Di sebalik Ikonik Kereta Mini Ferrari Lego Shell

6 biji kereta Ferrari mini kini telah menjadi milik ku .. haa seronoknya kalau kereta ini adalah kereta betul , tak tercapai dek akalku .. Kesemua koleksi Ferrari jenis lego telah pun selamat di kerjakan oleh team Ferrari cilik . Perghhh ~ 2 hari juga lah nak mencantumkan ke semua lego Ferrari dari Shell ni.

Anak-anak kelam kabut nak buat , last-last diorang bosan sebab tak menjadi , diorang campurkan je semua lego .. saya selaku ketua team Ferrari terpaksa menyambung dan mengambil alih kerja-kerja mencantumkan blok – blog kecil ini..

Paling sadisssss … plastik untuk Lego Truck Ferrari tu hilang entah kemana , Kertas manual tu pun hilang. Percaya atau tidak saya cantumkan tanpa manual untuk truck itu .

Model ikonik Ferrari yang di tawarkan seperti di bawah :

lego shell

6 bijik kereta Ferrari Lego edisi eklusif  dan 1 set minifigures. comel 🙂 . Kalau ada yang suka lego Ferrari ini boleh lah dapatkan di Stesen Shell berdekatan anda.

Harga Untuk 1 Lego hanyalah : RM12.90*

Beli Shell V-Power Racing atau Shell V-Power 97   berharga RM40 dalam 1 resit dan boleh beli sehingga  3 LEGO®  model kereta atau  LEGO® Minifigures set pada harga  RM10.90satu **

Beli Helix Ultra/HX7/HX7E/HX7 Diesel (4L)   dapatkan  1 FREE LEGO® Minifigures set  dan boleh beli 3 LEGO® model kereta dengan harga RM12.90 satu***.   – *** Tertakluk pada terma dan syarat.

ferrari shell lego

Scuderia Ferrari Truck –  Trak pengangkutan ini merupakan sebahagian besar daripada pasukan perlumbaan Ferrari oleh itu membawa dimensi lain kepada koleksi eksklusif ini. Versi LEGO kenderaan ini telah direkabentuk dengan pemerincian lampu, radiator dan kekisi depan.

ferrari shell lego

Ferrari FXX – Evolusi perlumbaan berprestasi tinggi terbaru Ferrari Enzo; salah sebuah kereta paling berkuasa di dunia. Versi LEGO terdapat dalam penampilan hitam untuk menyerlahkan gaya Ferrari FXX yang lancar lagi rapi.

ferrari shell lego

Ferrari F150° Italia – Penghasilan semula oleh kumpulan LEGO kereta F1™ yangtelah memenangi perlumbaan 2011 dengan pilihan untuk menukar kepada gaya penampilan Felipe Massa atau Fernando Alonso.

ferrari shell lego

Ferrari F40 – Salah sebuah kereta sport yang paling dikenali sepanjang zaman.Bentuk aerodinamik klasik serta spoiler belakang segi empat adalah rekaan yang pasti dapat dicam dengan serta-merta dan ini kesemua ini disempurnakan dengan menggunakan blok LEGO.

ferrari shell lego

Ferrari 458 Italia – Boleh dikatakan sebagai kereta paling ikonik dalam rangkaianFerrari terkini, maka tentu menjadi pilihan dalam promosi ini. Kumpulan LEGO menggenapkan segala usaha untuk menghasilkan segala pemerincian unik termasuk ekzos ganda tiga dan lampu depan pelbagai LED demi menghasilkan sebuah permainan yang sebenar lagi menyeronokkan.

ferrari shell lego

Ferrari 250 GT Berlinetta passo corto (SWB) – Legenda sebenar dunia lumba motor;bukan sahaja merupakan salah sebuah kenderaan paling menawan yang pernah dicipta, bahkan adalah kenderaan Ferrari pertama yang menggunakan brek piring.Lampu depan berbentuk bulat dengan menggunakan blok LEGO menyerlahkan lagi keindahan bentuk asalnya.

shell

Ok .. dah siap cantum lego boleh lah main , laju rupanya kereta Ferrari lego ni, macam kereta mainan anak-anak yang betul tu , bila dah siap tak nampak macam lego .. cuma tu laaa … anak-anak main ganas sangat …

Sekian

22 Comments

  1. lensablogger 27 January 2013 Reply
  2. SDC 2 December 2012 Reply
    • SDC 3 December 2012 Reply
  3. akubiomed 27 November 2012 Reply
  4. Hazmin Hamudin 23 November 2012 Reply
  5. Ummi Hanie 22 November 2012 Reply
  6. cmratu 22 November 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 22 November 2012 Reply
  7. syaifuddin alias 22 November 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 22 November 2012 Reply
  8. Bro Framestone 22 November 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 22 November 2012 Reply
  9. Norizwan 22 November 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 22 November 2012 Reply
  10. Hafizul 22 November 2012 Reply
  11. donnyien 21 November 2012 Reply
  12. diana 21 November 2012 Reply
  13. UpProfits 21 November 2012 Reply
  14. pahan 21 November 2012 Reply
  15. Denaihati 21 November 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 23 November 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.