Di Pos Laju Malaysia

Sebelum  tu senyum dulu .. hari ni saya telah pun ke Pejabat pos untuk hantar hadiah kepada pemenang giveaway gelang tangan comel kepada pemenang dan seorang lagi sahabat alam maya yang bertuah. Surprisee tak boleh bagi tahu pada korang di sini.

pos laju

Hari ini husna tak pergi sekolah. Kerana …………. ibunya terlajak tidur .. kenapa entah la akhir-akhir ni letih dan penat sangat-sangat. Kerja rumah , anak-anak , blog dan kucing untuk di uruskan adalah sangat memenatkan. Saya teringin tidur sehari suntuk …

Saya nak buat wordless wednesday tetapi rasa nak membebel juga. Saya nampak korang komen-komen di blog ini. Ampun maaf di pinta kalau hari biasa saya sempat ziarah 2-3 blog sahaja dan tak tinggalkan komen apa-apa .. Tak sempat sangat-sangat.

Ni pun sebelah bahu terasa sengal. Semalam sihat hari ni jadi semula . Selang sehari sakit lenguh-lenguh dan sakit letih ni menyerang. Nak tidurrrrrrr ~

barang untuk pos laju

Yah mungkin esok dan esok akan sampai lah hadiah ni. Saya guna pos laju sebab serik dah dengan barang yang hilang bila guna kan perkhidmatan pos biasa.

Dan ada satu pertanyaan bermain-main di benak fikiran ku.

  1. Bagaimana sesetengah orang boleh dapat harga pos laju RM3 sahaja ?
  2. Dan saya dapat RM6 untuk satu barang ? pelik bin ajaib.

Lepas pos barang ingat nak beli kasut .. tetapi kasut di dalam tesco ampang semua kehabisan saiz. Susah nya kalau tulang rangka kaki ni besar gedabak kan.. ngee ~

Terima kasih singgah baca 🙂

Related :

  1. Tips memilih kasut yang sesuai
  2. Tunai Janji

13 Comments

  1. Hafizul 19 March 2013 Reply
  2. Jefry 8 March 2013 Reply
  3. galut 7 March 2013 Reply
  4. Datin Tyka 7 March 2013 Reply
  5. ohcikgu 7 March 2013 Reply
  6. elieza 7 March 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 7 March 2013 Reply
  7. akubiomed 7 March 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 7 March 2013 Reply
  8. Faridzuan 6 March 2013 Reply
  9. Denaihati 6 March 2013 Reply
  10. hazwanhairy 6 March 2013 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.