Frasa ‘Paria’ Digugurkan , Isu Interlok Selesai,

Spread the love

Baguslah dah selesai ..sikit-sikit kecoh ..macam-macam dah negara malaysia sekarang ni , 80 % perkara yang ada dalam berita tu semua perkara yang negatif yang positifnya 20 % saja ..erm ..apa nak jadi ????

Frasa `paria’ digugurkan. Dan hanya 19 daripada 106 cadangan – dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India .

Dua perkara itu hasil keputusan panel bebas novel Interlok. Dengan persetujuan itu dan perakuan yang dikemukakan kerajaan – isu Interlok dianggap selesai.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN / MENTERI PELAJARAN
Pada mesyuarat ke 3, panel bebas telah mencapai kata sepakat untuk menggugurkan frasa “kasta paria” dalam novel ini dan menggantikan dengan frasa “golongan yg sama”. Alhamdullilah cadangan suntingan ini telah dipersetujui oleh penulis sebagai penulis sebagai pemegang hakcipta dan utk itu kerajaan merakamkan ucapan setinggi tq kpd penulis di atas kemurahan hati beliau membenarkan karya sastera ini disunting.

Itu yang dimaklumkan Tan Sri Muhyiddin ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sabak Bernam – Datuk Abdul Rahman Bakri pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen.

87 perkara lagi tiada kaitan dengan isu pokok seperti dicadangkan masyarakat India sebelum ini.

Katanya novel itu akan diserahkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk suntingan dalam cetakan akan datang.

sumber : TV3

4 thoughts on “Frasa ‘Paria’ Digugurkan , Isu Interlok Selesai,”

  1. moga tak dipolitik dan disensasikan lagi…
    trm ksh pada penulis aka sasterawan negara kita YB Abdullah Hussain…
    dgn izin dia, dapat disunting…kes tutop ok…
    kecoh jerla pembangkang nih…
    oooppss ;p terlebih sudah…ehehe…

  2. la..ni ke kes nye pasal novel interlok tu kak bee..saye langsung xtgk brite..pasal perang kat mane tah tu pon xtau huhu…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *