Flet Craft : 100% Buatan Tangan

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Flet Craft kini semakin popular di Malaysia. Ada banyak page facebook , blog serta media social lain yang menawarkan perkhidmatan membuat benda – benda comel menggunakan pelbagai bahan. Flet Craft adalah salah satu dari berjenis-jenis craft. Bagus juga kan .. jika ada adik-adik yang leka buat flet craft ni pun bagus. Kurang sikit aktiviti social diorang. Teringin juga nak ajar anak-anak buat flet craft ni sebagai hobi mereka. Masaalahnya mak dia tangan keras. Hahahah … tak comel kalau mak nye buat. Sudah nya tempah aje la pada kawan-kawan yang ber tangan seni itu.

handmade crafts

Rakan blogger saya juga menceburi budang membuat flet craft ni. Ada pelbagai jenis produk dah …  Antaranya kotak tisu , bantal kecil dengan nama dan hiasan comel-comel , keychain , headband , hairclips dengan harga berpatutan. Banyak juga koleksi saya dari rakan saya ni. Nama beliau ILA . Sila-sila berkenalan … hehe …

Boleh ke http://mycraftzon.blogspot.com atau facebook beliau dan like : https://www.facebook.com/pages/My-Craft-Zon/190851717619448

Antara koleksi saya ialah :

handmade crafts

Pillow love : 100% di jahit oleh ila .. handmade katanya … suka anak-anak dapat bantal ni sebagai hadiah. RM16 sebiji. Kalau nak buat kelainan dalam memberi hadiah semasa majlis perkahwinan berlangsung , boleh juga beri kan gift handmade ni kan .. kasi keychain ke … kasi kotak tisu ke , kasi car charm ke pada tetamu. Buat hantaran pun boleh .. tapi kena idea yang sangat-sangat kreatif lah , sesuai dengan majlis.

handmade crafts

Keychain dengan nama sendiri. Pun untuk anak-anak dan saya sendiri. Bagus gantung di beg , senang nak cam anak dari belakang. Lepas aliya bawa ke sekolah ramai kawan-kawan nya berkenan untuk menempah , tapi agak susah sebab perkhidmatan menggunakan pos. Kesian pula budak2 nak beli sendiri kena bayar pos kan.Kecuali kalau mak nye nak belikan.

handmade crafts

Keychain cute-cute … eh keychain dalam gambar pertama pun saya ada tau .. haha pulun banyak – banyak ..

handmade crafts

Bunga rose itu merupakan pin tudung .. pakai selalu .. adik saya bekenan dia dah ambil satu … geram dengan produk handmade ni .. habis laaaaaaa …

Okay kalau berminat , like page fb My Craft Zon ok .. nanti owner dia ambil order dari korang .. lepas ni ingat nak order kotak tisu dengan Car Charm la pulak …   🙂

Comments

  1. Lucu2 tu flet craft-nya, bagus tu buat souvenir
    nice inpo mbak

  2. comel2nye… FELT craft ni.. mmg geram kan

  3. memang boleh buat duit ni kalau jual kat sekolah.

  4. cantik sekali ni flet craft-nya, ini cocok dijadikan mainan anak2 agar bisa menggugah kreatifitas mereka
    nice share Puan, selamat Idhul Adha…

  5. Rajinnya buat benda macam ni. Tapi comel 🙂

  6. lawa dan menarik

  7. Akuro San :

    cantik dan kreatif… comel lak tuh… rasa mcm teringin pula nak order…

Speak Your Mind

*