Ok .. dah habis pun drma sijundai , sangat geram dgn seri tak terluah , saya ikut drama sijundai tu kadang-kadang tapi geram juga , selepas habis sijundai penganntinya adalah drama laila manja pula.. ermm nanti lah kalau sempat layan , kalau tak tinggal.. banyak drama dan filem sekarang ni tak terkejar lak! Dari pada pembacaan sinopsis di bawah drama ni pun bermain dengan perasaan kita juga , jaga2 wanita jangan sampai tergolong dalam carte ke 16 dalam dunia tu hehe..

Drama Laila Manja Sinopsis |Slot Lagenda

LAILA MANJA mengisahkan tentang penderitaan hebat yang dialami oleh dua beradik, Laila dan Manja, disebabkan perbuatan ibu tiri mereka yang kejam. Setelah pemergian ibu mereka, Kamsiah (Liza Shadan), Laila dan Manja sering termenung dan berduka kerana mereka sangat merindui belaian ibu yang telah tiada. Sebagai seorang ayah yang prihatin, Mahmud (Ramli Saleh) mengambil keputusan untuk mengahwini Mastura (Ellie Suriati,untuk mengisi kekosongan hati dan mengubat lara kedua-dua orang anaknya.

Namun, mimpi ngeri Laila dan Manja kini menjadi nyata apabila mereka didera Mastura, ibu tiri mereka yang inginkan keistimewaan yang terdapat pada mereka. Laila mampu melihat masa hadapan manakala Manja berupaya untuk mengingati kisah lampau.

laila manja drama

Mastura yang menjalinkan hubungan sulit bersama Azman (Mubarak Majid), salah seorang pekerja Datuk Razali (Dato’ Jalaludin Hassan) akhirnya terbongkar apabila Mahmud pulang ke rumah secara mengejut. Lebih menyayatkan hati, Mahmud dibunuh oleh Azman dan kerana ketakutan Laila membawa Manja lari dari rumah untuk menyelamatkan diri. Manja menyorok di dalam kereta Pak Mat (Roslee Sako) manakala Laila jatuh pengsan di atas jalanraya dan ditemui oleh Datuk Razali. Beliau terkejut dengan apa yang diceritakan oleh Laila, kerana Mahmud merupakan pemandunya. Secara tidak sengaja, mereka terpisah sejak dari saat itu.

Mastura dan Azman berjaya diberkas oleh pihak polis dan mereka dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Imran (Zul Ariffin), anak kepada Azman merayu kepadanya agar hukuman terhadap bapanya diringankan. Tetapi, Datuk Razali tetap tegas akan keputusannya. Sejak dari itu, Imran menyimpan dendam kesumat terhadap Datuk Razali.

Menjelang usia dewasa, Laila diberi kepercayaan oleh Datuk Razali untuk menerajui syarikat gergasinya, manakala Manja pula disayangi Pak Mat kerana kesungguhannya dan bakatnya di dalam dunia perniagaan. Namun, dendam Imran masih membara dan mereka bertemu semula di dalam dunia korporat yang bakal merungkai pelbagai konflik percintaan dan permusuhan.

Pelakon Dalam Drama laila manja :

  • Puteri Sarah
  • Iqram Dinzly
  • Ellie Suriati (lama dah ellie tak berlakon , saya suka )
  • Dato’ Jalaludin Hassan
  • Amar Baharin(Anak Wayang)
  • Nabila Huda
  • Zul Ariffin

Sama- sama saksikan drama ini bermula hari ini 25 Juai 2011, waktu tayangan seperti biasa setiap isnin hingga khamis pukul 4 petang

sumber : yanmieonline

Laila dirumah ni agak perasan kalau dengar namanya dipanggil ececehh…

sekian,

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

About puanbee

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at puanbeedotcom@gmail.com , thank you :)


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 thoughts on “Drama Laila Manja Sinopsis |Slot Lagenda