Dec
2011

Gambar Proton Saga FLX SE Berharga RM49,449 Seunit

Tertarik betul tengok gambar reka bentuk Proton Saga FLX SE yang ditawarkan pada harga RM49,449 seunit itu menggunakan enjin Campro IAFM 1.6 liter dilengkapi transmisi Continuous Variable Transmission (CVT) automatik yang menawarkan penggunaan bahan api yang lebih cekap.

Dan ” Berwarna merah “

Gambar proton saga flx SE

Kini Proton Holdings Bhd. (Proton) terus menunaikan janjinya untuk menyediakan kenderaan berkualiti pada harga mampu milik dengan pelancaran varian terbaharu Saga, Saga FLX SE.

Info Proton Saga FLX SE

  • Proton saga flx se Boleh diperolehi dalam dua warna pilihan Putih dan Merah.Saga FLX SE didatangkan dengan jaminan tiga tahun atau 100,000km, yang mana terdahulu.
  • Proton juga berkata pengguna yang menempah Saga dan masih menantikan penghantaran boleh memilih untuk menukar tempahan mereka untuk mendapatkan Saga FLX SE di bilik pameran yang mereka buat tempahan.
  • Berharga RM2,900 lebih tinggi daripada Saga FL automatik 1.6 liter pada masa ini, Saga FLX SE mengetengahkan perubahan lapan hiasan luaran dan tiga hiasan dalaman.
  • proton saga terus kekal sebagai model jualan terbaik Proton setakat ini dengan purata 6,500 unit dijual setiap bulan.

proton saga flx SE dilancarkan

Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, Saga FLX SE direka untuk generasi muda yang kini mempunyai pilihan untuk memiliki kenderaan yang bukan sahaja mampu milik tetapi menawarkan prestasi mantap.

Harga saga flx se RM49,449

“Pengenalan varian ini mengukuhkan kedudukan Saga sebagai kenderaan pilihan yang memberikan lebih nilai kepada pelanggan dengan penjimatan bahan api, prestasi lebih baik serta kualiti pemanduan yang hebat dan selesa.

“Kami menyasarkan jualan sekitar 500 unit Saga FLX SE sebulan dan sebanyak 78,752 unit model Saga untuk tahun kewangan semasa,” katanya.

ruangan dalam saga flx SE

Orang perempuan macam saya tengok cantik atau tidak je , orang lelaki pandai lah bab kereta ni , walau apa pun kalau dapat sebiji Proton Saga FLX SE ni memang tak tidur lena lah saya

Gambar Saga FLX SE kredit to : Paultan
Sumber Berita : Kosmo! Online (Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.)

Search

24 thoughts on “Gambar Proton Saga FLX SE Berharga RM49,449 Seunit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge