Diet tips dan testimoni kurus dari @qaqajamal

Diet tips dan testimoni kurus dari @qaqajamal ini mengikuti seminar jom kurus , Membeli E-book dan ketahui cara sebenar untuk kurus dan mengira kalori yang di perlukan untuk tubuh badan dan seterusnya mengamalkan segala apa yang telah di pelajari, memamg betul-betul berkesan. Jika sebelum ini saya beri tips kurus , tetapi sekarang testimoni kurus pula. Real di depan mata ..

Oleh itu , sila percaya diri kita pun boleh kurus kalau rajin.. ahaks .. tapi kalau malas memang susah nak cakap , cakap pun susah apatah lagi nak berkesan segala ilmu tu betul tak ?

Meh kita berkenalan dan ikuti kisah qaqa ni ..

———————————————————————–

Diet n Berat

tips kurusSalam , Ini serba sedikit tentang diri saya.

Nama : Afiqah Yadiy
E-mel : afiqah.yadiy@yahoo.com
Twitter : @qaqajamal
Tarikh lahir : 10 Januari 1988

Status : Pelajar Sarjana Sains Pentadbiran di UiTM Shah Alam

Berat badan 3bulan lepas n sebelum2 nya : 103 kg

Berat badan sekarang : 80 kg

Pada bulan 3 baru-baru ini, saya pergi mencari info di internet tentang penjagaan berat badan. Semangat saya membuak ketika melihat kejayaan-kejayaan kurangkan berat badan di laman web Kevin Zahri. Saya mula mengikuti twitter beliau dan sehinggalah membeli ebook Selain dari itu, saya juga membeli majalah kesihatan terutamanya majalah iSihat yang banyak memberi info tentang kesihatan tubuh badan.

cabaran isihat kini semakin kurus

Akhrnya saya terpanggil untuk menyertai Pertandingan Cabaran Sihat 6 minggu bersama Kevin Zahri & Isihat pada bulan 6 setelah mengisi borang penyertaan. Alhamdulillah, berat saya telah turun hingga ke tahap ini. Sepanjang pertandingan itu, kami diberi pendedahan tentang penjagaan kesihatan.

, kira kalori untuk kurus

Apa yang saya pelajari tentang pengawalan berat badan ini adalah tentang pengurangan kalori. Saya menitik beratkan pengambilan kalori saya setiap hari. Jika dengar agak menyusahkan, akan tetapi lama kelamaan saya sudah terbiasa. Ape yang saya sedar tentang diet ialah, kita kene tahu konsep untuk mengurangkan berat badan dahulu, barulah kita memulakan corak pemakanan kita.

Jangan diet sesuka hati, pastikan kita tahu konsep and sesuai dengan diri sendiri. Barulah diet kita seronok untuk diamalkan. Selain itu, saya joging 4kali seminggu selama sejam. Alhamdulllah, berkat keazamaan, disiplin serta usaha yang dilakukan, saya dapat mengurangkan berat badan saya.

Impian saya selepas ini adalah untuk mengurangkan lagi berat sekarang. Saya berazam untuk memberikan kisah kejayaan saya ke dalam laman web Kevin Zahri dimana di situ lah titik permulaan semangat dan inspirasi saya untuk mengurangkan berat badan. Perjalanan saya masih jauh. Doakan yang terbaik untuk saya, dan juga rakan2 seangkatan dengan saya !

Amin.

————————————————————–

  [ Untuk membeli E-book dan ketahui cara mengira kalori yang tepat , klik banner di bawah : RM20 sahaja , terdapat dalam bahasa melayu dan juga bahasa english ]

[ Panduan tambah berat badan . Panduan tambah 5kg dalam 10 minggu]

How to Gain 5kg in 10 Weeks Banner

Puanbee bila lagi ? coming soon ..tengah ambik semangat nak lakukan senaman .. tapi … alahai .. banyak alasan nyaaaa…. E-book kevin zahri saya dah ada tiga , hari-hari baca untuk ambik mood .. tapi sekurang-kurangnya dah tahu sikit lah .. Rakan blogger yang hadir kelmarin apa cerita ??  saya turun 5 kg , dengar khabar ada seorang tu turun jugak 2kg .. ok lah tu kan ..usaha lagi .. chaiyokkkkkk..

20 Comments

  1. BEN Pakar Diet 24 October 2012 Reply
  2. Cikgu Hairul 8 August 2012 Reply
  3. Hafizul 8 August 2012 Reply
  4. Abe Mirul 7 August 2012 Reply
  5. Zifa 7 August 2012 Reply
  6. Ibu Mifzal Arsyad 7 August 2012 Reply
  7. Denaihati 6 August 2012 Reply
  8. akubiomed 6 August 2012 Reply
  9. Ummi Hanie 6 August 2012 Reply
    • Ummi Hanie 6 August 2012 Reply
  10. Nadot 6 August 2012 Reply
  11. Jebeng Otai™ 6 August 2012 Reply
  12. titan 6 August 2012 Reply
  13. Man 6 August 2012 Reply
    • puanbee 6 August 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 6 August 2012 Reply
  14. yanmie 6 August 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 6 August 2012 Reply
  15. mia liana 6 August 2012 Reply
  16. farahaznil 6 August 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.