Didalam kekalutan ada kemanisan

Dah puas minum kopi senyum , memang masih boleh tersenyum walaupun sedikit kelat. Kelat-kelat pun ada juga manis , bukan kelat peria tu .. kelat sampai tak boleh telan. Allhamdulillah .. semalam (rabu 10 oct) suami saya dah dibenarkan keluar dari wad hospital selepas suami merayu nak keluar , ikutkan doktor belia kena pastikan ubat yang di ambil habis dulu. Biasa lah orang lelaki mana nak duduk diam gitu , sekurang-kurang nya dia dapat berehat di rumah kira okay lah walaupun saya tahu , dia mesti bosan tahap atas sikit dari tahap gaban , sampai anak-anak buat apa pun ada je yang tak kena. Hehehe ..

Walau apa pun saya boleh senyum je lah .. kerenah orang sakit , kita layankan saja … Anggap macam saja cari pasal dengan anak-anak sebab bosan le tu .. Sejak suami sakit , sampai lah sekarang .. tak putus-putus adik beradik melawat dan menceriakan saya dan keluarga , rasa meriah macam nak raya pun ada , bahagian kelat tu kita simpan diam-diam lah.

abang

Sekarang ni ada banyak sangat ubat yang perlu suami makan , ya Allah .. rasa seriau tengok ubat banyak-banyak tu. Laila jadi tukang paksa ayah dia makan ubat. Hari-hari kecoh dia … selagi ayah tak makan ubat le … bagus anak perempuan ni , caring lebih.

Pengalaman ni pertama kali dalam hidup saya . Dek kerana suami sakit , merata ceruk KL saya memandu , kelmarin mak dan ayah datang melawat dari Taiping . Saya yang tak pernah memandu jauh sikit dari kawasan rumah kena juga memandu , mak pun tak berapa sihat , kaki bengkak .. cuti dari kerja dah pun 2 minggu , tapi dek risau ke anak-menantu dia datang juga. Masa datang adik ipar jemput dari stesen puduraya , masa nak balik saya kenalah hantar , tak kan nak minta mak naik LRT pula. Suami dah keluar semalam kan , jadi hari ni pergi hantar mak sendiri , tapi suami tak boleh drive lagi , pening dia tak 100% hilang lagi. Ubat di bekalkan sehingga 18/10 nanti , dan kena pergi jumpa doktor pakar pada 18/10 tu.

hospital pusrawi

Jadinya .. saya lah kena memandu ,dan suami duduk di sebelah .. Hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmm …. agak janggal dan kekok .. pas tu kena tahan telinga , macam nak bernanah je .. kena komen itu tak kena , ini tak kena… sampai dah tak menahan tu … cakap le .. tak kena pun sampai gak ulang alik ke sana sini .. huuuuu .. orang lelaki ni memang pesen gitu ek ? kuat bebel ngalah perempuan. Heh .. Tak pe .. layan orang sakit … again! Tapi ye .. jalan ke puduraya pun saya tak tau sebelum ni… kekok sangat.

Kemanisan tak terjangka .. terima kasih banyak pada kak kujie , sebab memberi berita gembira di saat saya bengong-bengong alah ni .. penat , kalut , tak terurus .. saya menang percutian 3D2N di Legend Cherating Resort . Wahhhhh .. rasa memang nak pergi mana-mana tempat yang kalut ni dan tidur puas-puas hek .. cam mana tu ??? boleh ke tidur ? nipu le ya tak ? mak-mak faham le maksud saya ni …  Tapi memang tak boleh beri keputusan lagi nak pergi bila . Macam-macam benda fikir dalam kepala ni. Nak raya , kereta mintak belaian manja , anak nak sekolah , persiapan sekolah , abang tak sembuh betul lagi .. lagi tak settle semua , memang malas fikir part nak berseronok.

Nak tengok kenapa saya menang sila klik :     Pemenang 3D2N di Legend Cherating Resort

Terima kasih banyak-banyak pada semua …….

Related :

  1. #ww : Hospital Pusrawi
  2. Vertigo , Darah Tinggi dan Strok Di Otak
  3. 4 Perkara Cuba Di Elakkan Ketika Suami Sakit

Comments

  1. tahniah..menang hadiah best..!
    semoga suami bee cepat sembuh.. kak dayah kagum dgn bee sbnrnya…
    kuat semangat..
    🙂

  2. apapun suami telah beransur sihat , semoga suami puanbee akan terus sihat …semoga berbahagia selalu madam Bee 😀

  3. rasa kalut gak masa baca message kat group wassep itu hari. kiranya puan bee ok gak boleh bawak kereta. kalau wife saya, macam mane la.. terfikir gak, kalau situasi sama berlaku kat saya kan… herm.. macam mane agaknye.. nak handle anak lagi… dengan pregnant lagi.. dengan nak bawak kereta tak berapa cekapnye lagi.. jalan pon tak tau… boleh bertambah tenat saya macam tu.

    ape pon syukur la kan.. harap en kay pulih sepenuhnya, amin.

  4. Puan Bardboo :

    selalunya lelaki memang tak yakin kalau perempuan yang bawak kereta..ada je tak kena kat mata diorang..macam kita ni perempuan plak, ada je yang tak kena bila lelaki kemas rumah, rasa macam ada je yang tak betul..hehe..

    tahniah ye kak menang percutian tu.. =)

  5. tahniah sebab berjaya telan yang kelat2 dan pahit serta akan menikmati kemanisan berbulan madu di cherating

  6. tahniah mng percutian yer bee… best!

    mmg segan kan laki kita dok sebelah ketika memandu… rasa serba x kena… haha

    hmm… biasele tu org sakit… layankan je lah…. at least dia masih ada di sisi kita 🙂

  7. kalau dah rezeki tak kemana.. tahniah puanbee.. 🙂

  8. en kay bebel untuk keselamatan tu…heeee
    tahniah pbee menang contest k kujie, kekalutan hilang bercuti nanti.

  9. alhamdulillah dah leh kuar wad..mmg boring kalau duk lama2 dalam ward.

    org lelaki mmg gitu kalau org pompuan yg drive kereta..semua x kena..huhu..

  10. Salam Akak! Alhamdulillah Hubby akak dah beransur sihat. Tahniah menang Giveaway, Syok Bercuti kat sana tau.

  11. Yang penting adalah tempoh pemulihan dan ubat perlu makan secara teratur. Banhak minum air suam.

  12. Alhamdulillah, namapi encik suami beransur sihat. Moga terus sehat hendaknya. Wah, tahniah, dapat bercuti pula tu.

  13. Ok Bee Myra dah boleh baca, takdak gangguan dah 🙂

    Sebelum tu Myra nak ucapkan tahniah pada Bee menang percutian dari kak Kujie tu ye 🙂 Lama tempoh perkenalan Bee ngan asben Bee ye 😉

    Ada hikmah atas apa yang berlaku Bee, sekarang Bee dah belajar untuk berdikari sendiri 😀

  14. Semoga suami akan cepat sembuh, tempoh hari tak sempat nak melawat sebab sangkut dalam jem lama sangat, terpaksa tukar laluan… Tahniah kepada bee sekeluarga kerana memenangi giveaway kak jie tu, semoga percutian itu nanti dapat memberikan cahaya baru selepas semua dugaan yang menimpa sekarang ni.

  15. Tahniah! Sesuai la dengan tajuk entry.
    Setelah penat, seronok juga dpt jalan2, tapi… Memang banyak yang perlu di fikirkan. Dahulukan yang penting dulu la.
    — puduraya? Xpernah drive ke situ. Sesat nanti!

  16. wahhh terbaik la..tahniah2 puanbee…..memang sesuai menang contest kak jie ni..dapat release kan tension bersama suami..suami pun boleh tarik udara baru..emm lelaki tak kuat membebel..tapi bg sy, sy suka mengetip apa yg isteri lakukan..hahaha

Trackbacks

  1. […] UTC. Puduraya dah tukar nama dan wajah. Pernah tak sampai ke UTC ni ? saya baru pergi dua kali , hantar mak naik bas dari Kuala Lumpur ke Perak. Masuk je pintu UTC / Puduraya ni memang terasa terpegun dan bangga […]

Speak Your Mind

*