Gambar Mercedes AMG Petronas F1 – KLCC

Share

Pagi tadi pergi meneman kak yanmieonline meeting di KLCC , kononnya lah teman kan , tapi saya balik awal. Dah pergi ke KLCC tu alang-alang singgah kejap di Pameran Kereta F1 bagi mempromosikan Grand Prix Formula One Malaysia 2012 di ruang legar KLCC , alahai seronoknya kalau punyai banyak masa untuk belek-belek apa yang di pamerkan , saya agak terkejar-kejar pagi tadi sempat tengok kereta ini dan ambil gambar pun dua saja.

Gambar F1 klcc Mercedes AMG Petronas F1

Jika orang tanya saya peminat siapa ? saya jawab ..saya minat apa yang terpampang dalam gambar tu aje.

Gambar kereta F1 klcc

Sekali lagi Malaysia menjadi tuan rumah kepada perlumbaan Grand Prix Formula 1 untuk tahun 2012 bermula 23 mac 2012 hingga 25 Mac 2012. Pasukan Mercedes AMG Petronas [F1] akan turut membuat persembahan. Pemandu yang terlibat Pastor Maldonado (Williams), Jean-Eric Vergne (Toro Rosso), Sergio Perez (Sauber), Michael Schumacher (Mercedes), Jenson Button (McLaren), Fernando Alonso ( Ferrari).

Korang peminat F1 ke ? Apa yang sanggup korang buat kalau minat sangat tu ? – survey suka-suka 🙂

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

21 Comments:

  1. bro minat F1 sampai sanggup amik pakej sport berHD…

    baru best layan… bukan xnak pergi sepang.. kepuasannya berbeza

  2. perghh..best!!!….boleh lompat masuk dlm kete tu sekali tak?..hehehe..

  3. best oo dapat datang sini

  4. Aku dgr ramai artis Hollywood datang Malaysia tgk F1..
    Si Fahrin Ahmad nak bergambar dgn Owen Willson tapi
    dia tolak plak.. sian Fahrin.. hik3

  5. Salam Bee,

    Amboiii sempat lagi ye snap gambar tu hahahhaa 😀
    akak pun ada jugak snap, jap2 lagi entry, nak kena resize dulu.

  6. Dari dulu teringin sangat nk tengok F1 secara live.bila lah dapat merasa.dapat duduk kat padang tu pun jadi ler.. salam jengah puanbee

  7. xminat gak F1 ni… ank bujang ni minat le segala jenis kenderaan :p klu dia nmpk mesti kecoh 😉

    wah bestnye kak yan dpt projek dgn google.com..leh le bee korek2 sikit yer :p

  8. Banyak perkara dan benda yang saya minat.

    Tapi kalau diluar kemampuan terpaksalah buat bodo jer 🙁 sebab hanya itulah yang saya mampu lakukan..

  9. saya tak minat la kak..

  10. Tak minat pun. Tapi kalau ada yang nak bagi tiket free, takkan ku tolaknyer. Hehehehe

  11. Hujung minggu ini ada perlumbaan kereta F1 jadi semua pasukan yang bertanding akan turun untuk membuat persediaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *