Gambar Proton Saga FLX SE Berharga RM49,449 Seunit

Share

Tertarik betul tengok gambar reka bentuk Proton Saga FLX SE yang ditawarkan pada harga RM49,449 seunit itu menggunakan enjin Campro IAFM 1.6 liter dilengkapi transmisi Continuous Variable Transmission (CVT) automatik yang menawarkan penggunaan bahan api yang lebih cekap.

Dan ” Berwarna merah “

Gambar proton saga flx SE

Kini Proton Holdings Bhd. (Proton) terus menunaikan janjinya untuk menyediakan kenderaan berkualiti pada harga mampu milik dengan pelancaran varian terbaharu Saga, Saga FLX SE.

Info Proton Saga FLX SE

  • Proton saga flx se Boleh diperolehi dalam dua warna pilihan Putih dan Merah.Saga FLX SE didatangkan dengan jaminan tiga tahun atau 100,000km, yang mana terdahulu.
  • Proton juga berkata pengguna yang menempah Saga dan masih menantikan penghantaran boleh memilih untuk menukar tempahan mereka untuk mendapatkan Saga FLX SE di bilik pameran yang mereka buat tempahan.
  • Berharga RM2,900 lebih tinggi daripada Saga FL automatik 1.6 liter pada masa ini, Saga FLX SE mengetengahkan perubahan lapan hiasan luaran dan tiga hiasan dalaman.
  • proton saga terus kekal sebagai model jualan terbaik Proton setakat ini dengan purata 6,500 unit dijual setiap bulan.

proton saga flx SE dilancarkan

Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, Saga FLX SE direka untuk generasi muda yang kini mempunyai pilihan untuk memiliki kenderaan yang bukan sahaja mampu milik tetapi menawarkan prestasi mantap.

Harga saga flx se RM49,449

“Pengenalan varian ini mengukuhkan kedudukan Saga sebagai kenderaan pilihan yang memberikan lebih nilai kepada pelanggan dengan penjimatan bahan api, prestasi lebih baik serta kualiti pemanduan yang hebat dan selesa.

“Kami menyasarkan jualan sekitar 500 unit Saga FLX SE sebulan dan sebanyak 78,752 unit model Saga untuk tahun kewangan semasa,” katanya.

ruangan dalam saga flx SE

Orang perempuan macam saya tengok cantik atau tidak je , orang lelaki pandai lah bab kereta ni , walau apa pun kalau dapat sebiji Proton Saga FLX SE ni memang tak tidur lena lah saya

Gambar Saga FLX SE kredit to : Paultan
Sumber Berita : Kosmo! Online (Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.)

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

24 Comments:

  1. saya dh beli 1…Terbaik…

  2. huh..harganya leh tahan juga tu..

  3. wah.. smart dan stailo 🙂

  4. ramai gak peminat saga baru ni ..

    tringat dolu2 abah nis beli saga yg original masa baru 2keluar dulu .. cntik..kaler silver … 😉

    trend skrg ramai org minat kete kaler putih

  5. Memang cantik..
    Harga bulanan pun cantek jugaklah 🙂

  6. cantik… semoga standard berpadanan dgn harga..
    pesona pun org dah bayk komplen.. lepas bbrp bulan guna..

  7. Eh cantik jugaklah bee..merah tu pun sangat menawan.

  8. cantik tp skrg ni tk minat dh kete kecik…rasa cam nk tukar MPV lak kalau ada rezeki….amin

  9. cantik n sesuai utk org pompuan…..akak ada beli saga model sblm 2 thn lepas n tinggal kt kg…senang kalu nk kemana2…minyak pn jimat….

  10. wahh puanbee nak sambar sebijik ke proton ni? menarik warna dia tu.

  11. ahak…masih mencari kereta idaman ni…hihi…masih tertunggu2 model yg menarik minat ku hahaha…

  12. PB buat ler kontest Kereta Impian plak..nak join..hahaha

  13. cantik jugak proton baru ni….tp dah ada kete…tgk je la kan…

  14. Wah, macam best je saga baru nie kak..Boleh pg test drive nie, hehe..
    Jamal memang plan nak beli kereta next year, tapi tengah ushar-ushar model yang ada dipasaran.
    Niat dihati nak tunggu Persona R keluar, berenjin 1.6 turbo… 🙂

Leave a Reply to ohcikgu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *