LOGO Halal Malaysia terbaru yang sah

Gambar Logo Halal Malaysia Yang Di Iktiraf

Mulai 1 Janiari 2012 , hanya logo halal yang di keluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sahaja boleh digunakan dan di iktiraf.

Selepas 1Januari mereka yang masih menggunakan logo halal lain boleh didenda sehingga RM250,000 bagi pertubuhan perbadanan dan sehingga RM100,000 bagi orang perseorangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Bagi pihak industri pula, tempoh setahun diberikan untuk menukar semua produk keluaran mereka dengan logo halal Jakim.

Bagi barangan yang diimport pula, pihak yang memasarkan barangan itu boleh mendapatkan perakuan atau sijil halal melalui 53 badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim.

CIRI-CIRI YANG TERDAPAT DALAM LOGO HALAL JAKIM MALAYSIA

LOGO Halal Malaysia terbaru yang sah

Jabatan itu mendaftarkan logo halal sebagai Tanda Pensijilan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia di bawah Akta Cap Dagangan 1976.

Baru-baru ini ada isu mengatakan Ejaan Malaysia dalam Logo halal JAKIM terdapat kesilapan ejaan.Tetapi pihak JAKIM telah pun membuat kenyataan bahawasanya penggunaan perkataan “Malaysia” dalam tulisan jawi pada logo halal baru dikeluarkan jabatan itu bukan ejaan jawi bagi perkataan Malaysia, sebaliknya adalah nama Malaysia dalam bahasa Arab.

Untuk maklumat lanjut , sila layari website rasmi JAKIM –http://www.halaljakim.gov.my/

puanbee

Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

32 thoughts to “Gambar Logo Halal Malaysia Yang Di Iktiraf”

  1. hmm..tolonglah wahai JAKIM .. standarkan sume logo halal yg patut … byk sgt kekeliruan skrg ni.. org nmpk je mana2 logo HALAL , bantai jer beli/makan … dah standardkan tu , war2kan besar2an kat media

  2. sepatut makin disebarkan..banyak mas tengok tak di umumkan sangat rupa yang betul2..tuh wat pengguna akan keliru.

  3. moga pihak brwajib kota apa yg dikata……bnde halal haram xboleh dipandang ringan krn ianya akn menjadi darah daging n mempengaruhi akhlak anak2…….

  4. Harap selepas ini tiada lagi logo-logo halal yang tidak diiktiraf digunakan.

    Tahap penguatkuasaan perlu dipertingkatkan agar pihak-pihak yang terlibat tidak memandang ringan isu ini.

  5. teringat saya akan kejadian di luar negeri yg mana kedai tu tetiba tidak halal setelah bertahun tahun pakai daging ayam yg halal

  6. hum.. bagus.. bukan per banyak juga kedai makanan atau restoran yang kita xth taraf sah HALALnya, xkn kita p makan nk jengok pula logo HALAL dia kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *