Majlis pertunangan liyana jasmey dan fathuddin

Gambar Liyana Jasmey Bertunang 28/mac

Posted by

Musim kawin dan musim tunnag si artis di Malaysia ni sekarang ni Liyana Jasmey pula, ada saja pengumuman untuk berkahwin. Musim benda baik-baik tak pe ye ..jangan yang satu lagi. Tahniah di ucapkan pula kepada Liyana Jasmey dan tunangnya Fathuddin kerana telah pun selamat melangsungkan Majlis pertunangan mereka.

Majlis pertunangan liyana jasmey dan fathuddin

Liyana Jasmey menerima sebentuk cincin berlian dan lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa cincin, telekung, kek cawan, wangian dan sireh junjung. Manakala tujuh dulang hantaran balas kepada pihak lelaki berupa wangian, al-Quran, sampin, butang baju melayu, kek, kek cawan dan manisan.(siapa yang hendak berkahwin dan bertunang boleh tengok-tengok idea dari artis ni kan ?)

Liyana Jasmey bertunang selama sepuluh bulan dan di rancang akan melangsungkan majlis akad nikah pada 24 Januari 2013.Tahniah sekali lagi , semoga berbahagia hingga ke ahkhirnya dan di pemudahkan semua urusan yek..

Liyana juga bakal melancarkan video muzik lagu Cinta Bersatu buat pertama kalinya pada 30 Mac ini.

Sumber : Murai.com.my

11 comments

  1. Ingatkan gambar bersanding sebab akad nikah rupanya baru sahaja bertunang. Tanniahlah kepada Liyana dan pasangannya bakal menamatkan zaman bujang mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *