Drama : Sinopsis Iman Nabila ( Slot Azalea TV3 )

Drama : Sinopsis Iman Nabila ( Slot Azalea TV3 )

Terlayan Drama Iman Nabila pada setiap petang dek kerana pelakon nya .. saya suka sangat dengan lakonan dan cara fesyen dan cara pelakon  Aida Khalida membawa diri , suara lembut dan tenang. Iman Nabila di tayangkan dalam SLOT AZALEA TV3 jam 4 ptg setiap isnin hingga khamis. Antara pelakon lain yang turut berlakon di dalam drama ini El Faeza Ul Haq, Shahrizal Jaszle, Mahmud Ali Basha, Wan Shades, Fazlina Dato’ Ahmad Daud, Tengku Sariza .

Setakat tarikh 20/6 – baru episod 5 … dah semakin menarik plot cerita … layannnn !!

 aida khalida

Sumber gambar : twitter @AidaKhalidaTdg

Sinopsis Drama Iman Nabila

sinopsis drama iman nabilaDrama ini bermula ketika Tuan Arshad (Mahmud Ali Basha) memberi amaran kepada menantunya, Salimah (Tengku Sariza). Permintaannya jika anak kedua Salimah ialah perempuan, dia akan meminta Harris (Wan Shades) berkahwin lagi.

Salimah kecewa dengan ugutan bapa mentuanya lalu memberitahu ibunya, Mardiah (Aida Khalida). Mardiah merancang sesuatu. Jika Salimah melahirkan cucu perempuan, dia nekad mendapatkan cucu lelaki untuk besannya walau dengan apa cara sekalipun.

Mardiah membeli anak Aida, ibu muda yang ditinggalkan suami dengan harga RM5000 untuk menjadi cucu Tuan Arshad. Manakala Nabila (El Faeza) diserahkan kepada Halimah (Fazlina), saudaranya di kampung yang menjaga Nabila hanya kerana wang semata-mata.

Harris memarahi Salimah yang melahirkan anak lelaki kerana ini bermakna anaknya yang akan mewarisi harta bapanya, bukan dia. Selepas 13 tahun kemudian di Kuala Lumpur, Iman (Shahrizal) membesar sebagai remaja degil dan selalu menunjukkan protes kepada datuknya, Tuan Arshad.

Jika permintaannya tidak dipenuhi, Iman akan mengugut untuk melakukan pelbagai perkara termasuk terjun dari balkoni. Kakak Iman, Yasmin (Siti Elizad) pula merasa terpinggir kerana Tuan Arshad tidak melayan permintaannya.

Nabila kini menjadi gadis sunti. Dia terpaksa hidup dengan apa yang diberikan Halimah. Malah, jarang sekali diberi wang saku. Dia juga menjadi tempat Halimah melepaskan marah dan geram. Walau bagaimanapun, dia seorang yang tabah, rajin dan bijak sehingga berjaya menamatkan pengajian di universiti dengan cemerlang.

Suatu hari, Tuan Arshad merungut ketika menunggu Haris, Iman dan Yasmin di bilik mesyuarat. Ketiga-tiganya tidak muncul. Harris masih tidur di rumah kekasihnya, Iman pula baru pulang daripada berfoya-foya manakala Yasmin masih keletihan kerana terlibat dengan pembikinan iklan komersial. Mardiah menyaksikan keadaan huru-hara di rumah Tuan Arshad.

Melihat perangai Iman, Mardiah menyesal kerana menjadikan Iman cucu Tuan Arshad. Apabila Tuan Arshad menukar rancangan untuk menyerahkan syarikat kepada siapa yang lebih menunjukkan potensi, Mardiah bercadang membawa Nabila masuk ke dalam syarikat.

Mardiah teruja melihat keperibadian Nabila, kecantikan dan sikapnya yang sangat menghormati orang tua. Dia juga mengumumkan Nabila bukan orang gaji baru tetapi salah seorang eksekutif di syarikat Tuan Arshad di hadapan Harris, Yasmin dan Iman.

– Sumber sinopsis :  http://www.hmetro.com.my/articles/ImanNabilahiasislotAzalea/Article?hm

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

11 Comments


  1. La rupanya si iman tu bukan anak dia. Nabila tu anak dia. Kesian dekat Nabila, tapi kalau dia ada dekat tempat iman pun, takut jadi macam iman juga..

  2. as salam,
    pukul 4 ek…mmg tak sempatlah…hehee

    pe2pun, actress aida khalida mmg bagus lakonannya

  3. bersimpang siur juga jalan cerita ni, tak tenok dari mula mesti susah nak faham.
    otai belakon mesti best punya lah.

  4. saya tengok episod memula je..yang last seklai dia nak terjun balkoni tu..lepas tu tak tengok dah..tunggu ending dia je la..hahahah

  5. Belum pernah layan cerita sebab banyak kerja yang perlu dibereskan ketika cerita tu on time.

  6. baru sekali tengok citer ni..tp mmg bestla…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *