Gambar Irma Hasmie Bertunang

Tahniah di ucapkan kepada pelakon IRMA HASMIE kerana telah pun selamat bertunang di Sungai Buloh petang tadi. Gambar Irma Hasmie bertunang saya ambil dari murai.com.Pelakon , Irma Hasmie selamat bertunang dengan ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumahnya yang terletak di Desa Coafiled, Sungai Buloh, sekitar jam 4.15 petang tadi.

tahniah ! gambar  irma hasni bertunang

Irma Hasmie mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat . Irma Hasmie disarungkan dengan sebentuk cincin berlian dari bakal ibu mertua Irma Hasmie Datin Azizah Osman. Irma Hasmie turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah,persalinan dan set mandian.

Pihak perempuan turut berbalas hantaran sebanyak sembilan dulang seperti set mandian, persalinan, manisan, kek, sejadah, pencukur, buku-buku keagamaan dan sireh junjung.

Dijangkakan Irma Hasmie akan berkahwin pada 1 Julai 2012.Pstt : Irma Hasmie semakin cantik bila bertudung , tambah cantik bila dah jd hak milik orang , tambah cantik lagi dengan busana Hatta Dolmat .. hew hew hew~

Gambar selebihnya : Tengok Murai.com

10 thoughts on “Gambar Irma Hasmie Bertunang”

  1. Cantiknya dia… 🙂
    Nampak sopan & berseri2 sgt…
    Tahniah Irma & pasangan…
    Moga kekal hingga ke syurga….
    Amiiin…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *