DRAMA BERSIRI TERBARU TAUKE JAMU DI TV3

Petang petang saya suka juga layan drama Melayu kat TV walau kebanyakkan drama ulangan bukan drama baru. Almaklum la sambil menyiapkan kerja kerja online di rumah, tak nak terlampau sunyi basi saya memang akan on kan TV.

Terperasan ada satu drama drama baru bakal di tayangkan kat slot Iris TV3 bermula 7 ogos nanti. Drama bertajuk tauke jamu.. Tapi saya tak dapat sinopsis cerita dia macam mana

Tapi yang boleh nampak dari iklan promo kat TV3 tu mengisahkan seorang tauke Jamu lelaki yang tidak di sukai oleh ibu kepada kekasihnya kerana dia seorang penjual jamu.

Yang pegang watak Tauke Jamu tu Shaharul Ridwan & watak heroin dia Reen Rahim & ibu kepada watak heroin tu adalah Dian P.Ramlee. Drama ni bergenre komedi. Kalau dah komedi bermaksud bukan drama serius penuh konflik & airmata la kan. Tapi yang berlakon rasa tak berapa comedian pulak hehehe

Apapun tak boleh nak judge sebelum menonton. Mungkin pelakon utama berjaya membawa watak komedi tu dengan jayanya siapa tahu kan? So, kena tonton la kan?

1 thought on “DRAMA BERSIRI TERBARU TAUKE JAMU DI TV3”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *