Gadai Emas Di Ar-Rahnu Bukan tak ada duit.

Masuk Arrahnu?? Hmmmm xde duit la tu.. Kadang2 mentaliti org masuk barang kat arrahnu sebab xdak duit.. tengah pokai, sempit hujung bulan.. xdak duit nak makan, pakai.. Biasa la mulut org, kita  tak boleh pegang dan jahitkan.

Arrahnu memang tempat anda pajak barang, tapi pajakkan tu lah yg menolong anda simpan aset dlm masa 6bulan..

Mari sama2 kita belajar lg sekali.. bg mudah hadam, mudah faham..

Contoh:
Rantai tangan  : 8.74g
Harga sy harini : 165/g upah RM49
(165×8.74)+49
=1,491.10

Jadi, anda perlu bayar kat sy, RM1,491..

Ada duit kat tangan , tapi  tak cukup la pulak nak beli.. huhu.. meh kita tengok anda boleh dapat ke x barang cun comey lotey ni..

Rantai tangan td, bawa masuk arrahnu..

Contoh:
Harga arrahnu : 160/g
160×8.74
=1,398.40 (Nilai Marhun)

Nilai pinjaman : 65% @ 0.65
1,398.4×0.65
=908.96
(Nilai pinjaman anda dapat dr arrahnu)

Upah simpan : lebih kurang 1.50/g
sebulan..
1.50×8.74
=13.11 (Upah sebulan)
13.11×6
=78.66 (Upah 6bulan)

Jadi.. meh kita kira berapa anda perlu tambah duit utk dapatkan brg comey tu..
1,491.10-908.96
=582.14

Jadi, anda perlu tambah RM582.14 je lg.. Bayar kat sy RM582.14, bakinya anda dpt pinjaman dr arrahnu.. Xpayah keluarkan seribu lebih pun utk dapatkan barang ni..

Ni kira- kira  untuk anda bayar bulan-bulan kat arrahnu selama 6bulan..

Nilai pinjaman + upah arrahnu
908.96+78.66
=987.62
987.62÷6
=164.6033333333

Jadi, setiap bulan anda perlu bayar RM164.60 kat arrahnu.. 6bulan, habis bayar, boleh melaram.. boleh pakai utk raya tahun depan..

Pastikan anda tak termiss utk bayar bulan2, supaya nantt  tak tersangkut.. mcm mana sekali pun usahakan RM164.60 tu bayar tiap2 bulan..

Tips ni jugak sesuai utk pasangan yg ingin mendirikan rumahtagga.. yang nak beli barang kemas utk batal air sembahyang, buat hantaran.. boleh la cuba buat 6bulan-2tahun sebelum tarikh nikah.. kira bajet sendiri.. inshaAllah bakal isteri boleh dpt byk barang kemas d hari pernikahan nanti.

Sape yg xde duit skrg?? Org yg suka mengata tu dapat simpan macam ni dlm 6bulan?? Biarkan mereka terus mengata.. Renung2kan..

Selamat menyimpan..

**Arrahnu ada byk.. survey2 la sndr mana yg bdekatan kwsn anda supaya mudah bayar bulan2..
**INGAT!!! Anda kena bjanji pd diri tak kan termiss bayar bulan2..

Boleh share jika manfaat, boleh tegur jika sy salah, boleh buat ptambahan jika ada pandangan.
Sekian, terima kasih.

Latifah bee 011-32095406

#powergold #goldtrader

Comments

  1. Investasi emas memang bagus untuk masa depan, tapi lihat USD ni terkadang hurun naik

Speak Your Mind

*