Drama : Sinopsis Love You Mr. Arrogant  ( Adaptasi Novel : Aliesha kirana )

Drama : Sinopsis Love You Mr. Arrogant ( Adaptasi Novel : Aliesha kirana )

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Slot Akasia kini akan menayangkan drama baru bertajuk Love You Mr. Arrogant. Drama Cinta Jannah akan tamat dalam masa 2 hari lagi. Drama Love You Mr. Arrogant akan di tayangkan pada 25 september 2013 setiap hari isnin – khamis jam 7 petang seperti biasa. Para pelakon yang terlibat di dalam drama ini adalah Azlee Khairi sebagai Mr. Arrogant , Zara Zya sebagai Zaara Amirah ,Hanez suray sebagai Sherry , Keith Foo sebagai Hardy Hakimi , Norish Karman sebagai Puan Sri Maryam dan Mustapha Kamal sebagai Tan Sri Zahir.

drama love you mr arrogant

love you mr arrogant

Sinopsis Drama Love You Mr. Arrogant

Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

“Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik.” – Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

“Apa? Atas lantai ni?”

“Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja.”

“Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!”

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

“Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi…” – Zaara Amirah

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti…  ( sumber : Fanpage : https://www.facebook.com/LoveYouMrArrogant/info )

Saya ada membaca blog penulis novel yang bertajuk Love You Mr. Arrogant. Memandangkan penulisnya ada blog , jadi saya ucapkan tahniah. Kebanyakkan drama yang bersiaran dalam Slot Akasia Tv3 ni menarik untuk di tonton untuk peminat drama di luar sana dan saya sendiri pasti tak sabar menanti drama ini keluar. Tetapi sedih pula Drama Cinta Jannah nak tamat dah .. sob sob sob …

Apa kata penulis asal Novel Love You Mr.Arrogant  ? Sila baca di sini — >> Drama Love You Mr. Arrogant dan barisan pelakon.

Suka tengok lakonan Azlee Khairi 🙂

Comments

  1. kitedah jarang tengok tv…hihi

  2. first day tengok memang jalan cerita yang menarik……hampir menitiskan air mata tatkala kena marah dengan Mr. Arrogant

  3. “Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik.”..memang kelas ayat dia..mcm best citeri ni

  4. skrg drama byk ala2 mcm ni kan… Kampung Girl pun mcm lebih kurang gini

Trackbacks

  1. […] tv3 lagi-lagi slot akasia tv3 setiap 7 petang tu , ini lah drama yang akan menjadi penganti drama LOVE YOU MR ARROGANT. Sangat best drama tu .. sayang nya dah nak habis .. last hari selasa katanya. Sunyi la hari-hari […]

Speak Your Mind

*