Drama kampung girl ! adaptasi novel oleh Umi Kalsom ( Slot zehra tv3)

Drama kampung girl ! adaptasi novel oleh Umi Kalsom ( Slot zehra tv3)

KAMPUNG GIRL
muka depan novel kampung girl

Drama Kampung Girl  kini muncul di dalam slot zehra tv3 ianya merupakan drama pengganti drama Saya Sebenarnya Isteri Dia. Sekarang ni sudah menjadi trend semua drama di angkat dari novel . Ada yang berjaya menambat hati peminat drama ada juga yang tidak berjaya menambat hati peminat dek kerana tak sama dengan novel kesukaan mereka. Tetapi itu la … biasa la tak semua indah dan busuk. Terima.

Buat semua peminat drama dan pembaca blog , saya mengucapkan selamat menyambut ramadan al-mubarak. Semoga semua di beri barakah dunia akhirat.

Untuk pengetahuan anda, drama bersiri 13 episod ini merupakan adaptasi dari sebuah novel popular karya Umi Kalsom dan diarahkan oleh Heykal Hanifah.

Sinopsis Drama Kampung Girl

Ashraf telah di jodohkan oleh ibunya  Puan Mazlin dengan sepupunya Ainnur yang tidak di sukai. Ashraf menyangka Ainnur adalah seorang gadis kampung yang kolot serta tidak berpendidikan. Sejak dari kecil Ashraf memusuhi Ainnur , hanya ejekan dan cacian yang terkeluar dari mulut Ashraf apabila bertemu Ainnur.

Ainnur seorang yang berpendidikan tinggi menyembunyikan identiti sebenar hanya kerana ingin mengajar Ashraf yang sombong tersebut. Ainnur menerima peminangan yang di buat oleh Puan Mazlin untuk Ashraf , bukan itu sahaja Ainnur juga berpakat dengan Puan Mazlin bagi menyedarkan Ashraf  di atas sifat sombong nya itu.

Ashraf yang terasa marah terus berpakat dengan setiausaha nya untuk menyamar sebagai kekasihnya , tetapi gagal apabila perlakuan Ashraf telah di ketahui oleh Ainnur terlebih dahulu dek kerana setiausaha itu adalah sahabat Ainnur.

Nantikan episod seterunys di televisyen anda  ~

Pelakon : Akim ahmad , Nad Zainal , Emma Akma ,  Hilal Azman,  Fikhree Bakar , Syafiq Kyle , Emma Maembong dan ramai lagi.

Waktu tayangan : Jumaat 9 malam.

Keudara sekarang :

Sinopsis Drama Demi Dia ( Slot Akasia TV3 )

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

4 Comments

  1. urmmm….lama tak tengok tv..tak tau ape program yg best..yang pasti program masak memasak akan jadi top bulan posa ni…

  2. mcm menarik drama ni. klu belah malam2 sikit mcm ni insyaAllah boleh layan juga…

    suka ada nad zainal

  3. Bulan Ramadhan ni tak sempat nak tengok TV… Dah ada banyak program dekat surau depan rumah saya… Lepas pukul 10.30 baru boleh tengok tv… Itupun kalau ada masa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *