Seperti dalam entri saya yang lepas , slot lagenda kini di gantikan dengan slot Azalea yang akan menyajikan drama-drama melayu. Slot Azalea bermula 2 Januari ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 4 petang. Drama pertama yang membuka tirai slot Azalea bertajuk Ampunkan Dosaku bersiaran sebanyak 20 episod karya pengarah Bade Haji Azmi dan penulis skrip Jumal Yunus. Pada 2 Januari juga , Drama Gemersik Kalbu juga akan keudara bagi menggantikan Drama Tentang Dhia ..
Sinopsis Drama Ampunkan Dosaku
Ampunkan Dosaku mengisahkan tentang Hassan (Shahrol Nizam) yang tidak henti-henti diuji dengan pelbagai dugaan dan kesulitan hidup, dia selalu sahaja menjadi mangsa Fatimah (Wan Maimunah) disebabkan dendam lama yang masih tersemat di dalam hatinya walaupun ibu Hassan telah lama meninggal dunia.
Sebagai ibu tiri Hassan, Fatimah masih tidak dapat menerima kehadiran Hassan di dalam rumahtangganya. Seribu satu fitnah dilontarkan terhadap Hassan, seorang remaja naif yang dahagakan kasih sayang seorang ibu. Kebencian Fatimah terhadap Hassan membuat dia nekad meletak racun di dalam makanan Hassan, namun mujur Hassan selamat untuk kali ini.
Suatu hari, Fatimah berjaya juga mengenakan Hassan apabila dia diusir oleh bapanya iaitu Osman (Raisudin Hamzah) atas kesalahan yang tidak dilakukannya.
Sejak itu, Hassan hidup merempat, bawah jambatan dan kaki lima adalah rumahnya sehinggalah dia bertemu dengan Sulaiman (Arash Mohd) dan isteri yang baru sahaja kematian anak mereka.
Walaupun begitu, Fatimah yang masih tidak puas hati dengan Hassan telah mengupah orang untuk memukul Hassan. Hassan membuat keputusan membawa diri ke bandar bagi memulakan hidup baru.
Beberapa tahun kemudian, Hassan yang telah berkahwin dengan Sarimah menjalani hidup yang lebih baik bekerja di kilang dan mula berjinak-jinak menjadi penggubah lagu.
Sarimah yang sarat mengandung sebenarnya sedang bertarung dengan nyawa, dia merahsiakan penyakitnya dari pengetahuan Hassan yang menjaganya seperti menatang minyak yang penuh.
Sarimah meninggal dunia sebaik sahaja melahirkan anak lelaki mereka. Hassan yang masih sebak dengan pemergian isterinya berjanji akan menjaga anak lelaki mereka yang diberi nama Sazali (Zul Huzaimy) dengan penuh kasih sayang dan akan mengotakan apa sahaja yang dipinta oleh Sazali.
Drama terbitan Pena Kreatif ini membariskan pelakon-pelakon hebat, antaranya, Zul Huzaimy, Shahrol Nizam, Sharifah Amani, Zamarul Hisham, Emelda Rosmila, Melissa Saila, Rozita Che Wan dan Fimie Don.
Jangan lupa menyaksikan Drama Ampunkan Dosaku Slot Azalea di TV3.
Ohhh .. sukanya dengan lakonan Zul Huzaimy .. tak sabar menonton
Sumber : CThoney & Facebook wanita inspirasiku


Assalamualaikum. Saya nk tye, lagu ape cite niey ye. Sedap dengar.
wasalam , hurm tk perasan pula nanti saya carikan dan update di blog ya
puanbee recently posted..Wordless Wednesday : Yanmie & Juanita
Ampunkan dosaku mcm citer anakku sazali versi moden..ptut ada credit adaptasi anakku sazali…
Hmmm…mcm best jer citer nih…
adei…xleh lak nk tgk…huhuhu
leh rakam ngan astro beyond x?
Alami recently posted..Saya dah cuba tapi masih tak berjaya kurus…kenapa…?
saya tak pakai astro beyond jadi tk tahu boleh ke tk dirakam dengan astro beyond
puanbee recently posted..Wordless Wednesday : Yanmie & Juanita
susah sket nk layan kalo still siaran waktu yg sama … tp skrg ni online punye dah ade.. nk tgk,klik2 jer :p
Ummi Hanie recently posted..Sesi persekolahan anak-anak 2012
macam best je !!!
nelly recently posted..Luahkan saja sebabnya punca kita tak sehala !
pukul 4, masih di pejabat…mungkin tgh melayan email2 dr user…heheheheh
klu best, layan kat tonton la…apa lagi
kimmie recently posted..Salah ke jawapan saya?
ada lagi drama terbaru?banyak sungguh drama sekarang ni ye..pilih je nak tengok yg mana ek..hehehe
mrs.yie recently posted..‘SAYANG CIKGU KETAT-KETAT!’ – BAB 22
selamat tahun baru 2012…
alamak kalau pukul 4… rasa2nya sekolah ada macam2 program,.. x berpeluang le nak mengadap tv… selagi x pkol 5 mana ada can nak ‘nampak tv’… ada 1 murid 1 sukan le, ada koku la, ada persatuan la,.. baik2 balik 1.50 sampai pukul 5 kene tunggu kat sekolah 2012 nieh….
aimaniman recently posted..Mama Rela Iman Pergi 2012…..
Rasanya boleh layan sebab time tu ada kat rumah, ehhhh kan memang duk rumah hahahaa
haha buat2 lupa duk rumah kan ? hikss
hurmmm…tak bape menarik kot..tpklao tengok dari awal mungkin bestla…
time ni memang jarang tengok TV, dah start sekolah nanti nak kena pergi aktiviti kokurikulum belah petang plak..
baca synopsis je…
drama berat ni xlarat nak tengok
Denaihati recently posted..Welcome 2012, Goodbye 2011
adoi mmg x dpt nk tgk…
Pingback: Tentang Dhia…Ampunkan Dosaku | SyamilaMohd@RumahKu SyurgaKu
Nak kena tgk dari mula baru best ni kan hehe
tak nak tengok. tak nak tengokkk…
mcm best je cerita tu…
Slamat thn baru Bee…..cenderahati akak blm smpt pos..tunggu ye bila akak dh lapang sikit….awal prsekolahan amat2 bz…..hu.hu.hu….
Pingback: Drama Ampunkan Dosaku Di Slot Azalea TV3 | yanmieonline.com
xdapat nk tgk cite tu..
Happy New Year Bee…
x..
tggu drama gemerik kalbu jer…