DRAMA ARAHAN TERBARU AZIZ M.OSMAN,MY DARLING INSPEKTOR DANIEL

Spread the love

Aziz M. Osman antara pengarah terbaik di Malaysia. Siapa tak kenal pengarah yang sorang ni kan? Antara filem arahan dia XX-RAY, Puteri Impian & banyak lagi.. Kebanyakkan Filem Arahan beliau tidak mengecewakan sejak dulu lagi. Begitu juga dengan drama drama arahan beliau.

Aziz M.Osman yang lahir dari keluarga seni dimana Arwah ayahnya M.Osman seorang Penyanyi terkenal zaman 60an kalau tak silap. Antara Lagu popular arwah Ayahnya M.Osman adalah Suzana. Walau bukan zaman saya tapi lagu ni memang menjadi lagu kegemaran saya ok!

Ibu kepada Aziz M.Osman, Afida Es juga seorang pelakon cuma mungkin kurang aktif sekarang. Adik beradik beliau, Zulkifli M.Osman selain mengarah, juga berlakon.

Aziz M.Osman mula mengarah sejak tahun 1990. Antara pencapaian terbaik beliau selama berkecimpung dalam industri perfileman adalah

  • Direktor Terbaik (Baginda) … TV3’s Skrin Award 97/98, 1998
  • Editor Terbaik (Femina) … 11th Malaysia Film Festival, 1994
  • Direktor Seni Terbaik (Femina) … 11th Malaysia Film Festival, 1994
  • Direktor Baru Berbakat (Fenomena) … 9th Malaysia Film Festival, 1990
  • Pelakon Kanak-kanak Terbaik (Sayang Anakku Sayang) … 22nd Asia Film Festival, South Korea, 197

Itu serba sedikit background tentang pelakon & pengarah terkenal Aziz M.Osman yang saya tahu hehehehe.

Terbaru Aziz M.Osman kembali mengarahkan drama terbaru untuk tayangan Astro Ria. Drama berjudul My Darling Inspektor Daniel adalah terbitan Skop Productions Sdn Bhd.  Ia menampilkan pelakon seperti

Aaron Aziz sebagai Daniel
Siti Elizad sebagai Hannah
Elizabeth Tan sebagai Maya Adrianna
Dazrin Kamarudin sebagai Danish
Erra Fazira sebagai Maria

Juga menampilkan Zarul Umbrella & Shahir AF dalam drama ni.

Drama ni bakal di tayangkan mulai 31 Julai 2017, setiap Isnin hingga Khamis Jam 10 Malam di Astro Ria & Astro Ria HD sebanyak 16 episod. Takde la panjang sangat so kurang la risiko cerita meleret leret, kan? Sebab drama melayu ni kalau terlampau panjang dia jadi meleret leret sangat sampai pertengahan orang dah mula jemu nak follow.

Drama ni mengantikan drama Mencintaimu Mr Photographer. Pengarahnya dah cukup hebat, Tak mustahil dramanya jugak tidak kurang hebat la kan. Walaupun tajuk drama masih di bayangi korean drama gitu. Mungkin trend tajuk drama sekarang. So, pengarah pun terpaksa ikut trend juga la kan.

Jadi buat peminat drama melayu jangan lupa follow drama ni nanti ok!

1 thought on “DRAMA ARAHAN TERBARU AZIZ M.OSMAN,MY DARLING INSPEKTOR DANIEL”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *