Doa Awal Tahun Dan Doa Akhir Tahun Yang Diamalkan Oleh Para Ulama’

Share

Salam Maal Hijrah 1433 di ucapkan dari puanbee sekeluarga , Hari ahad ni merupakan 1 muharam telah masuk tahun baru mengikut kalendar islam , buka kita yang lepas akan ditutup , dan dibuka pula buku baru , oleh itu sama-sama lah berniat nak buat dan jadi orang islam terbaik di masa akan datang , sehingga saat entri ini di tulis (Lepas waktu Asar atau sebelum Maghrib ) adalah waktu terbaik untuk membaca Doa Akhir Tahun . Manakala selepas waktu Maghrib adalah masa terbaik untuk membaca Doa Awal Tahun.

doa-awal-tahun-dan-akhir-tahun

Ada kisah disebalik doa ini , seperti yang tertulis di bawah .. saya copy dari blog Kakngah dan gambar di ambil dari blog yanmie , tapi saya ada baca sebuah kitab lama pedoman Doa dan Zikir dengan bahasa yang agak lama berulang-ulang nak faham , haha kelakar pula … memang pelbagai kisah .. jadi eloklah himpun kan anak-anak baca bersama ..

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.”

DOA AWAL TAHUN HIJRAH
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.”

Ada yang cakap Tak perlu amalkan Doa Awal Tahun Dan Doa Akhir Tahun kerana itu bukan amalam Rasullullah S.A.W tapi apa kata tengok penjelasan dari Ustaz Halim Hasan pula ..

Sekali lagi Salam Maal Hijrah , Buka buku baru salah dan silap harap di ampunkan 🙂 Apa Azam Tahun Baru korang ? Apa tak nak tinggal sembahyang ? bagussss ..

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini. Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

9 Comments:

  1. salam tahun baru kak

  2. suka entri nie,byk belajar..tq bee..

    Salam maal hijrah juga utk bee sekeluarga..:)

  3. Salam Maal Hijrah puanbee

  4. perkongsian yang menarik dari PB..kalau sesiapa yang tiada sumber bacaan doa ni boleh la online kt blog PB ni ea.. 🙂 salam maal hijrah buat PB sekeluarga..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *