Drama Assalamualaikum Cinta [ sinopsis dan Lagu tema ]

Drama Assalamualaikum Cinta [ sinopsis dan Lagu tema ]

Drama adaptasi novel Assalamualaikum Cinta karya Zura Asyfar telah pun ditayangkan di Astro Ria. Saat saya tulis tentang nya drama ini telah pun sampai ke episod 7. Drama ini dilakonkan oleh Saharul Ridzwan, Kamal Adli, Ayda Jebat, Emma Maembong, Ku Faridah, Wan Raja, Ieka Simone, Zalfa Zin dan ramai lagi. Drama ini arahan Michael Ang dan hasil terbitan syarikat Dark Wave Pictures Sdn Bhd. OST atau pun lagu tema drama Assalamualaikum cinta ini di petik dari lagu nyanyian Hazama bertajuk ‘Di Amaran Mama “. Drama ini di tayangkan pada setiap isnin hingga khamis jam 10 malam. Serba salah juga nak tengok drama tv3 juga drama bertajuk Lambaian Ramadan. Tapi takpe .. tak sempat tengok kita tengok online sahaja lah. Bukan susah. Janji line internet laju sudah .

assa

Sinopsis novel Assalamualaikum Cinta

Hanya kerana pertaruhan semangkuk cendol, Azrif dengan Rykal memulakan misi mereka untuk memikat gadis bernama Emma dan Nia yang dikenali dengan tidak sengaja. Kemuncak misi mereka adalah, mana-mana gadis yang akan sebut perkataan ‘I Love You’ dulu kepada mereka, dia yang akan memenangi pertaruhan itu.

Bagi Emma, sejak dulu lagi dia anti dengan lelaki kaya. Pada fikirannya, lelaki kaya suka adalah jenis yang suka berlagak dan menggunakan kekayaan mereka untuk mempermainkan perasaan perempuan. Contoh yang terdekat ialah abang iparnya bernama Daniel yang selalu berkasar dengan kakaknya, Natasya.

Perkenalannya dengan tidak sengaja bersama Azrif Iqbal seakan membawanya ke dalam mimpi ngeri. Dia tidak suka dengan sikap lelaki tersebut yang suka memaksa untuk menerimanya sebagai kawan.

“Aku rasa baik kau bawa bunga ni bagi kat girlfriend kau… Sepatutnya kau bagi kat dia, bukannya kat aku.” – Emma Harlini
“Aku pelik… Kenapa susah sangat kau nak terima, eh? Aku bukannya suruh kau bayar pun!” – Azrif Iqbal

Untuk Nia pula, perkenalannya dengan Rykal kerana berebutkan parking kereta membawa satu perubahan dalam hidupnya. Lagi-lagi bila ayahnya amat tegas dalam mengawal kebebasannya untuk berkawan dengan lelaki.

“Parking tu kau punya ke? Setahu aku tak ada pula tulis nama siapa-siapa kat situ?” – Rykal Safuan
“Sahlah kau ni jenis yang tak ada budi bahasa. Tadi kau cilok aku punya parking. Sekarang kau dengan muka tak bersalah pula langgar mak aku. Dahlah langsung tak reti nak mintak maaf. Bro, muka handsome, kereta sikit punya gah tapi otak kalau otak tu out tak ada guna, bro… Confirm diharamkan jadi menantu kalau pesen perangai macam ni!” – Nia Sakinah

Walaupun dihamburkan dengan berbagai kata amaran, Azrif dan Rykal tetap gigih dengan misi mereka. Emma dan Nia yang pada mulanya tidak berapa suka dengan semua itu akhirnya menyedari yang sebenarnya hati mereka sudah mula terpaut suka pada Azrif dan juga Rykal.

Dek terlalu teruja dengan misi mereka yang sudah berjaya, akhirnya misi mereka kantoi juga pada malam yang sama. Saat itu, serta-merta Emma dan Nia memutuskan untuk tidak berjumpa dengan mereka berdua lagi.

“Awak ingat saya ni barang permainan ke? Barang ke? Suka hati awak aje nak buat pertaruhan?! Saya memang tak sangka, orang yang saya betul-betul ikhlas sayang dan cinta dia rupa-rupanya ada tujuan lain.” – Emma Harlini

“Nasib baik negara ni ada undang-undang… Kalau tak, isy, aku pun tak tahulah nak cakap macam mana… Mahu aje aku sembelih sekor-sekor.” – Nia Sakinah

Ketika itu Azrif dan Rykal mula susah hati. Hidup mereka sudah serba-serbi tidak kena. Mereka berdua sedar yang misi mereka itu sebenarnya sudah membuat mereka mula jatuh cinta pada Emma dan juga Nia. Namun ketika itu semuanya seakan sudah terlambat, nenek mereka berdua telah membuat keputusan mengejut untuk menunangkan mereka berdua dengan calon pilihannya sendiri.

Jadi, apakah yang terjadi pada Azrif dan Rykal seterusnya? Adakah mereka berdua berjaya dengan cinta mereka itu? Dan bagaimana pula dengan majlis pertunangan mengejut itu?

Saksikan nanti drama Assalamualaikum Cinta ini yang bakal menggantikan Dia Semanis Honey di Saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123. Jika tiada perubahan tarikh siaran mungkin akan bermula pada 30/5/2016, Isnin hingga Khamis 10 malam.

Lirik lagu OST / LAGU TEMA Drama Assalamualaikum Cinta

Di Amaran Mama – #sukasangatlaguni

Mamaku ada kata
Pada satu ketika
Awas datangnya sesak

Dia ada sakti
Bikin duniamu
Senang senang saja bergoncang

Mamaku kata
Awasi orang itu
Dia kan jadi segalanya

Membuat kau ketawa
Dunia akan terluka
Semua di bawah kekuasaannya

Engkau orangnya yang telah diamaran mama
Yang ku pastikan duniaku
Engkau orangnya yang telah diamaran mama
Kau mencuri hatiku buat selamanya

Mamaku ada kata
Pada satu ketika
Cinta akan menunjuk langkah
Siapa yang sangka dia dia depan mata
Menyambut hatimu pergi

Tidak aku sangka
Kau di depan mata
Menyambut hatiku pergi

Engkau orangnya yang telah diamaran mama
Yang ku pastikan duniaku
Engkau orangnya yang telah diamaran mama
Kau mencuri hatiku buat selamanya

Engkau orangnya yang telah diamaran mama
Yang ku pastikan duniaku
Engkau orangnya yang telah diamaran mama
Kau mencuri hatiku buat selamanya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *