Gambar-gambar kenangan di Hotel Holiday Inn Batu Feringgi

Banyak sangat gambar yang di ambil , dah minat bergambar kan , cuma tu lah punya banyak gambar sampai tak tahu nak letak yang mana satu dulu. Ni semua gambar dari bilik hotel Holiday Inn , Pantai Batu Feringgi dan Swimming Pool Holiday Inn.

Kami dapat bilik Hotel bernombor 1733 , Saya tanya pada staff harga bilik ni RM416 tapi harga akan berubah-rubah ikut musim. Sampai je .. anak – anak terus buka baju dan berkubang dalam tab mandi , bukan main seronok .. si ayah buka baju landing nak tidur.

Saya pula cari broadband atau wifi dulu. Tapi malangnya .. wifi holiday inn ni hanya boleh di gunakan di ruang LOBI , manakala broadband pula jika hendak guna kena cas RM5 untuk sejam dan RM25 untuk 24 jam. Langsung tak online lah saya disana , malas betul nak duduk online di lobi tu.

bilik hotel Holiday Inn batu feringgi

Tengok gambar katil dan pemandangan dalam hotel pula , keseluruhanya saya suka bilik ni , semua pun masih baru , hiasan pun baru dengan motif coral di sana sini, katil besar cukup untuk keluarga besar , ada lagi selimut dan bantal extra di dalam almari yang disediakan. Penting tau bantal dan selimut extra bagi saya. Biasa hotel kena minta dari houskeeping,malas nak call diorang. Seterika pun ada siap2 dah , sampai jek cek semua tu dulu. Kay punya lah bebel .. dia kutuk saya macam tk boleh hidup jek kalau tak de seterika. Hahahah

bilik hotel Holiday Inn batu feringgi

Dari bilik boleh nampak pemandangan laut , seronoknya kalau dapat naik boat tu , tapi ye lah nama pun percutian bajet lain kali lah yek. Budak-budak setelah sampai mandi dalam tab , petang sikit kitaorang keluar jalan-jalan tepi pantai konon , anak-anak tak sabar terus nak terjun dalam kolam , turun pantai , mandi kolam lagi , turun naik gilir-gilir, kitaorang pun layan jek lah .. nak buat cam mana.. macam tak pernah jumpa air.

hotel holiday inn batu feringgi

Lepas puas mandi manda baik balik ke hotel , cek in pun dah pukul 2 kan , sebelum tu makan kuewtiaw sup taiping yang special sangat tu jek , lepas sampai dah mandi manda , dengan duduk dalam bilik hotel sejuk. Perut rasa lapar ya amat. Nama pun bajet so elakkan makan di Hotel ramai-ramai tu .. Kay a.k.a suami saya beli sebungkus milo 3 in 1 , Roti dan sardin , kay buat sandwich masa tu juga. Sebuku roti panjang tu habis. Seronok pula jadi perantau macam ni.

pantai batu feringgi

Dah siap makan petang tu , lepak – lepak dalam bilik hotel , malam nya baru keluar balik nak cari makan tapi…….. kami cari kedai makan yang sediakan makanan biasa dengan lauk-lauk bakar tak jumpa , cari kedai mamak kot boleh pekena nasi kandar pun tak jumpa , kami terus bergerak sampai ke tanjung bungah kot , baru jumpa satu kedai mamak.

Terus berenti dan makan disitu , anak-anak pun dah merengek2 nak makan nasi , tapi makanan biasa-biasa jek ..Di kedai mamak tu punya ramai orang kampung situ lepak tengok resling , rasa tak selesa sebab .. rata-rata pengunjung lelaki , kami jek lah perempuan dan berkeluarga disitu , so makan cepat-cepat dan balik.

Tanya mamak tu ,

“anne , ada panadol ?”

“ta de lah akk”.. dia jawab.

Hikss panadol pun tak de jual tau , nasib depan tu ada kedai runcit , dapat lah 4 biji active fast tu , kepala saya migrain sebelah tau. Punya sakit kepala malam tu. Tak tahan kena aircond 24 jam kekdahny

Puas hati bilik besar , katil berkembar pun besar. Terima kasih pada uncle Azmanisma.com kerana buat contest ni dan kebetulan saya bertuah menang yek.

Entri lain pasal percutian ni , klik sini

23 Comments

  1. kimmie 25 March 2012 Reply
  2. maya mustwany 25 March 2012 Reply
  3. syazwana 25 March 2012 Reply
  4. Ummi Hanie 25 March 2012 Reply
  5. eita 24 March 2012 Reply
  6. puan kutu 24 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 24 March 2012 Reply
  7. nza 24 March 2012 Reply
  8. akubiomed 24 March 2012 Reply
  9. titan 24 March 2012 Reply
  10. syahrilhafiz 24 March 2012 Reply
  11. farhan 24 March 2012 Reply
  12. aku 24 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 24 March 2012 Reply
  13. yanmie 24 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 24 March 2012 Reply
  14. azmanisma 24 March 2012 Reply
  15. nurmisnan 24 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 24 March 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.