Finalis AJL 27 : Siapa yang menjadi Juara ??

Share

Suka lagu ? Anugerah Juara Lagu ke 27 ( AJL27 ) akan ke udara tak lama lagi. Diantara 12 lagu-lagu yang tersenarai sebagai finalis AJL 27 kali ini , ada beberapa yang menjadi lagu kegemaran saya. Hoho .. siapa yang kenal saya sejak 5 tahun lepas mereka tahu siapa penyanyi kegemaran saya. Suka sangat-sangat apabila beliau tersenarai walaupun penyanyi seusia beliau yang lain dah lama menyepikan diri. Siapa agaknya ?

AJL 27 - juara ajl 27

Senarai finalis AJL27 di bawah :

  1. Simetri – Hazama & Amy Search
  2. Idola  – Azlan & The Typewriter
  3. Pelangi Senja  – Stacy
  4. Terukir Di Bintang  – Yuna
  5. Tanpamu  – Amir Jahari
  6. Ombak Rindu  – Hafiz & Adira
  7. Lagu  – Bedroom Sanctuary
  8. Teman Pengganti     – Black & Malique
  9. Andaiku Bercinta Lagi  – Mojo
  10. Patah Seribu – Shila Amzah
  11. Ku Akui  – Hafiz
  12. Anak Kampung –  One Nation Emcees & Jimmy Palikat

Semua lagu di atas biasa di dengar kecuali satu , lagu bertajuk Lagu dari Bedroom Sanctuay , tak pernah dengar la .. ok ketinggalan sikit puanbee. Haa apa pun tak sabar menunggu tarikh persembahan Anugerah Juara Lagu 27 ini di TV3.

SHAH ALAM, 26 NOV 2012: Sebanyak 12 buah lagu telah diumumkan layak ke Anugerah Juara Lagu yang ke 27 (AJL 27) sebaik sahaja tamatnya Muzik Muzik Separuh Akhir 27 yang berlangsung di Studio 2, Sri Pentas Plaza Alam Sentral, malam tadi.

Tahniah diucapakan kepada pencipta lagu dan penyanyi yang berjaya dan akan berentap di pentas AJL 27 pada 6 Januari 2013.

Semua penyanyi yang layak berjaya membawa sebuah lagu yang dinyanyikan oleh mereka kecuali Hafiz Suip apabila dua buah lagu yang dinyanyikannya iaitu Ku Akui dan Ombak Rindu (bersama Adira) tersenarai ke AJL 27.

Selain Hafiz, antara nama-nama penyanyi lain yang sekali lagi berjaya ke AJL adalah seperti Yuna, Stacy, Spider, Amy Search dan Shila Amzah. – MURAI.COM.MY

Semua keputusan pemarkahan hasil dari juri professional.

P/S : Tahniah di ucapkan buat semua penyanyi yang layak ke peringkat akhir AJL27 ini. Semoga berjaya.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

12 Comments:

  1. yuna tak der kan? saper ganti ek?

  2. rasanya lagu Idola berpotensi untuk menang…

  3. kesian yuna xdapat menyanyi.nak tau siapa yang bakal nyanyi lagu die.

  4. nis suke 8,10, 11, 12…

    bee suke amy search yea…. 😉

  5. yang masuk dalam babak final tentunya yang best-best dan yang menjadi pemenang adalah the best of the best

  6. mesti antara ombak rindu ataupun anak kampung ..hihi

  7. aiyak! sudahmau final??
    aduh.. skrg ni mmg super duper busy la.. tak dan nk amikt au hal hiburan ni.. tapi.. mlm ajl tu kompem nk tgk…

  8. Saya ni bab lagu 2 memang ketinggalan jauh la..dalam banyak2 lagu tu saya tau lagu ombak rindu,lagu yuna dan jimmy palikat je..hehhh..yang lain rasanya memang tak tau..

  9. Saya ni bab lagu 2 memang ketinggalan jauh la..dalam banyak2 lagu tu saya tau lagu ombak rindu,lagu yuna dan jimmy palikat je..hehhh..yang lain rasanya memang tak tau..heheh

  10. kalau pilihan saya. Andai ku bercinta lagi- Mojo.

    kalau vokal terbaik memang susah nak pilih sbb ada Hafiz,Shila Hamzah. Vokalis Mojo pun power gak

  11. Tak tahu nak pilih lagu mana yang bakal menjadi juara disebabkan semua lagu best-best belaka…. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *