Drama Stanza Cinta Lagi Diadaptasi Dari Novel

Salam Bahagia šŸ™‚
Saat menulis review Drama Stanza Cinta Lakonan Aaron Aziz ni , hati tengah mendidih dek kerana drama biasa yang berlaku di rumah para2 pelakon nya 3 orang budak panjang akal .. tapi di alihkan pendidihan tu ke blog .. kalau tak stress lah di buatnya …

Ok berbalik kepada Drama stanza cinta yang akan di tayangkan tak lama lagi di tv3 , terbitan Grand Brlliance, arahan Along Kamarudin. drama yang bakal bersiaran pada hari Ahad, jam 9 malam.. akan on-air mulai 19 Jun 2011., 13 episod tau .. kenapa mesti suka drama ni ? sebab ada Aaron aziz haha .. tak boleh blah je ayat sebab ada AAron aziz tu kan..

Kisah Stanza Cinta ni dilakonkan oleh para pelakon terkenal seperti Nur Fathia, Fizz Fairuzz dan Aaron Aziz. Drama ni jugak berkisar tentang cinta 3 segi antara Amni, Taufik dan Irfan. Amni akhirnya bertunang dengan Irfan pemuda kaya raya, sedangkan hati dan cinta pertamanya untuk Taufik, pemuda alim. Bagaimanakah Amni boleh bercinta dgn orang lain dan bertunang dgn orang lain? nak sinopsis penuh boleh le ke nurizspace

Drama stanza cinta tv3
Drama stanza cinta tv3

Drama Stanza Cinta ni juga di adaptasi dari novel , so lebih kurang mcm Drama Nora Elena lah kan .. mesti penuh dengan sedu sedan dan romantis yang tak masuk di akal , tapi mengikut sinopsis yang saya baca .. watak – watak yang di tonjolkan lebih suci , ber imagekan islam .. moga dapat memberi nilai kepada penonton kan ..

Untuk peminat – peminat novel , korang boleh juga dapatkan novel nya di sini dapat diskaun 10% pulak tu .. best tak ? ermm cepat sebelum terlambat kan kan kan .. silap2 bila drama Stanza Cinta di tayangkan novel nya susah nak dapat mcm drama nora elena kelmarin kan ..

Nak info lagi boleh ler ke fanpage Stanza Cinta

Sebelum tu meh layan OST Stanza Cinta pulak ..

Oklah .. nanti kita tengok sesama erk best tak ? biasa nya hari ahad berebut sikit dengan en somi tu .. kene lah jugak tengok download nanti huhu …terima kasih kak yong share semua ni ..

sekian ,
Puanbee KSRS ( Kelab suri rumah sedunia ) kelab ni dah ada ahli sila kesini untuk lihat senarai ahli nk join tinggal je url blog yer hehe

Show 1 Comment

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.