Dulux Inspire Membawakan Warna Cat Terkini & Trendy Untuk Anda Sempena Hari Raya 2013

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hari raya semakin tiba , tinggal beberapa hari lagi kebanyakan warga Malaysia akan menyambut bulan puasa selama sebulan dan seterusnya menyambut hari raya. Pelbagai persiapan di buat sebelum menjelang bulan puasa dan hari raya tersebut.

Jika korang mencari cat yang terkini dan trendy untuk menghias rumah korang. Ini lah masa nya .. cat sebelum bulan puasa tak la letih sangat kan.

Dulux Inspire membawakan warna cat yang lebih ceria dan pelbagai untuk di pilih oleh korang nanti. Antara cat yang menjadi pilihan puanbee sekeluarga ….. ialah ungu … iaitu mardi grass ( nantikan entri seterusnya hasil cat yang di sapu di dinding rumah saya , tak sabar rasanya nak cat rumah dan nak raya  )

cat dulux mardi grass

Selain cat bewarna ungu ada banyaaakkkkkkkk pilihan warna yang menarik , terang , trendy dan ceria … korang boleh pilih sahaja warna kegemaran korang , boleh pilih dua warna dan campurkan menjadi satu … dan hasilnya mesti gedaaaaboooomm !!

Saya rambang mata pilih warna cat terkini dari Dulux Inspire … korang macam mana ?

cat dulux warna terkini

Dulux Inspire terdapat dalam :

  • Pilihan 22 warna yang sedia ada
  • Dan 192 warna POST ( iaitu warna adunan mesin) dalam lapan kumpulan warna bagi memberikan pelbagai pilihan warna untuk menghiasi kediaman sempena musim perayaan ini.

Ciri Menarik Dulux Inspire :

  • Menampilkan Teknologi Chroma Brite yang membantu mengekalkan rumah untuk terus nampak segar dan baharu dengan lebih lama lagi.
  • Cat mudah di sapu dengan kemasan lincin dan cantik walaupun mereka yang mengecat bukan lah pakar mengecat. ( Lagi-lagi orang macam saya ).

cat dulux exteriorCat luaran Dulux Inspire ( Dulux Inspire Exterior ) mempunyai ciri kemasan kusam dengan kegelapan yang agak-agak cukup untuk liputan cat yang lebih luas. Serta mempunyai ciri tahan alga dan kulat , tahan mengelupas dan kekotoran. Pendek kata cat anda akan kekal berseri lebih lama.

cat dulux interiorCat dalaman Dulux Inspire ( Dulux Inspire Interior ) mempunyai ciri sebatian organik meruap ( VOC ) yang rendah , kurang berbau serta memberi kemasan cantik dan lincin dan ianya juga mudah di sapu.


Tips dari Dulux jika korang ingin mendapatkan hasil yang optimum gebu gebas :

tips cat dari dulux

  • Sapu satu lapisan Dulux Exterior / Interior Wall Sealer  atau Dulux Primer  yang mana lebih sesuai terpulang pada korang lah ..
  • Kemudian sapu sekurang-kurangnya dua lapisan cat Dulux Inspire .

Sedikit info mengenai cat Dulux Exterior / Interior Wall Sealer :

  • Ianya sesuai untuk permukaan batu dalaman yang baru di car atau yang telah di cat seperti batu bata , plaster dinding , simen dan lepa.
  • Tahan alkali dan tahan mengelupas.
  • Mematuhikedua – dua pensijilan Label ECO SIRIM dan Green Label Singapura.
  • Selain daripada ciri di atas , cat ini juga berasaskan air , redah VOC dan kurang bau.

Dulux Inspire terdapat di kedai-kedai Dulux terpilih dalam kedua-dua rangkaian cat luaran dan dalaman. Didatangkan di dalam pek 1 liter , 5 liter dan 18 liter.

Untuk pilihan warna korang boleh tengok katalog disini  :

Atau layari website Dulux di :

Atau mendapatkan info terkini dan pantas di facebook Dulux Malaysia :

Author: puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini. Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

40 thoughts

  1. Pingback: Hias Rumah Nak Raya - Tips Barang Rumah dan Hadiah
  2. hmmm sudah waktunya rumahku di cat ulang, susahnya, rumahku kecil dan aku biasa main warna (setiap sisi dinding beda warna) boros kan kalo harus beli cat dalam kemasan 5kg ?

  3. menjemput hari raya akan makin banyak rumah yang di cat dan di renovasi
    terima kasih puan atas infonya, kebetulan produk cat ini juga di jual di tempat saya, bisa pilih ini nantinya 🙂

  4. dah lama seminggu survey cat dulux ni… tapi kat laman web depa tak de pulak mention harga… agaak berapa ye harga cat ni…. nak buat budget.. encik suami dah bertanya.. nanti lambat bagi budget tak jadi plak dia nak bg budget….. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *