Flat 3a Sana Sini Sinopsis Dan Trailer

Salam Bahagia 🙂 ermm apa nak buat nasib badan .. ini kali kedua saya taip entri sinopsis flat 3a ini dengan gigihnya selepas entri hilang kelmarin ..nak tahu kenapa saya taip semula ? bukan sebab SEO ye .. nanti saya ceritakan dalam entri lain.. kembali kepada filem flat 3a .. huisshhh tatoott..!!! saya dah lah duk flat.. tak de lah usik2 aje…

Meh tengok Trailer flat 3a dulu ..seram beb !.. sambil buka video you tube ni baru korang baca sinopsis di bawah baru ada feel tau haha… IDEA sikit2 dari ummiehanie



Sinopsis Flat 3a

Mengisahkan tentang Fiqah, seorang pekerja kilang yang telah mengandungkan anak kekasihnya, Anas. Anas memaksa Fiqah untuk mengugurkan kandungannya tetapi Fiqah membantah. Fiqah dipukul dan di berikan ubat untuk menggugurkan kandungan. Kerana cintanya terhadap Anas, Fiqah menggugurkan juga kandungannya itu. Fiqah mula dihantui perasaan bersalah dan fobia. Ratna, kawan baik Fiqah mengajak Fiqah berpindah di sebuah flat murah bersamanya. Tanpa di ketahui Fiqah , rumah yang didudukinya itu adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang di percayai telah menculik dan membunuh Fatin, seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran flat tersebut.

Kang Suman menghilangkan diri sama dengan hari kehilangan Fatin. Pelbagai usaha mencari di lakukan oleh ibu dan bapa saudara Fatin iaitu Wahyu, namun tidak berjaya. Di rumah, Fiqah kerap kali di ganggu. Pada mulanya Fiqah mengesyaki itu adalah perasaan trauma terhadap pengguguran yang dilakukannya namun setelah beberapa lama baru dia sedar dia telah di ganggu oleh roh kanak kanak.

Fiqah memberitahu Ratna tetapi Ratna menggangap itu hanyalah perasaan Fiqah. Pada suatu hari, Fiqah ternampak ibu Fatin sedang berkeliaran di sebatang pokok yang dihiasi dengan gambar dan origami. Dia seperti sedang bermain dengan anaknya. Fiqah berjalan ke arah pokok dan melihat gambar Fatin. Terkejut Fiqah apabila hantu kanak kanak yang asyik mengekorinya itu kelihatan seperti Fatin. Apa kaitan Fiqah dan Fatin?

Senarai Pelakon

Intan Ladyana, Shasha, Ery Zukhairi, Adei Syafrien, Zaidi Omar, Khaty Azean

Pengarah

Azhari Mohd Zain

Tarikh Tayangan

14 Julai 2011

takut nyaa… boleh ke layan ni ?

sekian
puanbee melaporkan perkembangan industri filem kita ..APABILA DOSA SILAM MENGHANTUI tagline flat 3a …

9 Comments

  1. Ummi Hanie 16 July 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 16 July 2011 Reply
  2. Mus 16 July 2011 Reply
  3. puan kutu 15 July 2011 Reply
  4. sabree hussin 15 July 2011 Reply
  5. airneslobeng 15 July 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 16 July 2011 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.