Aug
2011

Duit Raya Selepas Ramadhan Dan Anak Yatim

Dulu-dulu …

Pabila masuk bulan ramadhan ,
Puasa , Terwaih , Cuti Raya , Baju Raya dan Duit Raya ,
Menjadi idaman semua kanak-kanak .. Di asrama anak yatim kati ..atau dikenali sekarang dengan nama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Ghazalitul Aishiah’

asrama anak yatim kati
asrama anak yatim kati

Gambar di atas adalah gambar asrama anak yatim kati , dimana ditempatkan kanak-kanak yang bernasib malang , kanak-kanak yang kematian ayah dan ibu , kanak-kanak yang hidup nya terlalu miskin..

Apabila ketibaan bulan ramadhan , bahagian bawah dalam gambar di atas akan menjadi sedikit meriah , ramai penderma-penderma yang baik hati menaja jamuan berbuka puasa , ramai ahli-ahli korporat membuat majlis berbuka puasa bersama dengan anak-anak yatim di asrama kati , ketika itu .. kehidupan anak-anak yatim sedikit meriah .. gembira .. melupakan sedikit kerinduan kepada keluarga yang terpisah jauh ..

Sebahagian banggunan tempat anak-anak lelaki tinggal , dah daif pun keadaan nya .. masa telah berlalu ..

Surau .. tempat anak-anak itu berkumpul , dan melakukan ibadah , terawih , mengaji al-quran dan mendengar ceramah …

Kantin , tempat makan anak-anak disitu , waktu makan anak-anak akan berbaris panjang , untuk ambil makanan ..kemudian makan disitu .. dulu .. jika di beri empat keping biskut pun anak-anak akan gembira ..

Tempat menyimpan , perkakasan dapur untuk memasak .. biasanya ada 2 atau 3 orang tukang masak akan memasak mengikut rutin harian di bantu oleh anak-anak perempuan disitu ..

Dapur .. dulu sekitar tahun 1995-1998 hanya guna dapur kayu untuk memasak , aktiviti memasak di lakukan secara gotong royong , kayu di beli kemudian di angkut secara gotong royong oleh penghuni asrama anak yatim kati ni ..

Tempat penyimpanan stok makanan untuk anak-anak disitu .. mengimbau suasana di asrama anak yatim pada tahun sekitar 1995-1998 .. setiap ahad , kanak-kanak akan beratur panjang di rumah pengetua untuk mengambil belanja untuk seminggu , RM5.00 diberi dalam bentuk duit syiling seringgit , kanak-kanak bergembira , masa tu lah kanak-kanak akan membeli barang-barang keperluan , termasuk lah sabun cap kapak , syampu , ubat gigi , makanan yang selama ni teringin sangat nak makan di pekan kecil kati ..

Dari hari isnin hingga ke jumaat , kanak-kanak ini akan bersekolah di sekolah kerjaan biasa yang berdekatan , manakala aktiviti mengaji al-quran dan kelas fardu ain akan di lakukan waktu pagi atau petang mengikut jadual sekolah masing-masing .. pada malamnya pula , selepas solat maghrib berjemaah , kanak-kanak itu akan di sajikan dengan ceramah panjang berjela sehingga waktu solat isyak tiba , kemudian balik ke asrama tempat tinggal masing-masing ..

Rutin harian kanak-kanak itu berputar disitu semata , hari sabtu dan ahad ..jika tiada aktiviti di sekolah , aktiviti gotong royong membersihkan asrama di adakan .. Seawal umur 7 tahun , kanak-kanak ini telah terpisah dengan keluarga dan mula berdikari untuk mengharungi hidup di rumah anak yatim kati .. basuh baju ,gosok baju , kemas tempat tidur dilakukan sendiri :)

Pabila ada cuti panjang baru lah anak-anak ini akan balik ke kampung untuk berjumpa dengan ahli keluarga yang lain , Pabila tiba bulan puasa , adalah bulan yang paling menyeronokkan , pada masa itu .. banyak duit raya dapat dikumpul oleh anak-anak ini , ramai orang memberi baju raya untuk anak-anak ini , Pelbagai jemputan dan lawatan untuk memenuhi ruang majlis orang “berada” , Dapat makan sate , Dapat makan KFC .. dulu Sate dan KFC adalah makanan yang paling special hanya ada di bulan ramdahan je tau !.. beza anak-anak yang mepunyai keluarga bahagia dengan anak-anak yang tinggal di asrama mengharapkan bantuan dari orang ramai semata untuk makan , pakai .. Ini cerita dulu ..sekarang saya kurang pasti keadaan nya bagaimana ..dengar cerita sekarang dah tiada pengambilan anak-anak kecil ..

PROFILE PERTUBUHAN SECARA RINGKAS

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Ghazaliatul Aishiah Kati ini pada mulanya dikenali sebagai Asrama Anak-Anak Yatim Kati . Ditubuhkan pada 2hb.Jan.1977 oleh Allahyarham Hj.Ahmad b.Hj.Abd.Razak yang mana pada masa itu meneruskan hasrat ayahandanya Hj.Ghazali(meninggal pada 1975) untuk menubuhkan rumah anak-anak yatim .

Pada masa itu penghuni asrama ini hanya 28 orang terdiri dari lelaki sahaja . Setelah Allahyarham Hj.Ahmad meninggal(18.Ogos.2004) asrama ini diuruskan oleh anak beliau Khairul Azhar b.Hj.Ahmad dibantu oleh ibunya Pn.Jamaliah bt.Nordin.

Dalam usaha untuk menjamin kebajikan warga di sini pihak pentadbiran telah bertindak mendaftarkan pertubuhan ini (kini dalam proses).

Sehingga kini warga di sini seramai 67orang (30orang lelaki dan 37orang perempuan). Kebanyakannya di sekolah menengah. Warga di sini kebiasaanya menghadiri kelas fardu ain pada waktu petang dan kelas Al-Quran pada sebelah malamnya.

UPDATE : 6 JUN 2012 : saya baru dapat berita yang asrama ni telah mempergunakan anak yatim untuk mengaut keuntungan , dulu2 zaman saya tinggal disini tidak timbul istilah seleweng .. hurm .. dunia membutakan mata…Berita peralat anak yatim disini 

Search

22 thoughts on “Duit Raya Selepas Ramadhan Dan Anak Yatim

  1. Pingback: Pengemis Pendatang Haram Poket Penuh | Puanbee.com

    • hurm tu lah cer bayangkan budak2 sana hidup depa makan , tidur , semua ikut jadual..tk de kasih sayang peluk2 ke apa , tk de ucapan selamat malam dr ibu bapa , tk de peluk cium sebelum kesekolah .. kesian ..

  2. dlm xsempat2 tu , haa pnjg artikel nyer … moga ramai yg mmbantu dan moga taraf asrama tu dpt ditngktkn..sian ank2 yatim tu…

    • amin… tu lah kalau niat nk tolong tk perlu duit pun kalau tinggal berdekatan dgn asrama tu boleh lah tolong2 tengok , gotong royong ke apa ke…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge