Slot Samarinda 7 Ramadhan 13 Episod lakonan Elly Suriati , Fir Affandi , Ana Dahlia , Tania Zainal , Mustapha Kamal , Sherry Abdullah , Nabila Huda , Roy Azman.
Dah lama tak nampak Elly Suriati muncul di kaca tv dan sekarang beliau membawa watak yang tidak asing lagi , watak sedih… ramai orang tak tahan tengok watak yang di bawa oleh Elly Suriati , berkaca je mata memendam perasaan .. walau apa pun , kami peminat drama ni sangat menghargai kemunculan Elly Suriati pada kali ini.
Sinopsis 7 Ramadhan.
Sufiah (Elly suriati) tinggal di kampung seorang diri dengan mengambil upah mengurut, membuat kuih dan sebagainya demi menyara kehidupannya dan anak angkatnya, Ramadhani yang amat disayangi. Ramadhani atau Dhani (Fir Affandi) kini telah dewasa dan baru saja menamatkan pengajiannya di sebuah universiti.
Hari yang ditunggu-tunggu kini tiba. Hari itu merupakan 7 Ramadan, hari konvokesyen Dhani dan juga ulang tahun arwah anaknya, Iqram yang meninggal dunia ketika berumur tiga bulan dalam sebuah sejarah hitam dalam hidupnya.
Sufiah tidak akan lupa tarikh 7 Ramadan itu serta peristiwa anak mati akibat dicampak oleh suaminya, Mustaza yang kini berada di penjara. Dhani menegah Sufiah hadir ke majlis konvokesyennya kerana dia tidak mahu teman wanitanya, Anna (Ana Dahlia) mengetahui tentang ibunya.
Demi mengambil hati ibu Anna, Datin Audrey yang mementingkan darjat, Dhani telah berbohong bahawa dia sebenarnya seorang anak orang kaya yang diabaikan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Dhani yang sudah bosan hidup dalam kemiskinan nekad untuk berubah hidupnya walaupun terpaksa melukai hati ibunya, Sufiah.
7 Ramadhan – Apa kata puanbee
Walaupun bunyi ala-ala cerita si tanggang , episod pertama yang telah ditonton semalam (khamis 19/7) adalah amat menyayat hati , walaupun terselit sedikit kelucuan. Semalam .. sedih juga tengok Elly Suriati ni yang membawa watak sufiah ..sedih. Nabila huda tak keluar lagi wataknya ..
Sumber : www.tv3.com.my











Hehe..tengok jarang-jarang jer cite ni..hehe..nanti ada masa kena tengok pulak..memang best..jalan cerita pun menarik..betul tu puanbee…aku nmpk mcm ala-ala anak derhaka jah cite ni..tp tak tau la penyudahan mcm mana..just wait n c..haha
Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #13 – Tenaga Batin Lelaki
mmg x sanggup la nk wat mak sendiri mcm tu..kene sumpah bru tau..
Jebeng Otai™ recently posted..Bot dan Bounce rate : Apa kaitannya ?
Tengok sinopsis je dah tak sanggup tengok.. tp sempat ‘tertengok’ sikit hari tu…terus tukar channel..mmg x sanggup.. hati lembut gittuu..hehe
Nadot recently posted..Batman: The Dark Knight Rises
Kalau elly berlakon mmg terbaik. Tapi sayang tak berpeluang nak tengok

ProfHariz recently posted..Apa Ada Pada Ramadhan Yang Kunanti
alahai.. sure sedih ni..kalu tgk kena sedia tisu banyak2..huhu
Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Salam Ramadhan Al-Mubarak 1433H
cita ni buat saya sensitif…saya rasa sya tak boleh teruskan menonton lagi huhu…jangan lah menderhaka ibu…..ish geram pun ada….
Norizwan recently posted..Salam Ramadhan 1433 H Selamat menjalani ibadah puasa
sabaq , nasib citer aje kan
mmg sedih ala2 tanggang je ceritanya…
xsilap nis, nabila huda tu watak elly masa dia muda kot
Ummi Hanie recently posted..Selamat datang Ramadhan
oh ye ke ? ingatkan watak nabila huda yg sedarkan si dhani tu
macam best ni, yg penting banyak moral of the story.
Denaihati recently posted..iPhone 5 Countdown
Sedih pula baca sinopsis cerita ini. Saya memang tak suka tengok cerita2 genre macam nie. Drama sangat gamaknya hihi.
dennis recently posted..EYRIQAZZ VS DENAIHATI 10
memang dinantikan drama ramadhan sebab sedih

spudin recently posted..Nenek Gua Diragut – Gua Sedih !