Dua dalam satu

Edit tema blog lagi , takde kerja kot … tak lah sebenarnya ada benda nak buat selepas semalam seronok sangat sambut ” hari besar ” sampai lupa nak jenguk email/blog. Ada email masuk 2-3 untuk bekerjasama dengan puanbee.com termasuklah kerja yang dah sebulan lebih buat tapi tak habis-habis.

Selain dari blog seperti biasa la kelam kabut dengan anak-anak. Saya sekarang kemas rumah skip-skip , masak pun skip-skip .. harap-harap suami ku besabar la buat sementara waktu. Sebab nya buat apa yang mampu je , kadang-kadang kaki bengkak , pinggang macam nak patah , kadang-kadang kaki kekejangan , kadang-kadang bukan kaki tapi ibu jari kaki je yang kejang.

Anak dara bertiga ni kan , suka benar salin baju .. sehari kena basuh 3 kali , jemur 2 kali je , sekali lagi kena jemur malam , penyakut dan peyidai pun tak muat la nak sidai baju diorang ni. Tu belum tambah baby yang akan datang ni. Kan dah terluah perasaan di sini. Hahaha

Sebenarnya malas ya amat nak edit blog pun , ni kira terpaksa rela dah. Kenapa tah pagi tadi tiba-tiba CPU USAGE meningkat menjadi 100% , ingatkan di sebabkan theme , jenuh la juga tukar sampai 4 kali. Rupanya di sebabkan oleh ” plugin Contact Form ” kerana CPU tinggi blog jadi error 508. Tu pun tak tahu dah berapa lama error . Tak tengok di webmaster lagi … entah-entah dah lama gitu kot.

Guna background pokok-pokok untuk mencari ketenangan konon nya. 

Sempat lagi , selepas edit theme sikit ,  pergi pejabat pos dan hantar semula barang yang di order dari Zalora , tak muat pula kaki suami ku itu. Dan beg juga saiz terlalu kecil . Harap-harap cepat dapat ganti nya. Jenis tak sabar.

Oh kalau dah siap theme , buat sponsor post 2-3 lepas tu kena fokos ke anak la pulak. Seorang ada exam LINUS dan seorang lagi ada masuk pertandingan tari menari peringkat sekolah-sekolah. Rasa macam kelam kabut juga.

Si kakak ada LINUS kena ajar dia menghafal perkataan Bahasa Inggeris dan Cerita Bahasa Melayu dan buat kira-kira matematik dan mengahafal sedikit doa. Si Husna sibuk nak perhatian minta ibu , kakak jadi penyokong dia.

Si Laila yang dah besar tiba-tiba je duduk dalam kereta nak beriba , naik tangga nak berdukung. Waaaaa … di harapkan cepat la beranak boleh la berehat dan kembali aktif begerak. Ni nak begerak pun tak larat. Nasib baik suami ku boleh hantar anak buat masa sekarang , dapat hantar pun kira ok sangat dah  , jangan la out station mana-mana , memang perlukan tukang urut malam-malam ni. Hehehehe

10 Comments

  1. Akuro San 2 October 2013 Reply
  2. Rina 26 September 2013 Reply
  3. Mus 26 September 2013 Reply
  4. Ummi Hanie 26 September 2013 Reply
  5. Khadeejah Hasmad 26 September 2013 Reply
  6. blogger lelaki 26 September 2013 Reply
  7. akubiomed 25 September 2013 Reply
  8. sicantikmatahari 25 September 2013 Reply
  9. Denaihati 25 September 2013 Reply
  10. anuar 25 September 2013 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.