiga semalam kak pah tengah dj kat radio gomo..masa tu akak pun tengah online kat chatbox gomo tu..lagu tema masa kak pah dj tu dah lama masuk tapi dia tak cakap..akak tanya la nape kak pah tak cakap? rupanya masa tu berlaku gegaran kali ke 3..tapi kitorang kat pantai timur ni memang tak rasa apa2..
    mrs.yie recently posted..LAMAN WEB REVIEW PERNIAGAAN DI MALAYSIA HAI.MYMy Profile

  9. yanmie 12 April 2012 at 9:26 am #

    Salam,

    Owhhh ramainyeee 9 orang budak, lebih kurang sama besar je semua tu, kena kuat mental dan fizikal ni heheehe :P

  10. Terbelog 12 April 2012 at 9:16 am #

    risau keluarga sy di mlaka
    Terbelog recently posted..Keluarga Ini Tinggal Dalam Tandas !My Profile

  11. puan kutu 12 April 2012 at 1:50 am #

    Syukur amaran tsunami ditarik balik.kutu tgh keja,igtkan kutu pening.mmg rasa gegaran.adk kt kmpg kata smp bergoyang katil.FIL kata kt ruah sana tak rasa.kaan2 kt fb pun mjoriti kata ada gegar..

    klu igt yg 2004,sama macam gegaran yg pertama berlaku dulu. gegaran yg tsunami tu gegaran kedua,time tu lg kuat gegar.yg tu pun kutu rasa pengalaman sbb dok tgkt 3 kolej still studi lg..
    puan kutu recently posted..Gegaran Ini Rupanya Gempa Bumi di SumateraMy Profile

  12. akubiomed 11 April 2012 at 11:54 pm #

    Kawasan tidak merasai gegaran Tsunami tetapi sentiasa mengikuti perkembangan berita ini.

    Syukur Jabatan Meteorologi Malaysia telah menarik amaran berlakunya Tsunami.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – #Apa yang penting kerjasamaMy Profile

  13. ummiross 11 April 2012 at 11:51 pm #

    Minta dijauhkan dari Tsunami kan, kalau ingat yang Acheh hari tu masih kecut perut.
    Hehe..kanak2 tu kasi gegar! bee punya rumah..
    ummiross recently posted..DAH MULA BISNES ONLINE DAH..My Profile

  14. Hafizul 11 April 2012 at 11:28 pm #

    Mintak jauh la menda macam ni. Huhu
    Hafizul recently posted..Celcom BroadbandMy Profile

  15. yas 11 April 2012 at 11:22 pm #

    Kalau duduk di rumah teres mmg tak terasa sgt gegarannya…kt mesia yg duk kt bangunan tinggi ngan apt je yg terasa gegaran tu…
    yas recently posted..GEMPA BUMI SUSULAN DI BANDA ACHEH – 6.1 SR,Ombak 6 meter!!My Profile

  16. azmanisma 11 April 2012 at 10:39 pm #

    rumah saya bergoyang ptg tadi,mmg da cuak dah…
    azmanisma recently posted..Gempa di AchehMy Profile

  17. Hazmin Hamudin 11 April 2012 at 10:34 pm #

    Wah… Meriah rumah akak sampai gempa bumi pun tak terasa. Lintang pukang nampaknya tu.
    Hazmin Hamudin recently posted..Gempa Bumi 8.9 Magnitud Melanda Aceh 11 April 2012My Profile

  18. Denaihati 11 April 2012 at 10:14 pm #

    alhamdulillah tiada kejadian buruk berlaku n amaran Tsunami sudah ditamatkan jam 10.45 WIB.
    cukup meriah tu, mcm hari rayalah agaknya kat rumah

    • puanbee 11 April 2012 at 10:18 pm #

      meriah .. hari raya lagi ramai , ni baru anak2 kepada sorang abang ..

Leave a Reply

CommentLuv badge