Drama hanya padamu (sinopsis) dalam slot zehra tv3

Drama hanya padamu (sinopsis) dalam slot zehra tv3Drama hanya padamu merupakan drama terbaru yang akan di paparkan di tv3 bagi menggantikan drama runtun kalbu bermula pada 28 disember ini.

Cinta hadir tanpa di duga ” itulah jalan penceritaan untuk drama ini.

Drama hanya padamu menjanjikan pelakon  hebat di antaranya  Beto Kusyairi, Zahiril Adzim, dan Nazeera Sardi.

Drama hanya padamu berkonsepkan islamik dan mempunyai 13 episod. Drama ini menjanjikan bukan sahaja menghiburkan malahan mempuanyai mesej-mesej menarik sepanjang drama ini berlangsung.

Sinopsis Hanya Padamu 

Drama yang mengisahkan perjalanan seorang gadis bernama Adawiyah (Nazeera Sardi) yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai liku, bakal menambat hati penonton dengan pelbagai babak menarik yang diselitkan menerusi drama tersebut.

Arman watak di lakonkan oleh Beto Kusyairi merupakan seorang lelaki yang memiliki konflik dalaman kerana cabaran hidupnya begitu hebat sehingga dia marah dengan ketentuan dan takdir.

Semuanya berubah setelah Arman mengenali seorang gadis bernama Adawiyah. Manakala Zahiril Adzim memainkan  watak sebagai Bukhari yang merupakan abang saudara kepada Adawiyah .

Bukhari adalah seorang lelaki yang tersepit di antara ibu yang sering membuli dan mendera Adawiyah dan dalam masa yang sama, dia cuba membela nasib adik saudaranya itu.

Walaupun dia tidak bersetuju dengan tindakan ibunya, dia bagaimanapun tetap menghormati ibunya dan mahu menjadi seorang anak yang baik. Namun dalam diam, dia sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Adawiyah dan dari situlah segala konflik bermula .

Jangan lupa saksikan Drama Hanya Padamu slot Zehra bermula 28 Disember ini.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

11 Comments:

  1. mereka adalah pelakon yg semakin popular dan mula menjadi sebutan.

    tapi saya suka tgk si gadis. manis n cute

  2. ada beto. kena tengok nih..

  3. nak follow lah citer ni jugakkk 🙂

  4. dayah tgk sebab dayah suka fasha sandha..
    tu pun kadang terlepas jugak..

    lepas nih tak tau la nak ikut tak..
    tapi sejak tgk beto dalam istanbul aku datang..
    mcm dah suka dia la..

    hehe..

  5. runtun qalbu tak best langsung..kadang2 nak jugak suka ,tunggu jugak tengok tapi boring je dapat..hahah..harap2 drama hanya padamu ni best…

  6. Buat mengisi masa lapang …

  7. Assalam…
    Kadang2 cerita best tapi bila ada episod tu yang malas nak tunggu tengok..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *