FILEM SERAM TERBARU THE DOLL 2 BAKAL MENGHANTUI ANDA

Pada peminat filem seram, mesti tertunggu tunggu Filem terbaru The Doll 2 setelah menonton sekuel pertamanya The Doll. Saya antara peminat filem seram juga memang rasa tak sabar nak menonton filem ni. Dari sinopsis yang saya baca ia memang agak menarik untuk di tonton.

Tapi jangan silap OK.. Ni bukan filem omputih walau tajuk dia very da omputih katanya. Ni filem dari negara jiran kita Indonesia ok! Kita sedia maklum, Indonesia antara negara yang agak popular dengan filem seram sejak dulu lagi. Antara filem yang menjadi lagenda sampai sekarang adalah filem Sundel Bolong. Sampai sekarang Filem Sundel bolong masih ada penggemarnya & masih di rasai seramnya setiap kali di tonton.

The Doll 2 adalah filem dari Indonesia yang akan di tayangkan di pawagam bermula 27 Julai 2017, aitu bermula esok. Jadi pada peminat filem seram boleh la book siap siap tiket wayang tu.

Filem ni di bintangi oleh pelakon – pelakon hebat & terkenal indonesia seperti Luna Maya, Herjunot Ali, Sara Wijayanto, Rydhen Afexi, Maria Sabta, Mega Caferansa. Penulis asal filem ni adalah Riheam Junianti, Fajar Umbara & di arahkan oleh Rocky Soraya.

Sebelum menonton korang boleh baca dulu sinopsis filem ni supaya menepati citarasa anda.

Filem seram Indonesia berjudul “The Doll 2” ini merupakan filem yang mengisahkan tentang sebuah keluarga bahagia antara Maira (Luna Maya) dan Aldo (Herjunot Ali) bersama-sama dengan anak perempuan mereka Kayla yang masih kecil dan juga Yani, pembantu rumah tangga mereka.

Pada suatu hari berlaku satu kemalangan tragis sehingga meragut nyawa Kayla dan kebahagiaan keluarga mereka. Sejak peristiwa itu, Maira berubah menjadi murung dan Aldopulak  sibuk dengan kerjanya. Selepas 6 bulan sejak kejadian tersebut, bila tiba hari ulang tahun Kayla, Maira merasakan satu perkara yang ganjil dan merasa bahawa Kayla seolah olah masih ada bersama mereka.

Berlaku kejadian-kejadian aneh dan ganjil seperti suara pintu yang terbuka di malam hari, televisyen yang menyala sendiri dan suara kanak-kanak kecil yang sering memanggil Maira, serta boneka Sabrina milik Kayla sering berubah tempat dengan sendirinya tanpa disedari.

Lalu Maira menceritakan hal tersebut kepada sahabatnya Elsa, akhirnya Elsa menyarankan Maira untuk cuba berkomunikasi dengan Kayla dengan menggunakan perantaraan boneka dan benda kesayangan milik Kayla semasa hidup dulu. Selepas peristiwa itu juga, Maira menjadi semakin terganggu dan yakin bahawa Kayla yang mengganggunya dan Maira yang menceritakan kejadian tersebut kepada Aldo, tapi Aldo tidak mempercayainya.

Maira yakin bahawa roh Kayla berada di dalam boneka Sabrina dan ingin menyampaikan mesej kepada Maira dan akhirnya Maira terpaksa meminta bantuan dari Bu Laras dan Bagas, seorang pengamal paranormal untuk menangani masalah gangguan yang di alaminya sejak beberapa tahun yang lalu. Bu Laras memberitahu bahawa kejadian itu akan jadi lebih buruk dari yang sebelumnya dan Maira harus bersedia untuk menghadapi segala kejadian dan akibat yang bakal berlaku.

Anda boleh menonton trailer filem ni di SINI

So kalau korang memang peminat filem seram tegar macam saya.. Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ni ok! Kena tonton dulu baru boleh buat ulasan samada seram ke tidak. Best ke tidak.. ye dok!! Semoga hidup anda tidak di selubungi misteri lepas menonton filem ni…

Comments

  1. Betul tu. Mula-mula tengok poster pun dah ingat filem inggeris – What do u fear?

Speak Your Mind

*